1Kemudian Yesus memilih tujuh puluh dua a orang pengikut pula. Dia mengutus mereka berdua-dua, dan pergi mendahului Dia ke tiap-tiap kota dan tempat yang akan dikunjungi-Nya. 2Yesus berkata kepada mereka, “Tuaian sungguh banyak, tetapi yang menuai hanya sedikit. Berdoalah kepada Pemilik tuaian supaya Dia menghantar orang untuk menuai tuaian-Nya. 3Pergilah! Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. 4Jangan bawa dompet, b atau beg sedekah, ataupun kasut. c Jangan berhenti di tengah jaland untuk memberikan salam kepada sesiapa pun. 5Apabila kamu masuk ke dalam sebuah rumah, lebih dahulu katakanlah, ‘Semoga sejahteralah rumah ini. ’ 6Jika orang yang tinggal di situ suka akan kedamaian, salam sejahtera kamu itu tetap padanya. Jika tidak, batallah salam sejahtera itu. 7Tinggallah di rumah itu dan makan minum apa sahaja yang dihidangkan, kerana seorang pekerja layak menerima upah. Jangan pindah dari satu rumah ke rumah yang lain. 8Apabila kamu masuk ke dalam sebuah kota lalu kamu disambut, makanlah apa yang dihidangkan. 9Sembuhkanlah orang sakit di kota itu, dan kepada penduduk di situ katakanlah, ‘Tidak lama lagi Allah akan memerintah di tengah-tengah kamu.’ 10Tetapi jika kamu masuk ke dalam sebuah kota lalu di situ kamu tidak disambut, pergilah ke jalan raya dan berkata, 11 ‘Bahkan debu kota kamu yang melekat pada kaki, kami kebaskan sebagai amaran kepada kamu. Tetapi ketahuilah bahawa tidak lama lagi Allah akan memerintah di tengah-tengah kamu!’ 12Ingatlah bahawa pada Hari Pengadilan kelak, Allah akan lebih mengasihani penduduk kota Sodome daripada penduduk kota itu!”
13 “Malanglah kamu, hai penduduk kota Korazin!f Malanglah kamu, hai penduduk kota Betsaida! Jika semua mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu itu telah dilakukan di Tirus dan Sidon, g pasti penduduk di sana sudah lama mengenakan kain gunih dan menaruh abu di atas kepala untuk membuktikan bahawa mereka sudah bertaubat daripada dosa! 14Pada Hari Pengadilan kelak Allah akan lebih mengasihani penduduk kota Tirus dan Sidon daripada kamu! 15Dan kamu, hai penduduk kota Kapernaum! i Kamu fikir kamu akan ditinggikan sampai ke syurga? Tidak! Kamu akan dibuang ke neraka!”
16Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Orang yang mendengar kata-kata kamu, mendengar kata-kata-Ku juga. Tetapi orang yang menolak kamu, menolak Aku juga. Orang yang menolak Aku, juga menolak Dia yang mengutus Aku.”
17Tujuh puluh dua orang pengikut itu Kembali dengan kegembiraan yang besar. “Tuhan,” kata mereka, “roh-roh jahat pun taat kepada kami apabila kami memberikan perintah dengan nama Tuhan!”
18Yesus berkata kepada mereka, “Aku nampak Iblis jatuh dari langit j seperti kilat. 19Dengarlah! Aku sudah memberikan kuasa kepada kamu supaya dapat memijak ular dan kala jengkingk serta mengalahkan segala kekuatan musuh. Tiada apa-apa pun dapat mencederakan kamu. 20Tetapi janganlah bersukacita kerana roh-roh jahat taat kepada kamu, sebaliknya bersukacitalah kerana nama kamu tercatat di syurga. l”
21Pada waktu itu Yesus bersukacita kerana dipenuhi oleh Roh Allah, lalu berkata, “Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu kerana kepada orang yang tidak terpelajar Engkau telah menunjukkan apa yang Engkau rahsiakan daripada orang yang bijak dan pandai. Ya Bapa, perkara itulah yang menyenangkan hati Bapa.
22Bapa-Ku sudah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak serta mereka yang diberitahukan oleh Anak tentang Bapa.”
23 Lalu Yesus berpaling kepada pengikut-pengikut-Nya dan berkata kepada mereka, “Alangkah berbahagianya kamu kerana dapat melihat apa yang kamu lihat sekarang ini! 24Ketahuilah bahawa banyak nabi dan raja mahu melihat apa yang kamu lihat sekarang ini tetapi tidak dapat, dan mahu mendengar apa yang kamu dengar sekarang ini tetapi juga tidak dapat.”
a Insiden ini hanya dicatatkan oleh Lukas. Panduan yang Yesus berikan menyerupai dengan yang diberikan-Nya kepada 12 orang Murid sewaktu mereka diutus untuk kali yang pertama (rujuk 9:1-6). Beberapa manuskrip mempunyai ‘70 orang lelaki’.
b Ia adalah kantung wang (rujuk Bab 9, nota b). Mereka harus berjalan dengan ringan, tanpa barangan berat yang akan menghalang.
c Ini bukan bermaksud bahawa mereka harus berkaki ayam tetapi mereka tidak harus membawa sepasang selipar tambahan, alas kaki yang lazim mereka pakai.
d Kata salam yang diamalkan di kawasan ini adalah panjang. Yesus meminta mereka untuk tidak berhenti di sepanjang perjalanan bagi menziarahi dan berbalas kata salam yang panjang. Misi mereka adalah amat genting.
e Sodom, bersama-sama dengan Gomorah, telah dimusnahkan kerana dosa penduduknya (Kej 18:20; 19:24). Walaupun Sodom dipenuhi dengan dosa sehingga ia dimusnahkan oleh Allah, mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana mendengar Injil Kerajaan Allah tetapi mereka menolaknya pula.
f Korazin dan Betsaida (kampung halaman Andreas dan Petrus) terletak di utara Laut Galilea berdekatan dengan Kapernaum di mana Yesus menumpukan pelayanan-Nya.
g Tirus dan Sidon adalah kota orang bukan Yahudi yang terletak di Fenisia, utara Galilea. Ia sering dikutuk oleh para nabi di dalam Perjanjian Lama kerana menyembah Baal. Yesus mengatakan bahawa kedua-dua kota ini yang dahulunya menentang Allah dan umat-Nya dengan angkuh pasti akan bertaubat sekiranya melihat pekerjaan Yesus.
h Kain guni adalah bahan kasar berwarna hitam yang diperbuat daripada bulu unta dan dipakai untuk meluahkan perasaan sedih, sebagai tanda kehilangan akibat kematian ataupun pertaubatan. Debu dijadikan simbol pertaubatan ataupun rasa sedih.
i Kapernaum bukan sahaja menjadi pangkalan pelayanan Yesus tetapi Dia juga telah melakukan banyak keajaiban di sana. Oleh itu, penghakiman ke atas mereka disebabkan keangkuhan menolak Yesus akan menjadi lebih berat.
j Apabila murid-murid Yesus menghalau syaitan, kuasa kejahatan digoncang, menunjukkan kekalahan bagi Iblis sendiri.
k Perkataan ‘ular dan kala jengking’ tidak harus diambil secara bulat-bulat. Ia mungkin merujuk kepada roh jahat. Murid-murid Yesus diberikan kewibawaan ke atas roh jahat dan juga Iblis sendiri. Tidak ada yang mampu menyakiti mereka kerana Allah memberikan mereka perlindungan.
l Idea yang mengatakan nama-nama umat Allah yang setia akan ditulis di dalam buku di syurga sering didapati di dalam tulisan Alkitab (Kel 32:32-33; Dan 12:1). Sebab sebenar bagi kegembiraan mereka tidak seharusnya disebabkan oleh kemenangan ke atas roh jahat tetapi kerana nama mereka dicatatkan di syurga. Keselamatan manusia adalah lebih penting daripada kuasa untuk mengalahkan si jahat.
25 Kemudian seorang guru Taurat datang untuk memerangkap Yesus. Dia bertanya, “Guru, apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?”
26 Yesus menjawab, “Apakah yang tertulis di dalam Alkitab? Bagaimana tafsiranmu?”
27 Orang itu menjawab, “‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu’m; dan ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. n ’”
28 Yesus berkata kepadanya, “Jawapanmu itu benar. Berbuatlah demikian, dan kamu akan mendapat hidup sejati dan kekal.”
29 Tetapi guru Taurat itu hendak membela diri, lalu bertanya, “Siapakah sesama saya?”
30 Yesus menjawab, o “Seorang lelaki turun dari Yerusalem dan pergi ke Yerikho. p Di tengah perjalanan, dia diserang penyamun. Mereka merompak dan memukul dia setengah mati, lalu meninggalkannya di tepi jalan. 31 Kebetulan pada masa itu seorang imamq lalu di situ. Apabila dia melihat orang itu, dia menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.
32 Demikian juga seorang Lewir lalu di situ. Dia mendekati orang itu untuk melihatnya, lalu menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan. 33 Tetapi seorang Samarias yang sedang lalu di situ, tiba di tempat orang itu terbaring. Ketika dia melihat orang itu, hatinya penuh belas kasihan. 34 Maka dia mendekatinya lalu membersihkan luka-lukanya dengan wain dan mengubatinya dengan minyak. Selepas itu dia membalut luka-lukanya dan menaikkan orang itu ke atas haiwan tunggangannya sendiri. Dia membawa orang itu ke rumah tumpangan dan merawat dia di situ. 35 Keesokan harinya orang Samaria itu memberikan dua keping wang perakt kepada tuan rumah tumpangan itu dan berkata kepadanya, ‘Rawatlah dia, dan sekiranya wang ini tidak cukup, saya akan membayarnya apabila saya kembali ke sini.’”
36 Lalu Yesus mengakhiri ceritanya dengan bertanya, “Menurut pendapatmu, di antara ketiga-tiga orang itu, siapakah yang menjadi sesama orang yang dirompaku itu?”
37 Guru Taurat itu menjawab, “Orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya.” Yesus berkata pula, “Pergilah dan berbuatlah demikian!”
m Kata-kata ini dipetik daripada Ulangan 6:5. Ia adalah petikan yang membentuk hidup asas orang Yahudi dan juga peneyembahan mereka di dalam rumah, Rumah Ibadat dan juga Rumah Tuhan.
n Dipetik daripada Imamat 19:18.
o Perumpamaan orang Samaria yang baik hanya terdapat di dalam Injil Lukas.
p Jarak di antara Yerusalem ke Yerikho adalah lebih kurang 24 kilometer (15 batu). Ia terletak berdekatan dengan sungai Yordan di utara Laut Galilea. Jalanraya melalui kawasan berbatu yang berliku-liku di mana para perompak boleh bersembunyi dengan mudah dan menyerang para pengembara. Ia dianggap sebagai jalan yang sangat merbahaya.
q Para imam berkhidmat di dalam Rumah Tuhan. Tugas utama mereka adalah untuk mempersembahkan korban.
r Orang Lewi memberikan khidmat bantuan di dalam tatatertib Rumah Tuhan.
s Adalah penting untuk memerhatikan Yesus memuji orang asing yang dibenci dan bukan mereka yang melayani Allah. Orang Yahudi menganggap bangsa Samaria sebagai kacukan, sama ada secara fizikal dan juga rohani (rujuk ‘Orang Samaria’, ms 16). Orang Samaria bermusuhan dengan orang Yahudi. Bagi orang Yahudi, tidak wujud ‘orang Samaria yang baik’.
t Ini merujuk kepada dinar Roma (Rujuk Bab 7:41). Ia ada-lah gaji untuk dua hari bekerja, ia mampu menampung seseorang untuk menginap selama dua bulan di dalam rumah tumpangan.
u Soalan yang diajukan oleh guru Taurat kini diterbalikkan oleh Yesus dan menjadi “Siapakah yang membuktikan dirinya sebagai jiran yang baik?”
38 Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meneruskan perjalanan, lalu tiba di sebuah pekan. v Di situ seorang wanita bernama Marta menjemput Yesus ke rumahnya. 39 Marta mempunyai seorang saudara perempuan bernama Maria. w Maria duduk dekat kaki Tuhan untuk mendengarkan ajaran-Nya. 40 Tetapi Marta gelisah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya. Marta menghampiri Yesus dan berkata, “Ya Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri? Suruhlah dia tolong aku!”
41 Tuhan menjawab, “Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara, 42 tetapi hanya satu yang mustahak! Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya.”
v Tempat ini bernama Betania, kira-kira 3 kilometer (2 batu) dari Yerusalem (Rujuk Yoh 11:1).
w Maria mengambil peranan sebagai seorang murid, duduk di kaki Yesus dan mendengar pengajaran-Nya. Adalah tidak lazim bagi seorang wanita Yahusi di kurun yang pertama untuk diterima sebagai murid oleh seorang guru. Kita melihat sekali lagi kedudukan kaum wanita di mata Yesus. Dia menghancurkan semua halangan sosial dengan membenarkan mereka menjadi murid-murid-Nya.
Sangat mudah bagi kita untuk menjadi ‘Marta’ bukan? Hidup adalah sangat huru-hara bagi seorang remaja, dengan pelajaran, aktiviti sekolah, gereja, kelas tuition dan lain-lain!!
Carilah seorang kawan untuk mengawasi anda. Apabila anda meluangkan masa bersama Allah, anda akan menyedari betapa hebatnya perbezaan yang akan berlaku di dalam hidup anda!
Copyright © 2020, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.