Bab 17 Lukas 17

Yesus Mengajar tentang Pengampunan, Iman dan Tanggungjawab (ay. 1-10)

1Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Hal-hal yang menyebabkan orang berbuat dosa pasti ada, tetapi malanglah orang yang menyebabkan hal-hal itu berlaku! 2Lebih baik jika batu kisarana diikat pada lehernya, lalu dia dibuang ke dalam laut, daripada dia menyebabkan salah seorang yang lemah imannyab berbuat dosa. 3Berwaspadalah! Jika saudara kamu berdosa, tegurlahc dia. Jika dia bertaubat, ampunilah dia.
4Jika dia berdosa terhadap kamu tujuh kalid dalam sehari dan tiap-tiap kali dia datang kepada kamu serta berkata, ‘Saya minta ampun,’ kamu harus mengampuninya.”
5Rasul-rasul Yesus berkata kepada Yesus, “Tuhan, teguhkanlahe iman kami.”
6Tuhan menjawab, “Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada pokok araf ini, ‘Tercabutlah dan tertanamlah di laut.’ Pasti pokok itu akan menurut perintah kamu.”
7“Andaikan seorang daripada kamu mempunyai seorang hamba yang sedang membajak atau menggembalakan domba. Apabila hamba itu balik dari ladang, adakah kamu berkata kepadanya, ‘Marilah dan makanlah’? 8Tentu tidak! Sebaliknya kamu akan berkata kepadanya, ‘Siapkanlah makananku. Kenakan pakaian yang bersih dan layanilah aku sementara aku makan dan minum, setelah itu barulah kamu makan.’ 9Seorang hamba tidak perlu dipuji apabila dia menurut perintah tuannya, bukan? 10Demikian juga kamu. Apabila kamu sudah melakukan segala yang diperintahkan, berkatalah, ‘Kami hanya hamba biasa; kami hanya melakukan kewajipan.’”

Teropong:

a Batu kisaran adalah sebiji batu berat yang digunakan untuk mengisar gandum. Yesus mengatakan bahawa kematian yang dahsyat adalah lebih baik daripada dihakimi oleh Allah kerana mengakibatkan ancaman secara rohani kepada ‘mereka yang lemah’ (rujuk nota di bawah).
b ‘Yang lemah’ mungkin merujuk kepada mereka yang masih muda ataupun baru di dalam iman. Ia juga mungkin merujuk kepada mereka yang tidak mempunyai tempat di dalam masyarakat: seperti golongan orang miskin, cacat, tempang, buta yang menjadi penerima kepada pelayanan Yesus.
c Seorang murid mempunyai tanggungjawab untuk membantu dan memberikan amaran kepada rakan-rakan Kristian yang berbuat dosa supaya mereka tidak tinggal di dalam dosa dan mempunyai peluang untuk bertaubat. Ia juga bukan bermaksud untuk kita menjadi sangat kritikal kerana konteks ajaran ini adalah pengampunan. Ia bermaksud kita tidak seharusnya menjadi tidak peduli kepada dosa.
d Ini tidak bermaksud tujuh kali secara harafiah tetapi kita harus berbesar hati untuk memberikan kemaafan tanpa had. Ini adalah reaksi yang baik bagi mereka yang telah menerima pengampunan.
e Murid-murid Yesus mungkin berfikir bahawa pengampunan ini memerlukan lebih banyak iman daripada yang mereka miliki. Mereka menginginkan iman yang lebih besar untuk memenuhi piawai yang ditetapkan Yesus.
f Pokok ara mampu membesar sehingga ketinggian 12 meter (35 kaki) dan ia sangat sukar untuk dicabut. Yesus mengatakan yang jumlah iman adalah tidak penting. Iman yang kecil sudah mampu untuk melakukan pekerjaan yang hebat jika mereka mempunyai iman yang benar serta mempercayai Allah akan menjawab iman tersebut.

Mari Fikir Sejenak:

Bukan mudah untuk memaafkan orang, terutama sekali mereka yang telah melukakan kita dengan buruk sekali. Tetapi Yesus meminta kita berbuat demikian.

  • Adakah insan yang sukar anda maafkan? Mintalah kepada Allah untuk mengingatkan kembali mereka yang masih belum anda maafkan dan senaraikan nama mereka.

Waktu Untuk Berdoa:

Ambillah langkah untuk memberikan kemaafan. Mintalah bantuan daripada Allah jika anda sukar melakukannya.

Yesus Menyembuhkan Sepuluh Orang yang Berpenyakit Kulit (ay. 11-19)

11Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui sempadan Samaria dan Galilea.g 12Apabila Dia memasuki sebuah pekan, sepuluh orang berpenyakit kulith yang mengerikan datang menjumpai Dia. Mereka berdiri dari jauhi 13dan berseru, “Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!”
14Yesus melihat mereka lalu berkata, “Pergilah dan mintalah imam mengesahkanj kesembuhan kamu.” Dalam perjalanan ke sana mereka sembuh.
15Ketika seorang daripada mereka sedar bahawa dia sudah sembuh, dia berpatah balik sambil memuji Allah dengan suara yang kuat. 16Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Orang itu orang Samaria. 17Yesus berkata, “Bukankah sepuluh orang yang disembuhkan? Di manakah yang sembilan orang lagi? 18Mengapakah orang bangsa asing ini sahaja yang kembali untuk bersyukur kepada Allah?”k 19Lalu Yesus berkata kepada orang itu, “Bangunlah dan pergilah; kamu sembuh kerana kamu percayal kepada-Ku.”

Teropong:

g Kampung ini terletak di antara Samaria dan Galilea. Oleh itu, terdapat penghidap kusta yang berbangsa kacukan Yahudi dan Samaria. Bangsa Yahudi dan Samaria selalunya tidak bergaul tetapi kesengsaraan yang dialami bersama para penghidap kusta menghancurkan tembok tersebut.
h Rujuk Bab 5, nota g.
i Hukum Taurat menggesa penghidap penyakit kusta untuk menjauhkan diri daripada orang ramai. Akan tetapi, mereka berani untuk datang rapat dan berteriak meminta pertolongan kepada Yesus. Mereka tidak meminta penyembuhan secara khusus, tetapi untuk belas kasihan kerana Yesus mengasihani mereka.
j Apabila Yesus melihat mereka, Dia tidak berkata bahawa mereka telah disembuhkan tetapi menyuruh mereka untuk berjumpa dengan imam. Ini adalah satu proses yang biasa diambil apabila seorang penghidap kusta pulih. Imam bertugas sebagai penilai kesihatan untuk mengesahkan bahawa mereka benar-benar sembuh (Imamat 14). Yesus menguji iman mereka untuk bertindak seakan-akan telah dipulihkan. Mereka patuh menurut perintah dan akhirnya menerima kesembuhan.
k Orang Samaria – orang luar, dijangka untuk menjadi yang terakhir untuk berterima kasih kepada seorang penyembuh Yahudi. Tetapi Lukas mengatakan bahawa dia adalah orang pertama dan satu-satunya yang berterima kasih kepada Yesus. Sembilan yang lain sangat taksub dengan kegembiraan sendiri sehingga tidak terfikir untuk kembali berterima kasih kepada Yesus.
l Frasa ini juga boleh dibaca sebagai ‘imanmu telah menyelamatkan kamu’. Yesus mungkin melihat hati yang benar terhadap Allah di dalam lelaki Samaria tersebut. Oleh itu Dia memberikan jaminan jiwanya juga sihat seperti tubuhnya. Pemulihan yang lengkap bermaksud jiwa yang selamat disertai dengan tubuh yang sihat.

Mari Fikir Sejenak:

  • Adakah anda ingat untuk berterima kasih dan memuji Allah setiap kali anda melihat Dia bekerja di dalam hidup anda?

Waktu Untuk Berdoa:

Bilakah kali terakhir anda berterima kasih kepada Allah kerana melayan anda dengan baik? Luangkan sedikit masa untuk memikirkan perkara-perkara khusus yang telah dilakukan-Nya untuk anda dan berterima kasihlah untuknya.

Ayat Hafalan:

Engkaulah Allahku, aku bersyukur kepada-Mu; aku akan mengagungkan Engkau. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik,
dan kasih-Nya kekal abadi.
(Mazmur 118:28-29)

Kedatangan Kerajaan Allah (ay. 20-37)

20Beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus, “Bilakah Allah akan datang untuk memerintah?” Yesus menjawab, “Pemerintahan Allah tidak bermula dengan tanda-tanda yang dapat dilihat, 21sehingga orang dapat berkata, ‘Lihatlah di sini!’ atau ‘Lihatlah di sana!’; kerana Allah sudah mula memerintah antaram kamu.”
22Setelah itu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,n “Masanya akan tiba apabila kamu berharap dapat melihat zaman Anak Manusia, tetapi kamu tidak dapat melihatnya. 23Nanti orang akan berkata kepada kamu, ‘Lihat, di situ!’ atau, ‘Lihat, di sini!’ Jangan kamu keluar mencarinya.o 24 Sebagaimana kilat memancar di langit lalu menerangi langit dari hujung ke hujungp, demikian juga keadaan Anak Manusia pada masa itu. 25Tetapi terlebih dahulu Dia mesti mengalami banyak penderitaan dan tidak diterima oleh orang zaman ini. 26Seperti pada zaman Nabi Nuhq dahulu, demikian juga halnya pada masa Anak Manusia kelak. 27Orang makan dan minum; lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nabi Nuh masuk ke dalam bahtera. Lalu air bah datang dan membinasakan mereka semua. 28Juga
seperti pada zaman Lot;r orang makan minum, berjual beli, bercucuk tanam, dan membina rumah. 29Tetapi pada hari Lot meninggalkan Sodom, api dan belerang turun dari langit dan membinasakan mereka semua. 30Demikianlah keadaannya pada hari Anak Manusia menampakkan diri.
31Pada hari itu, orang yang di bumbung rumah, janganlah turun untuk mengambil barang di dalam rumah.s Begitu juga orang yang di ladang, janganlah balik ke rumah.t 32 Ingatlah akan apa yang sudah berlaku terhadap isteriu Lot! 33Sesiapa yang berusaha mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup-nya akan menyelamatkannya.v 34 Percayalah, pada malam itu dua orang sedang tidur di atas sebuah katil; seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan. 35Dua orang wanita sedang menggiling gandum; seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan.w [36Dua orang lelaki sedang di ladang; seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan.]”
37Pengikut-pengikut Yesus bertanya, “Di mana, ya Tuhan?” Yesus menjawab, “Di tempat ada bangkai, di situ ada burung pemakan bangkai.x

Teropong:

m Yesus mengatakan bahawa Kerajaan Allah tidak menyerupai mana-mana kerajaan yang diketahui oleh orang Farisi. Ia bersifat dalaman serta rohani dan bukannya fizikal dan luaran. Oleh itu kedatangannya tidak boleh dilihat dengan mata kasar. ‘Antara kamu’ tidak boleh ditafsir bahawa Kerajaan Allah wujud di dalam orang Farisi kerana mereka tidak mempercayai dakwaan Yesus tentang identiti-Nya. Padahal, Kerajaan Allah sudah ada bersama mereka, wujud di dalam peribadi dan pelayanan Yesus dan mereka tidak mampu mengenalinya.
n Kemudian Yesus mengatakan masa depan Kerajaan tersebut kepada murid-murid-Nya. Kedatangan semula Anak Manusia akan menjadi sangat nyata. Tetapi Dia harus diseksa dan ditolak terlebih dahulu.
o Mereka tidak harus meninggalkan pekerjaan semata-mata untuk mengejar ramalan kedatangan Yesus yang kedua kali.
p Yesus akan kembali secara tiba-tiba, tanpa jangkaan di hadapan umum. Semua orang akan melihat-Nya.
q Rujuk Kejadian 6:9. Sebelum kedatangan semula Anak Manusia, kehidupan akan diteruskan dengan biasa. Orang ramai pada waktu nabi Nuh leka bukan dengan kegiatan berdosa, tetapi dengan kegiatan kehidupan seharian sehingga mereka tidak mempedulikan Nuh. Hasilnya mereka dihambar kemusnahan yang seharusnya boleh dielakkan.
r Yesus memberikan amaran yang serupa dengan pengalaman Lot (rujuk Kej 19:1). Pada waktu itu, orang ramai leka dengan hal masing-masing dan tidak mempedulikan amaran untuk meninggalkan Sodom.
s Sudah menjadi kebiasaan ramai untuk bersantai di atas bumbung rumah yang rata. Apabila akhir zaman tiba, mereka yang berehat di atas bumbung tidak seharusnya berfikir untuk kembali ke dalam rumah untuk menyela-matkan harta benda.
t Kedatangan mengejut Anak Manusia langsung tidak memberikan peluang untuk seseorang mengumpulkan harta bendanya. Terdapat kegentingan di dalam memilih nilai-nilai abadi dan juga keprihatinan duniawi.
u Rujuk Kej 19:26. Isteri Lot berada di dalam perjalanan untuk meninggalkan kota untuk mencari tempat berlindung. Akan tetapi, kerana keberatan untuk meninggalkan hidup lamanya, dia berpaling untuk melihat Sodom dan terperangkap di dalam kemusnahannya.
v Kata-kata Yesus ini boleh didapati di dalam keempat-empat Injil. Ia diulang sebanyak dua kali di dalam dua daripada empat Injil-Injil tersebut. Inilah kata-kata Yesus yang paling diberikan penekanan.
w Mereka yang sangat rapat (di rumah dan juga di tempat kerja) akan turut dipisahkan, seorang akan diambil untuk bersekutu dengan Allah dan yang seorang lagi dibiarkan untuk dihukum. Tidak kira betapa rapatnya dua orang di dalam hidup, mereka tidak dijamin untuk memiliki nasib abadi yang sama.
x Kedatangan Anak Manusia akan dapat dilihat di semua tempat oleh setiap orang (ayat 22-24). Yesus menjelaskan-nya pertanyaan murid-murid-Nya dengan menggunakan perumpamaan, di mana sama seperti kemunculan burung pemakan bangkai menandakan adanya mayat, kehadiran-Nya pada waktu tersebut adalah sangat nyata.

Copyright © 2026, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.