1Yesus meneruskan perjalanan-Nya ke Yerikho dan melalui kota itu. 2Di situ ada seorang ketua pemungut cukaia yang kaya; namanya Zakheus.b 3Dia ingin melihat Yesus, tetapi kerana orang terlalu banyak, lagi pula dia pendek, dia tidak dapat melihat Yesus. 4Dia lari mendahului orang ramai, lalu memanjat sebatang pokok ara,c supaya dia dapat melihat Yesus yang akan lalu di situ. 5Apabila Yesus tiba di situ, Dia memandang ke atas lalu berkata kepada Zakheus, “Zakheus, turunlah segera! Hari ini Aku mesti menumpang di rumahmu.d ”
6Zakheus turun dengan segera dan menyambut Yesus dengan kegembiraan. 7Semua orang yang menyaksikan hal itu mula bersungut-sungut. Mereka berkata, “Orang ini menumpang di rumah seorang berdosa!”
8Zakheus berdiri dan berkata kepada Yesus, “Guru, saya akan mendermakan separuh daripada harta saya kepada orang miskin. Sesiapa sahaja yang pernah saya tipu, akan saya bayar kembali empat kali ganda!”e
9Yesus berkata kepadanya, “Pada hari ini Allah telah menyelamatkan kamu dan keluargamu, kerana kamu juga keturunan Abraham.f 10Anak Manusia datang untuk mencarig dan menyelamatkan orang yang sesat.”
a Panggilan ‘ketua pemungut cukai’ tidak terdapat di tempat lain. oleh itu, maksud sebenarnya adalah tidak diketahui. Ia boleh bermaksud bahawa Zakheus memiliki status yang lebih tinggi daripada pemungut cukai yang lain di daerahnya. Kawasan ini sedang melalui kemahsyuran pada waktu tersebut. Disebabkan itulah kekayaan Zakheus tidak menjadi kejutan. Dia juga mungkin menikmati kuasa dan keistimewaan di kalangan dunia Yunani-Roma. Akan tetapi dia sangat dibenci dan tidak disukai di kalangan orang Yahudi.
b Maksud nama ‘Zakheus’ di dalam Ibrani adalah ‘suci’ ataupun ‘salih’.
c Pokok ini sangat kukuh dan mempunyai ketinggian sehingga 9 –12 meter (30-40 kaki). Ia agak mudah dipanjat kerana mempunyai cabang-cabang pendek dan dipenuhi dengan ranting-ranting yang mampu menanggung berat badan manusia.
d Keinginan Zakheus untuk berjumpa dengan Yesus diatasi dengan kebenaran bahawa Yesus ingin berjumpa dengan-nya! Tetapi Yesus bukan ingin sekadar berjumpa dengan Zakheus malah ingin dan harus bermalam di rumahnya.
e Hukum Taurat mengehendaki hanya jumlah asal ditambah dengan satu perlima jumlah tersebut (Im 6:1-5; Bil 5:5-7). Zakheus dengan rela bersetuju untuk membayar semula lebih daripada yang sepatutnya, menunjukkan bahawa dia benar-benar telah bertaubat.
f Terjemahan-terjemahan lain mempunyai ‘Anak Abraham’. Istilah ‘Anak Abraham’ bermaksud seorang Yahudi asli, pengikut iman Abraham, bukan hanya kuturunannya.
Yesus melihat Zakheus sedemikian walaupun masyarakat Yahudi memulaukan dia. Semua orang Yahudi boleh mendakwa dirinya sebagai anak Abraham, tetapi bukan semua orang Yahudi akan diselamatkan.
g Yesus dan bukannya Zakheus yang mencari dan membuat perjanjian. Dia sememangnya tergolong di dalam orang sesat, tetapi Yesus tidak membiarkan dia di sana. Dia mencari Zakheus dan menyelamatkan dia. Ini adalah ringkasan penting tentang tujuan Yesus untuk membawa keselamatan dan juga Kerajaan Allah.
11Sementara orang masih mendengar Yesus berkata-kata, Yesus menceritakan perumpamaan berikut. Pada waktu itu Dia hampir tiba di Yerusalemh dan orang ramai menyangka bahawa Allah segera akan memerintah di bumi.i 12 Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Seorang bangsawan pergi ke negeri yang jauh untuk dilantik menjadi raja,j dan kemudian dia akan kembali. 13Tetapi sebelum dia berangkat, dia memanggil sepuluh orang hambanya lalu memberikan sekeping wang emask kepada setiap orang. Dia berkata, ‘Berniagalahl dengan wang ini semasa aku pergi.’ 14Tetapi penduduk negerinya membenci dia. Setelah dia berangkat, mereka mengirim utusan untuk mengatakan, ‘Kami tidak mahu orang ini menjadi raja kami.’
15Orang bangsawan itu dilantik menjadi raja, lalu pulang ke negerinya. Dengan segera dia menyuruh semua hambanya yang sudah menerima wang emas supaya datang menghadap. Raja hendak mengetahui keuntungan yang diperoleh mereka. 16 Hamba pertama datang dan berkata, ‘Tuanku, patik berhasil mendapat sepuluh keping wang emas dengan sekeping wang yang tuanku berikan itu.’ 17‘Bagus, kamu hamba yang baik! Oleh sebab kamu dapat dipercayai dalam perkara yang kecil, beta akan menjadikan kamu penguasa sepuluh buah kota.’ 18Hamba kedua datang dan berkata, ‘Tuanku, dengan sekeping wang emas yang tuanku berikan, patik berhasil mendapat lima keping wang emas.’ 19Kepada hamba itu raja berkata, ‘Beta akan menjadikan kamu penguasa lima buah kota.’ 20Hamba yang lain datang dan berkata, ‘Tuanku, inilah wang emas tuanku. Patik telah menyimpannya di dalam sapu tangan. 21Patik takut akan tuanku, kerana patik tahu bahawa tuanku seorang yang keras. Tuanku mengambil apa yang bukan milik tuanku, dan tuanku menuai di tempat yang tidak tuanku semai.’ 22Raja itu berkata kepadanya, ‘Hai hamba yang jahat! Beta akan menghukum kamu menurut kata-katamum sendiri. Kamu tahu bahawa beta seorang yang keras; beta mengambil apa yang bukan milik beta, dan menuai di tempat yang tidak beta semai. 23Oleh itu kamu seharusnya menyimpan wang beta di bank supaya apabila beta kembali beta dapat menerima wang beta dengan faedahnya.’ 24Kemudian raja itu bertitah kepada mereka yang berdiri di situ, ‘Ambillah wang emas itu daripadanya dan berikan kepada hamba yang mempunyai sepuluh keping. ’ 25 Mereka berkata kepada raja itu, ‘Tuanku, dia mempunyai sepuluh keping!’ 26Raja itu menjawab, ‘Ketahuilah, orang yang sudah mempunyai sesuatu, kepadanya akan diberikan lebih banyak lagi. Tetapi orang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang ada padanya akan diambil juga. 27Sekarang bawa ke mari musuh beta yang tidak mahu beta menjadi raja mereka. Bunuhlah mereka semua di hadapan beta!’”n
h Untuk beberapa ketika, Lukas menjelaskan perjalanan Yesus ke Yerusalem. Yerikho terletak lebih kurang 24 km (15 batu) dari Yerusalem dan perjalanan ini hampir selesai.
i Oleh kerana mereka semakin hampir dengan Yerusalem, murid-murid Yesus berfikir bahawa kemuncak akan menjelang. Mereka menjangkakan Yesus sebagai Mesias yang akan mendirikan kerajaan di dunia, mengalahkan semua musuh politik dan juga ketenteraan serta memerintah di dalam kuasa dan kegemilangan.
j Keperluan untuk seseorang yang mempunyai kuasa dan kehormatan disebabkan hak kelahiran untuk berkunjung ke negara yang jauh untuk mengukuhkan pemerintahannya ke atas sebuah kawasan adalah tidak asing di dunia Roma. Roma adalah tempat di mana kuasa untuk memerintah diberikan kepada mereka yang akan berkhidmat sebagai raja dan gabenor.
Inilah yang dilakukan oleh Herodes Agung dan anak-anaknya. Mereka berkunjung ke Roma untuk dilantik menjadi raja ke atas orang Yahudi. Yudea diberikan kepada anaknya Arkhealus untuk menjadi raja. Dia memerintah dengan sangat buruk sehingga orang ramai membencinya dan menghantar seorang wakil ke Roma meminta untuk melucutkan raja tersebut. Dengan cara yang sama, Yesus akan berangkat tidak lama lagi dan akan kembali di masa hadapan sebagai raja.
k Terdapat versi lain yang menterjemahkan perkataan ini sebagai ‘mina’ ataupun ‘pound’. Mina adalah matawang Yunani yang bersamaan dengan 100 dinar, satu dinar (matawang Roma) bersamaan dengan gaji harian seorang pekerja buruh (rujuk Bab 7, nota u). Oleh itu, mereka diberikan sejumlah wang yang bersamaan dengan gaji untuk tiga hingga empat bulan.
l Hamba-hamba selalunya diupah untuk berniaga di tempat majikan mereka. Mereka diberikan kebebasan untuk ‘menggunakan wang untuk diniagakan’ serta mendapatkan keuntungan.
m Majikan tersebut tidak menerima ataupun menyangkal penilaian hamba itu terhadapnya. Malah, dia menggunakan kata-kata hamba itu tadi untuk menunjukkan bahawa hamba itu seharusnya bertindak dan melakukan sesuatu dengan wang tersebut jika dia benar-benar menggeruni tuannya.
n Hukuman terhadap mereka yang memberontak dan dengan aktif membangkang raja adalah lebih buruk daripada hamba yang lalai.
Yesus memanggil kita untuk hidup dengan setia sebagai murid-Nya sambil menunggu Dia untuk kembali semula.
28Setelah Yesus berkata demikian, Dia berjalan di hadapan mereka lalu menuju ke Yerusalem. 29Apa-bila Yesus tiba dekat Betfageo dan Betaniap di Bukit Zaitun,q Dia menyuruh dua orang pengikut-Nya berjalan terlebih dahulu. 30Dia berkata kepada mereka, “Pergilah ke pekan yang di hadapan itu. Apabila kamu tiba di situ, kamu akan mendapati seekor anak keldair yang tertambat. Haiwan itu belum pernah ditunggang orang. Lepaskanlah dan bawalah keldai itu ke mari. 31Jika orang bertanya, ‘Mengapa kamu melepaskan keldai itu?’ beritahu orang itu, ‘Tuhan memerlukannya.’”
32Kedua-dua orang pengikut itu pun pergi dan mendapati semuanya seperti yang dikatakan oleh Yesus.s 33Sedang mereka melepaskan anak keldai itu, pemiliknya berkata kepada mereka, “Mengapa kamu melepaskan keldai itu?”
34Mereka menjawab, “Tuhan memerlukannya.” 35Lalu mereka membawa anak keldai itu kepada Yesus. Mereka menaruh jubah mereka pada punggung keldai itu lalu menolong Yesus naik ke atasnya. 36Sementara Yesus lalu dengan menunggangt keldai itu, orang ramai membentangkan jubahu di jalan.
37Apabila Yesus hampir sampai di Yerusalem, di jalan yang menurun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersyukur kepada Allah dan memuji Allah dengan suara keras kerana semua mukjizat yang sudah disaksikan oleh mereka. 38“Diberkatilah Dia yang datang dengan kuasa Tuhan!v Sejahtera di syurga dan kemuliaan bagi Allah!”
39Lalu beberapa orang Farisi antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, “Guru,w suruhlah semua pengikut guru diam.”
40Yesus menjawab, “Percayalah, jika mereka diam, batu-batu ini akan mula berseru.”
o Betfage adalah sebuah perkampungan di jalan utama menujuk ke arah timur dari Yerusalem ke Yerikho yang terletak di Bukit Zaitun.
p Betania adalah sebuah kampung lebih kurang 3 km (2 batu) ke arah tenggara dari Yerusalem di mana Maria, Marta dan Lazarus menetap (rujuk 10:38). Ia terletak di lereng timur Bukit Zaitun.
q Bukit zaitun adalah sebuah permatang, terletak lebih kurang satu kilometer dari timur ke Yerusalem melintasi Lembah Yordan.
r Ini adalah anak seekor keldai. Yesus memilih untuk memasuki Yerusalem dengan menaiki seekor keldai untuk mengumumkan bahawa dia adalah Anak Daud yang akan duduk di atas takhta seperti yang dinubuatkan oleh para nabi (rujuk nota t).
s Ada sarjana yang berpendapat bahawa kejadian ini menunjukkan kebolehan kenabian Yesus, manakala ada juga pendapat yang mencadangkan bahawa persetujuan awal telah dilakukan oleh Yesus.
t Setakat ini, Yesus telah melakukan perjalanan-Nya ke Yerusalem dengan berjalan kaki. Kini Dia menunggang seekor keldai untuk satu setengah kilometer (1 batu) yang terakhir mencadangkan bahawa ia adalah sebuah tindakan simbolik. Matius dan Yohanes memetik nubuat yang terdapat di dalam Zakharia 9:9. Nubuat tersebut menyebut ketibaan raja Sion yang menunggang keldai. Seorang raja yang gemilang, penuh kemenangan namun rendah hati.
u Sudah menjadi kebiasaan pada waktu itu untuk orang ramai membentangkan jubah mereka di atas permukaan jalan untuk menyambut seorang figura diraja.
v Tidak ada persoalan lagi bahawa orang ramai melihat kemasukan Yesus ke Yerusalem sebagai penggenapan nubuat nabi Zakharia dan menyambut Dia sebagai seorang raja.
w ‘Guru’ adalah panggilan yang digunakan oleh orang ramai di luar daripada golongan murid-murid Yesus untuk merujuk kepada-Nya. Mereka masih belum mempunyai pengetahuan tentang ketuhanan-Nya. Permintaan mereka menunjukkan bahawa mereka berpendapat para murid Yesus berkelakuan menentang kehendak Allah.
41Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya. 42Dia berkata, “Alangkah baiknya jika kamu mengetahui apa yang dapat mendatangkan kedamaian!x Tetapi sekarang kamu tidak dapat melihatnya. 43Masanya akan tiba apabila musuh mengelilingimu dengan sekatan.y Mereka akan mengepung dan mengasak kamu dari segala arah. 44Mereka akan memusnahkan kamu dan semua pendudukmu. Tidak seketul batu pun akan tertinggal pada tempatnya, kerana kamu tidak tahu masanya Allah datang menyelamatkan kamu!”z
x ‘Kedamaian’ ini merujuk kepada damai bersama Allah. Hubungan yang benar di antara Pencipta dan ciptaan-Nya adalah unsur yang sangat penting untuk kedamaian sebenar. Tetapi kedamaian inilah yang ditolak oleh orang-orang di Yerusalem. Sebagai hasilnya, mereka akan berhadapan dengan hukuman ilahi di dalam bentuk kemusnahan kota mereka.
y Sila rujuk 21:20. Ramalan ini menjadi kenyataan apabila orang Roma menawan Yerusalem pada 70 M dengan menggunakan sekatan-sekatan bagi mengepung kota tersebut.
z Kunjungan ilahi ini datang di dalam seorang manusia, Yesus Kristus tetapi mereka enggan untuk menerima-Nya. Kini mereka harus hidup berhadapan dengan hukuman Allah dan inilah sebabnya mengapa Yesus menangis.
45Yesus masuk ke Rumah Tuhan dan mula mengusir semua pedaganga’ di situ. 46Yesus berkata, “Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa.b’’ Tetapi kamu menjadikannya tempat persembunyian perompak!”c’
47Setiap hari Yesus mengajar di dalam Rumah Tuhan. Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpind’ bangsa Yahudi hendak membunuh dia. 48Tetapi mereka tidak mendapat peluang, kerana orang ramai sentiasa mendengarkan Dia dan tidak mahu terlepas sepatah kata pun.
a’ Ada sesetengah yang menukar wang (hanya matawang Yunani sahaja yang diterima untuk persembahan di dalam Rumah Tuhan, matawang lain harus ditukar terlebih dahulu), malah ada juga yang menjual haiwan untuk dikorbankan. Mereka berniaga di ruang bukan Yahudi, satu-satunya kawasan di dalam Rumah Tuhan yang boleh digunakan oleh orang bukan Yahudi untuk berdoa.
b’ Ayat ini dipetik dari Yesaya 56:7. Rumah Tuhan sepatutnya digunakan sebagai tempat untuk berdoa dan bukan untuk melakukan perniagaan yang mungkin mengambil kesempatan terhadap orang miskin.
c’ Dipetik daripada Yer 7:11
d’ Setiap kumpulan yang berikut: ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin bangsa Yahudi adalah wakil kepada Majlis Agama. Oleh itu, golongan yang ingin membunuh Yesus adalah barisan kepimpinan orang Yahudi.
Copyright © 2020, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.