1Semua anggotaa majlis bangkit, lalu membawa Yesus ke hadapan Pilatus.b 2Di situ mereka mula menuduh Diac dan berkata, “Kami dapati orang ini menyesatkan rakyat. Dia menghasut orang ramai supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan dia mengaku diri sebagai Kristus, seorang raja.d ”
3Pilatus bertanya kepada Yesus, “Betulkah kamu raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Begitulah yang tuan katakan.”e
4Kemudian Pilatus berkata kepada para ketua imam dan orang ramai, “Aku tidak mendapati kesalahan apa-apa pun sehingga orang ini patut dihukum.”
5Tetapi mereka berulang kali berkata, “Dengan ajarannya, orang ini menghasut orang di seluruh Yudea supaya memberontak; dia memulakannya di Galilea dan sekarang sudah sampai di sini pula.”
a Kumpulan ini merujuk kepada Majlis Agama yang telah berjumpa pada awal pagi tersebut.
b Pontius Pilatus adalah gabenor Roma di daerah Yudea dari tahun 26 sehingga 36 M (rujuk ‘Pontius Pilatus’, ms. 8). Ibu pejabatnya terletak di Kaisarea tetapi dia berada di Yerusalem sewaktu Paska dirayakan untuk mengelakkan masalah daripada timbul. Ini kerana orang Yahudi dari pelbagai tempat akan kembali berkumpul untuk merayakan perayaan ini. Hak Majlis Agama untuk menjatuhkan hukuman terberat iaitu hukuman maut, telah dilucutkan oleh kerajaan Roma. Oleh itu, Yesus harus diserahkan kepada Pilatus untuk dibunuh. Perbicaraan mengambil tempat di sebuah istana megah yang dibina olehHerodes Agung, tempat tinggal rasmi Pilatus.
c Pemimpin-pemimpin Yahudi mahu Yesus dibunuh tetapi mereka tidak mempunyai kuasa tersebut. Ini kerana hanya gabenor yang berhak untuk menjatuhkan hukuman mati. Ini adalah untuk mengelakkan orang Yahudi daripada sembarangan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap penyokong-penyokong Roma. Dari sudut pandangan orang Yahudi, jenayah Yesus adalah satu tindakan mengkufuri Allah tetapi ia bukanlah sesuatu yang setimpal dengan hukuman mati di mata orang Roma. Oleh itu, pemimpin-pemimpin Yahudi terpaksa membuat fitnah yang akan kelihatan serius bagi orang Roma.
d Mereka membuat tiga tuduhan ke atas Yesus. Akan tetapi, hanya tuduhan kedua dan ketiga yang kelihatan serius untuk dipertimbangkan oleh Pilatus. Perkataan ‘Kristus’ digunakan untuk memperlihatkan Yesus sebagai seorang aktivis politik dan juga ancaman kepada kerajaan Roma.
e Yesus mengesahkan bahawa Dia adalah seorang raja tetapi kemudian menjelaskan (rujuk Yoh 18:33-38) bahawa kerajaan-Nya bukan seperti kerajaan di dunia.
6Ketika mendengar hal itu, Pilatus bertanya, “Adakah orang ini orang Galilea?” 7Apabila Pilatus mengetahui bahawa Yesus berasal dari daerah yang diperintah oleh Herodes,f dia menyuruh orang menghantar Yesus kepada Herodes. Ketika itu, Herodes juga di Yerusalem. 8Herodes sangat gembira ketika nampak Yesus, kerana sudah lamag dia mendengar perihal Yesus dan ingin melihat dia. Herodes berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat. 9Oleh itu Herodes mengajukan banyak pertanyaan kepada Yesus, tetapi Yesus tidak menjawab sepatah pun. 10Semua ketua imam dan guru Taurat yang di situ maju ke hadapan dan mendakwa Yesus dengan berbagai-bagai tuduhan yang berat. 11Herodes dan askar-askarnya mempermainkan serta menghinah Yesus. Mereka mengenakan jubahi yang indah pada Yesus, lalu mengembalikan Yesus kepada Pilatus. 12Mulai hari itu Herodes dan Pilatus bersahabat;j dahulunya mereka bermusuhan.
f Ini adalah Herodes Antipas, anak kepada Herodes Agung. Dia adalah raja di kawasan Galilea dan Perea. Ibu peja-batnya terletak di Tiberias, Laut Galilea. Tetapi, seperti Pilatus, dia Herodes juga berada di Yerusalem sewaktu Paska. Dia mungkin berada di sana dengan harapan untuk memenangi hati orang-orang Yahudi. Walaupun Herodes dan Pilatus saling berseteru (rujuk ayat 12), Pilatus tidak ingin mengendalikan kes ini dan menyerahkan Yesus kepada Herodes.
g Herodes sudah lama risau akan identiti sebenar Yesus (3:7-9). Dia juga pernah merancang untuk membunuh-Nya dahulu (13:31) walaupun mereka tidak pernah bertemu.
h Herodes pasti berasa tertekan sewaktu memeriksa Yesus kerana dia tidak mendapat sebarang jawapan untuk soalannya ataupun melihat keajaiban daripada Yesus. Yesus tidak pernah menolak mereka yang ikhlas bertanya, tetapi Herodes sememangnya mempunyai minat yang lain ke atas identiti sebenar Yesus.
i Kata sifat yang digunakan mencadangkan bahawa jubah tersebut ‘bersinar’ ataupun ‘berkilau’. Ini adalah sebuah cubaan untuk mengejek dakwaan Yesus sebagai raja orang Yahudi.
j Mereka menjadi rakan dari segi gabungan kuasa menentang Yesus.
13Pilatus mengumpulkank para ketua imam, pemimpin, dan orang ramai. 14Dia berkata kepada mereka, “Kamu membawa orang ini kepadaku dan berkata bahawa dia menyesatkan rakyat. Aku sudah menyoal dia di sini di hadapan kamu, dan tidak mendapati kesalahan apa-apa pun sebagaimana yang kamu tuduhkan kepadanya. 15Herodes pun berpendapat demikian, kerana dia menghantar Yesus kembali kepada kami. Orang ini tidak melakukan sesuatu pun sehingga dia patut dijatuhi hukuman mati. 16Oleh itu aku menyuruh orang mencambuk dia, lalu membebaskannya.”l [17Pada tiap-tiap perayaan Paska, Pilatus harus membebaskan seorang tawanan untuk rakyat.] 18 Semua orang di situ berseru, “Bunuhlah dia! Bebaskan Barabasm untuk kami!”n 19(Barabas dipenjarakan kerana terbabit dalam pemberontakan yang berlaku di kota dan kerana pembunuhan.)
20Pilatus hendak membebaskan Yesus. Oleh itu Pilatus berseru lagi kepada orang ramai. 21Tetapi mereka berseru, “Salibkan dia! Salibkan dia!”o
22Lalu untuk kali ketiga Pilatus berkata kepada mereka, “Tetapi apakah kesalahannya? Aku tidak mendapati kesalahan apa-apa pun pada orang ini sehingga dia patut dijatuhi hukuman mati! Aku akan menyuruh orang mencambuk dia, kemudian membebaskannya.” 23Tetapi mereka terus-menerus berseru dengan sekuat tenaga bahawa Yesus harus disalibkan, dan akhirnya mereka berjaya. 24Pilatus menjatuhkan hukuman mati kepada Yesus sesuai dengan kehendak orang ramai. 25Kemudian Pilatus membebaskan orang yang dikehendaki mereka, orang yang dipenjarakan kerana terbabit dalam pemberontakan dan pembunuhan. Setelah itu Pilatus menyerahkan Yesus kepada mereka untuk diperlakukan dengan sesuka hati.p
k Pilatus memanggil imam-imam agung, para pemimpin dan juga orang ramai menunjukkan bahawa dia telah bersedia untuk membuat satu pengisytiharaan umum.
l Keempat-empat injil dengan jelas mengatakan bahawa Pilatus teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman mati kepada Yesus kerana dia mendapati Yesus tidak bersalah. Oleh itu, dia mencuba untuk memujuk orang Yahudi dengan mencambuk Yesus walaupun Dia tidak disabit dengan apa-apa kesalahan. Hukuman mencambuk, walaupun tidak digunakan untuk membunuh, boleh membawa maut. Di dalam undang-undang Roma, ‘pukulan ringan’ ini kadang-kadang disertakan dengan amaran daripada hakim supaya si tertuduh akan lebih berhati-hati di masa hadapan.
m Nama ‘Barabas’ bermaksud ‘anak Abba’. Pilatus menawarkan mereka pilihan di antara Yesus dan seorang penjenayah yang sangat kejam.
n Ini mungkin disebabkan oleh manipulasi daripada imam-imam agung dan juga pemimpin Yahudi ke atas orang ramai untuk memihak kepada mereka. Pengikut Barabas juga mungkin turut hadir pada waktu itu dan mereka mengambil peluang untuk membebaskan dia.
o Penyaliban adalah cara menjalankan hukuman mati yang sangat kejam dan zalim. Ia dikhususkan oleh Kerajaan Roma untuk mereka yang menentang penjajahan Roma.
Mangsa selalunya disebat terlebih dahulu dan dipaksa untuk memikul kayu alang lintang sendiri ke kawasan pelaksanaan hukuman. Di situ, mereka akan dipaku ataupun diikat kepada salib, pokok ataupun tiang tanpa seurat benang. Kawasan pelaksanaan hukuman selalunya terletak di persimpangan jalan utama dan terdedah kepada semua jenis hukuman dan cemuhan. Oleh kerana mangsa tidak kehilangan darah secara keterlaluan, dan organ-organ badan masih selamat, mereka akan mati secara perlahan-lahan. Kadang-kadang maut hanya datang setelah beberapa hari kemudian apabila tubuh mengalami kejutan ataupun lemas.
Mayat si mangsa selalunya dibiarkan untuk mereput atau pun menjadi makanan burung pemangsa sebagai peringatan kepada orang ramai akan nasib mereka yang berani memberontak terhadap kuasa Roma.
p Laporan yang ditulis oleh Lukas disingkatkan. Menurut Injil Yohanes, kita mendapati Pilatus telah menyerahkan Yesus kepada askar-askar untuk dicambuk sebelum menjatuhkan hukuman ke atas-Nya (rujuk Yoh 19:1-5). Yesus kini dihantar untuk disalibkan.
Ingatlah bahawa Allah adalah sumber kebijaksa-naan dan kekuataan. Anda boleh meminta-Nya untuk memberi kebijaksanaan dan keberanian bagi anda bertindak dengan adil dan penuh belas kasihan.
26Askar-askar itu membawa Yesus pergi, lalu di tengah jalan mereka berjumpa dengan seorang bernama Simon,q yang berasal dari Kirene.r Dia sedang memasuki kota. Askar-askar itu menangkap dia, lalu memaksa dia memikul salibs Yesus dan berjalan di belakang Yesus.
27Banyak orang mengikut Yesus dan antara mereka ada beberapa orang wanita yang menangisi dan meratapi Yesus. 28Yesus berpaling kepada mereka dan berkata, “Wanita-wanita Yerusalem, janganlah tangisi Aku. Tangisilah diri kamu sendiri dan anak-anakt kamu. 29Masanya akan tiba apabila orang berkata, ‘Alangkah bertuahnya wanita yang tidak pernah mengandung, yang tidak pernah melahirkan dan menyusukan bayi!’ 30Itulah masanya apabila orang akan berkata kepada gunung, ‘Timpalah kami!’u dan kepada bukit, ‘Sembunyikanlah kami!’ 31Jika demikian yang dilakukan mereka terhadap kayu yang masih hijau, apa pula yang akan dilakukan mereka terhadap kayu yang kering?”v
32Ada pula dua orang penjahat yang akan disalibkan bersama-sama Yesus. 33Apabila tiba di tempat yang disebut “Tengkorak,”w mereka menyalibkan Yesus dan kedua-dua orang penjahat itu — seorang di sebelah kanan Yesus dan seorang lagi di sebelah kiri-Nya. 34Yesus berkata, “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka.” Pakaianx Yesus dibahagi-bahagikan antara mereka sendiri dengan membuang undi.
35Semua orang yang berdiri di situ memandang sahaja, tetapi para pemimpin orang Yahudi mengejek Dia dengan berkata, “Dia telah menyelamatkan orang lain. Jika dia benar-benar Penyelamat yang dipilih oleh Allah, biarlah dia menyelamatkan dirinya sendiri!”
36Askar-askar juga mengejek dia. Mereka mendekati Yesus lalu memberikan wain masamy kepada-Nya. 37Mereka berkata, “Jika kamu raja orang Yahudi, selamatkanlah dirimu sendiri!”
38Pada sebelah atas kayu salib Yesus, tertulis kata-kata: “Inilah Raja Orang Yahudi.z”
39Salah seorang penjahat yang disalibkan di situ menghina Yesus. Dia berkata, “Bukankah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah? Selamatkanlah dirimu sendiri dan juga kami!”
40Tetapi penjahat yang seorang lagi menegur dia dan berkata, “Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita semua sudah dihukum mati. 41 Hukuman kita berdua memang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak bersalah!” 42 Lalu dia berkata kepada Yesus, “Ya Yesus, ingatlah akan saya, apabila Tuan menjadi Raja!”
43 Yesus berkata kepadanya, “Percayalah, pada hari ini kamu akan bersama-sama Aku di Firdaus.”a’
44Kira-kira pukul dua belas tengah hari,b’ matahari tidak bersinar dan seluruh negeri itu diliputi kegelapan sehingga pukul tiga petang.c’ 45Pada waktu itu tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak menjadi dua helai.d’ 46Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diri-Ku ke dalam tangan- Mu!”e’ Setelah berkata demikian, Dia pun meninggal.
47Ketua askarf’ nampak apa yang telah berlaku. Dia memuji Allah dan berkata, “Memang Dia tidak bersalah!”g’ 48Apabila semua orang yang berkumpul di situ melihat apa yang telah berlaku, mereka semua pulang ke rumah sambil menebah dadah’ kerana menyesal. 49Semua sahabat Yesus, termasuk wanita-wanita yang telah mengikut Yesus dari Galilea, berdiri dari jauh dan menyaksikan semua perkara itu.
q Simon mungkin merupakan seorang Yahudi yang berada di Yerusalem untuk menyambut Paska.
r Kirene merupakan sebuah bandar yang penting di Libya, Afrika Utara. Terdapat sebilangan besar penduduk Yahudi di sana.
s Mereka yang dijatuhkan hukuman salib selalunya dipaksa untuk memikul sebatang kayu alang lintang seberat 14 hingga 18 kg ke tempat penyaliban. Kayu ini ialah kayu yang akan menjadi tempat tangan si mangsa dipaku atau-pun diikat. Yesus mengangkat kayu tersebut (rujuk Yoh 19:17) tetapi terpaksa dibantu oleh Simon kerana telah dilemahkan oleh hukuman cambuk yang diterima-Nya sebelum ini.
t Yesus berfikir untuk mereka dan bukan diri-Nya sendiri. Dia menginginkan pertaubatan dan bukan simpati dari mereka kerana Dia berfikir dengan belas kasihan akan kehancuran yang akan menimpa kota tersebut dan juga penghuninya. Yesus mengarahkan wanita tersebut untuk melihat jauh ke hadapan daripada keadaan yang sedang terjadi serta menangisi kota tersebut atas dosanya. Dia sedang memberikan amaran kepada mereka tentang kemusnahan Yerusalem oleh orang Roma yang akan terjadi di masa yang akan datang (40 tahun kemudian pada tahun 70 M). Mereka dan anak-cucu mereka akan menderita dengan dahsyat pada waktu itu. Ia sangat dahsyat sehingga anak-cucu mereka tidak dianggap sebagai berkat, walaupun orang Yahudi memandang cahaya mata sebagai berkat daripada Allah.
u Mereka akan mencari kebebasan melalui maut daripada terus bertahan melalui penderitaan dan penghakiman.
v Ini adalah sebuah perumpamaan. Terdapat beberapa tafsiran untuk pernyataan ini. Tafsiran pertama adalah jika mereka melayani Mesias dengan sedemikian rupa apabila ‘kayu masih hijau’, bagaimanakah keadaannya nanti apabila Dia diambil daripada mereka dan mereka terpaksa menderita kerana penolakan mereka di dalam detik yang gersang? Tafsiran kedua adalah Yesus sedang memberikan amaran tentang penghakiman di masa hadapan yang lebih buruk daripada kemusnahan kota ke atas mereka yang menolak diri-Nya.
w Perkataan Latin untuk istilah ini adalah calvaria, asal bagi ‘Kalvari’. Ia mungkin dinamakan sempena dengan bentuk bukit ataupun unjuran batu-bata di mana penyaliban dilakukan.
x Mereka yang dijatuhkan hukuman salib akan ditelanjangkan dan sebarang benda yang dimiliki oleh mereka pada waktu tersebut akan diambil oleh pegawai yang menjalankan hukuman. ‘Membuang undi untuk pakaian Yesus’ ialah terjemahan yang lazim dipakai dan secara tidak langsung, askar-askar tersebut menggenapi nubuat di dalam Maz 22:18.
y Ini adalah wain cuka, satu minuman asam yang dibawa oleh askar-askar waktu itu. Yesus enggan menerima minuman pelali yang sepatutnya membantu Dia mengu-rangkan rasa sakit (Mrk 15:23). Akan tetapi Dia kemudian diberikan cuka masam untuk menghilangkan dahaga (Yoh 19:28-30). Para askar terus mencemuh Yesus dengan memberikan Dia wain yang murah itu.
z Sebuah ukiran untuk menunjukkan jenayah yang dilakukan oleh si tertuduh akan dipamerkan bagi mengelakkan kelakuan yang sama diulangi. Yesus dianggap ingin merampas takhta dan menjadi ancaman kepada Kaisar Roma. Ia mungkin balasan Pilatus terhadap pemimpin Yahudi yang telah mendesaknya untuk meng-adili Yesus. Dia menulis tuduhan Yesus berdasarkan dakwaan mereka terhadap-Nya.
a’ Istilah ini datang daripada perkataan Parsi yang bermaksud ‘taman’. Ia dipinjam oleh bahasa Yunani untuk menggambarkan sebuah tempat yang cantik dan menyeronokkan. Ia digunakan untuk merujuk kepada Taman Eden (Kej 2:8-10) dan juga tempat indah selepas kematian sewaktu menunggu hari kebangkitan (2 Kor 12: 2-4; Why 2:7).
b’ Terjemahan lain menggunakan cara Yahudi menghitung masa dan mempunyai istilah ‘jam ke-enam’. Hari Yahudi bermula dari matahari terbit (lebih kurang pukul enam pagi) dan berakhir pada matahari terbenam (lebih kurang pukul enam petang). Hari dikira mengikut 12 jam sewaktu matahari kelihatan. Oleh itu, satu jam bersamaan dengan satu per duabelas daripada waktu siang. Selang masa satu jam adalah berlainan di sepanjang tahun, akan tetapi, jam keenam kekal pada waktu tengah hari, iaitu pukul 12 tengah hari. Yesus disalibkan pada jam yang ketiga, iaitu lebih kurang pukul 9 pagi (Mrk 15:25).
c’ Terjemahan yang lain menggunakan ‘jam kesembilan’.
d’ Tirai ini adalah pemisah kepada ‘Tempat Maha Kudus’ daripada Tempat Kudus di dalam Rumah Tuhan (Rujuk ‘Rumah Tuhan’, ms. 10). Ia adalah simbol kepada kesucian Allah. Tirai yang dikoyakkan menunjukkan Yesus telah membuka jalan langsung kepada Allah.
e’ Kata-kata terakhir Yesus dipetik dari Mazmur 31:5 di mana si pemazmur mempercayakan dirinya kepada penjagaan Allah sambil mempercayai Allah akan menyelamatkan dia dari musuhnya. Yesus menunjukkan iman kepada Bapa-Nya dan mempercayakan Diri-Nya ke tangan-Nya.
f’ Terjemahan lain menggunakan istilah ‘kepala pasukan’. Dia mungkin penyelia bagi pelaksanaan hukuman tersebut.
g’ Sesetengah tejemahan menggunakan perkataan ‘salih’ dan bukannya ‘tidak bersalah’. Oleh itu, ayat ini mungkin bermaksud ‘orang ini tidak bersalah’ ataupun ‘orang ini adalah Orang Benar’. Penulis Injil Matius dan Markus mencatatkan kata-kata kepala pasukan tersebut sebagai ‘memang benar orang ini Anak (ataupun anak) Allah’. Kedua-dua istilah ‘Anak Allah’ dan ‘Orang Benar’ mempunyai maksud yang serupa. Begitu juga dengan ‘anak Allah’ dan ‘orang yang benar’. Maksud yang digunakan oleh kepala pasukan tersebut adalah tidak jelas. Namun demikian, adalah jelas bahawa dia menyedari tangan Allah bekerja di dalam Yesus dan tuduhan yang dijatuhkan ke atas-Nya oleh kepimpinan Yahudi adalah tidak benar.
h’ Ini adalah tanda azab, hiba, ataupun sedih ke atas dosa.
Bayangkan anda berada di sana ketika Yesus disalibkan. Pilih salah seorang watak yang ada pada ketika itu: wanita-wanita, penyenayah, askar dsbnya., dan bayangkan diri anda di tempat mereka yang sedang memandang Yesus di kayu salib.
50Ada seorang bernama Yusuf;i’ dia berasal dari kota Arimatea di negeri Yudea. Dia seorang baik yang dihormati orang. Dia sedang menantikan masanya Allah mula memerintah. Meskipun dia anggota Majlis Agama,j’ dia tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan Majlis itu. 51(23:50) 52Dia menghadap Pilatus dan meminta jenazah Yesus. 53Dia menurunkan jenazah Yesusk’ dari salib, lalu membalutnya dengan kain linen. Setelah itu dia meletakkan jenazah Yesus di dalam kubur yang dipahat pada sebuah bukit batu.l’ Kubur itu belum pernah digunakan. 54Hari itu hari Jumaatm’ dan hari Sabat hampir bermula.
i’ Arimathea adalah sebuah kampung di kawasan bukit kira-kira 32 km (20 batu) barat daya dari Yerusalem. Tetapi oleh kerana Yusuf mempunyai sebuah kubur berdekatan dengan Yerusalem, dia dikatakan telah meninggalkan kampung halamannya untuk berpindah ke ibu kota. Menurut daripada huraian yang dibuat oleh Lukas, Yusuf mungkin salah seorang daripada pengikut Yesus ataupun dia telah mempercayai-Nya.
j’ Golongan yang dimaksudkan adalah Majlis Agama. Oleh kerana undi untuk menentang Yesus dibuat dengan sebulat suara (Luk 22:70; Mrk 14:64b), kemungkinan besar Yusuf tidak berada di sana ketika keputusan diambil.
k’ Mayat seorang penjenayah selalunya dibiarkan begitu sahaja dan tidak dikuburkan. Jika tidak, ia akan diletakkan di tempat terhina tanah milik orang miskin. Sanak saudara terdekat, seperti ibu si mati mungkin akan meminta kebenaran untuk mendapatkan mayat tersebut. Akan tetapi, Yusuf menunjukkan tindakan yang berani dengan meminta jenazah Yesus memandangkan dia adalah ahli kepada Majlis Agama. Bukan sahaja dia menguburkan jenazah Yesus, malah dia turut membungkusnya dengan kain linen, mengurapinya dengan ramuan dan minyak wangi dan memberikan penghormatan dengan menguburkannya di kubur yang baru. Perkara ini tidak mungkin dilakukan kepada penjenayah yang dijatuhkan hukuman mati.
l’ Kubur selalunya dikorek dari lereng bukit yang berbatu. Oleh kerana harga yang mahal, ia selalunya digunakan lebih dari sekali. Akan tetapi, Yesus dimasukkan di dalam sebuah kubur baru yang tidak pernah digunakan.
m’ Sesetengah terjemahan mempunyai perkataan ‘Hari Persiapan’, merujuk kepada hari Jumaat sebelum Sabat. Ini adalah hari di mana persiapan dilakukan untuk menyambut Sabat.
n’ Oleh kerana para wanita tersebut telah melihat lokasi pengebumian Yesus, mereka tidak mungkin akan tersilap mengunjungi kubur yang lain seperti yang dicadangkan beberapa pihak.
o’ Selalunya, persiapan untuk pengebumian melibatkan pembersihan, pengurapan minyak dan juga membungkus jenazah. Iklim panas di kawasan Palestina mendesak upacara pengebumian yang singkat. Ramuan dan minyak wangi digunakan bukan untuk mengawet jenazah tetapi untuk menghapuskan bau busuk pereputan mayat. Kain yang panjang dan jumlah ramuan yang yang sangat banyak akan digunakan untuk menyediakan jenazah bagi pengebu-mian. Mur dan kemenyan seberat 75 pound (34 kg), sesetengah terjemahan mengatakan 100 pound, telah digunakan pada petang pertama kematian Yesus (rujuk Yoh 19:39). Oleh kerana hari Sabat hampir menjelang, jenazah Yesus terpaksa dimasukkan di dalam kubur. Para wanita tersebut ingin membeli lebih banyak rempah untuk mengurapi tubuh Tuhan mereka. Oleh itu, mereka kembali untuk menyediakan apa yang mereka mahu dengan tujuan untuk datang kembali selepas Sabat berakhir untuk melakukan pengurapan.
Copyright © 2020, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.