Hal yang sama juga berlaku di Ikonium. Paulus dan Barnabas masuk ke rumah ibadat orang Yahudi dan berkata-kata sedemikian rupa sehingga banyak orang Yahudi dan orang bangsa lain percaya kepada Yesus. 2 Tetapi orang Yahudi yang tidak mahu percaya kepada Yesus, menghasut orang bangsa lain sehingga mereka membenci orang yang percaya kepada Yesus. 3 Rasul-rasul tinggal lama di situ dan berkata-kata dengan berani tentang Tuhan. Tuhan pun membuktikan bahawa perkhabaran mereka tentang kasih-Nya itu benar dengan memberi mereka kuasa melakukan mukjizat dan perkara-perkara yang luar biasa. a 4 Penduduk di bandar itu terbahagi menjadi dua golongan: ada yang berpihak kepada orang Yahudi dan ada yang berpihak kepada rasul-rasul itu.
5 Lalu orang Yahudi dan orang bukan Yahudi bersama-sama para pemimpin mereka bersepakat untuk menganiaya dan merejam rasul-rasul itu. 6 Apabila rasul-rasul mengetahui hal itu, mereka lari ke Listra dan Derbe, b bandar-bandar di Likaonia c dan ke daerah di sekitarnya. 7 Di situ mereka mengkhabarkan Berita Baik itu.
a Yesus memberikan kuasa kepada Paulus dan Barnabas untuk melakukan mukjizat agar ia dapat menguatkan kebenaran bagi setiap perkataan yang diucapkan oleh mereka dan juga sebagai perkenanan Tuhan terhadap pelayanan mereka.
b Listra terletak kira-kira 32 km (20 batu) dari Ikonium. Derbe berada di 97 km (60 batu) selatan dari Listra.
c Dengan merujuk kepada Listra dan Derbe sebagai ‘kota Likaonia’, Lukas memaksudkan bahawa Ikonium berada di daerah yang berlainan dengan Listra dan Derbe. Ketiga-tiga kota ini merupakan bahagian dari wilayah Roma di Galatia. Akan tetapi, dengan pentadbiran yang besar seperti sebuah wilayah, pihak Roma membahagikan Galatia kepada beberapa daerah. Dengan meninggalkan Listra dan Derbe, Paulus dan Barnabas kini meninggalkan kawasan tersebut untuk bermula di tempat yang baru.
8 Di Listra d ada seorang lelaki yang kakinya lumpuh sejak lahir dan dia tidak pernah berjalan. 9 Dia duduk di situ dan mendengarkan kata-kata Paulus. e Paulus melihat bahawa orang itu dapat disembuhkan kerana dia percaya. Oleh itu Paulus menatap dia 10 dan berkata dengan suara lantang, “Berdirilah tegak!” Orang itu melompat berdiri dan mula berjalan. 11Apabila orang ramai melihat apa yang telah dilakukan oleh Paulus, mereka mula berseru dalam bahasa Likaonia, “Lihatlah, dewa-dewa sudah menjadi seperti manusia dan turun ke dunia.” 12 Barnabas dinamakan Zeus, f dan Paulus dinamakan Hermes kerana dia yang berkata-kata. 13 Imam dewa Zeus, yang kuilnya terletak di luar bandar, datang membawa lembu jantan dan bunga ke pintu gerbang. Dia dan orang ramai hendak mempersembahkan korban kepada rasul-rasul itu.
14 Apabila Barnabas dan Paulus mendengar apa yang akan dilakukan g oleh orang di situ, mereka mengoyak-ngoyak pakaianh lalu berlari ke tengah-tengah orang ramai sambil berseru, 15 “Mengapa kamu melakukan hal ini? Kami pun manusia seperti kamu semua! Kami datang di sini untuk mengkhabarkan Berita Baik supaya kamu meninggalkan berhala-berhala yang tidak berguna itu, lalu datang kepada Allah yang hidup, Pencipta langit, bumi, dan laut serta semua yang ada di dalamnya. 16 Pada masa yang lampau Allah membiarkan semua orang mengikut kemahuan masing-masing. 17 Tetapi Allah sentiasa memberikan bukti-bukti tentang diri-Nya dengan perkara-perkara baik yang dilakukan-Nya. Dia mengurniai kamu hujan dari langit serta hasil bumi pada musimnya. Dia mengurniai kamu makanan serta menyenangkan hati kamu.” 18 Walaupun rasul-rasul berkata demikian, masih sukar juga mereka mencegah orang ramai mempersembahkan korban kepada mereka.
19 Beberapa orang Yahudi yang datang dari Antiokhia di Pisidia dan juga dari Ikonium mempengaruhi orang ramai sehingga berpihak kepada mereka. Mereka merejam Paulus, lalu menyeret dia ke luar bandar. Mereka menyangka Paulus sudah mati. 20 Tetapi apabila pengikut Yesus di situ berkumpul di sekeliling Paulus, dia bangun lalu masuk kembali ke bandar. Keesokan harinya dia dan Barnabas berangkat ke Derbe.
d Listra merupakan kampung Likaonia kuno yang tidak diketahui asal usulnya. Orang Yahudi juga tinggal di sana tetapi pengaruh mereka tidak begitu kuat. Laluan Roma yang terkenal dari Efesus ke Efrata telah menghubungkan kota ini dengan Ikonium. Laluan ini mungkin digunakan oleh para rasul untuk berjalan dari Ikonium ke Listra.
e Paulus memulakan pelayanannya di Listra dengan meng-ajar orang ramai. Ini mungkin bermaksud bahawa tidak ada rumah ibadat yang wujud di sana ketika itu.
f Zeus merupakan dewa yang menjaga kota itu, dan kuilnya ada di tempat itu. Pengenalan Zeus sebagai ketua kepada dewa Yunani yang diberikan kepada Barnabas menunjukkan bahawa penampilannya lebih dikenali. Paulus disebut sebagai dewa Hermes (sama dengan dewa orang Roma yang bernama Mercury), jurucakap bagi dewa-dewa, kerana dia selalu berkata-kata sewaktu mengajar.
Kejadian ini mungkin dibangkitkan oleh lagenda kuno yang yang menceritakan tentang Zeus dan Hermes yang menyamar sebagai manusia biasa untuk melawat kawasan tersebut. Mereka tidak dikenali oleh orang ramai kecuali oleh sepasang suami isteri tua, dan mereka memusnahkan tempat kediaman orang ramai. Melihat akan penyembuhan lelaki lumpuh dan mengingat lagenda itu, penduduk Listra percaya bahawa Zeus dan Hermes telah kembali, dan mereka ingin menyembah mereka dengan pemberian atau penghormatan kerana tidak mahu membangkitkan kemarahan dewa itu lagi.
g Jeritan orang-orang Likaonia menerangkan mengapa rasul itu lambat memahami keadaan yang terjadi di sekeliling mereka sehingga pemujaan mereka sebagai dewa hampir dilakukan. Tetapi apabila imam Zeus menyertai orang ramai untuk memberikan penghormatan kepada mereka, Paulus dan Barnabas menyedari apa yang sedang berlaku.
h Mengoyakkan pakaian merupakan kebiasaan orang Yahudi untuk menunjukkan kesedihan yang amat sangat. Apabila mereka akhirnya sedar apa yang sedang terjadi, Paulus dan Barnabas mengoyakkan pakaian mereka dalam ketakutan kerana perbuatan khufur itu, apabila mereka disembah sebagai dewa.
Paulus berkata dalam Roma 1:16 bahawa ‘Aku yakin sepenuhnya bahawa Berita Baik itu kuasa Allah yang menyelamatkan semua orang yang percaya kepada Yesus, mula-mula orang Yahudi, dan juga orang bukan Yahudi’. Anda tidak diminta untuk meyakinkan orang, hanya untuk berkongsi iman anda. Injil merupakan kuasa Allah untuk menyelamatkan. Minta kepada Tuhan untuk memberikan anda roh keberanian supaya anda tidak takut untuk bersaksi tentang berita Baik-Nya kepada orang di sekeliling anda.
Roh yang diberikan Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.
(2 Timotius 1:7)
21 Di Derbe, Paulus dan Barnabas mengkhabar-kan Berita Baik dan banyak orang menjadi pengikut Yesus. Kemudian mereka kembalii ke Listra, lalu pergi ke Ikonium dan kemudian ke Antiokhia di Pisidia. 22 Mereka menguatkan hati pengikut-pengikut di situ dan menggalakkan mereka supaya tetap percaya kepada Yesus. Rasul-rasul itu berkata, “Kita harus mengalami banyak penderitaan supaya kita dapat menikmati Pemerintahan Allah.” 23 Paulus dan Barnabas melantik pemimpin-pemimpinj bagi setiap jemaah, lalu dengan berdoa dan berpuasa mereka menyerahkan jemaah kepada pemeliharaan Tuhan yang dipercayai oleh mereka.
24 Setelah Paulus dan Barnabas menjelajah daerah Pisidia, mereka sampai ke Pamfilia. 25 Mereka mengkhabarkan Berita Baik di Perga,k lalu mereka pergi ke Atalia.l 26 Dari situ mereka belayar kembali ke Antiokhia. Dahulu di kota itu mereka diserahkan kepada Allah yang akan memelihara mereka dengan penuh kasih, supaya dapat menjalankan tugas yang sekarang sudah diselesaikan.
27 Apabila mereka tiba di Antiokhia, mereka mengumpulkan jemaah di situ dan menceritakan segala yang sudah dilakukan oleh Allah melalui mereka. Mereka memberitahu bahawa Allah sudah membuka jalan supaya orang bukan Yahudi percaya kepada Yesus. 28 Paulus dan Barnabas tinggal lama dengan pengikut-pengikut Yesus di situ.
i Setelah mengajar di Derbe, Paulus dan Barnabar kembali ke Listra, Ikonium dan Antiokhia di Pisidia. Lukas tidak memberitahu mengapa mereka tidak meneruskan perjalanan ke utara wilayah Kilikia. Keprihatinan mereka terhadap penganut-penganut baru di kota-kota Galatia telah membawa mereka ke laulan yang sama. Mereka mungkin kembali ke Listra, Ikonium dan Antiokhia di Pisidia untuk mengkhususkan pelayanan mereka kepada yang sudah percaya Yesus sahaja supaya tidak membangkitkan sebarang penentangan.
j Dalam jemaah Kristian awal orang bukan Yahudi (dan mungkin juga di Yerusalem), istilah ‘penatua’ atau ‘uskup’ (atau ‘pemantau’ seperti dalam beberapa versi) digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang dipilih untuk menjadi pemimpin kepada sidang jemaah.
k Ini merupakan kota pertama yang dijejaki mereka di Pamfilia di mana Yohanes Markus meninggalkan mereka (lihat 13: 13-14). Mereka mengkhususkan waktu ini untuk mengajar injil, ialitu perkara yang tidak sempat dilakukan pada lawatan kali pertama mereka.
l Atalia merupakan pelabuhan yang bersebelahan dengan Perga dan mempunyai pangkalan yang terbaik di persisiran Pamfilia.
Copyright © 2026, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.