1 Pada suatu hari, Yesus berdoa di suatu tempat. Setelah Dia berdoa, salah seorang pengikut- Nya berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, ajarlah kami berdoa sebagaimana Yohanes mengajar pengikutnya berdoa.”
2 Yesus berkata kepada mereka, a “Berdoalah demikian,
‘Ya Bapa, b Engkaulah Allah yang Esa.
Semoga Engkau disembah dan dihormati. c
Engkaulah Raja kami.
Semoga Engkau memerintah di bumi. d
3 Berilah kami makanan e yang kami perlukan setiap hari.
4 Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang f yang bersalah
terhadap kami. Dan janganlah biarkan kami
kehilangan iman ketika dicubai. g ’”
5 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, ‘Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti, h
6 kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak mempunyai makanan untuk dia!’ 7Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, ‘Janganlah susahkan aku! Pintu sudah dikunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. i Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu.’” 8Yesus berkata, “Lalu bagaimana? Ketahuilah, meskipun kamu kawannya, dia tidak mahu bangun dan memberikan roti kepada kamu. Tetapi kerana kamu tidak segan untuk terus-menerus meminta, j dia akan bangun lalu memberikan apa sahaja yang kamu perlukan. 9 Oleh itu Aku berkata kepada kamu: Mintalahk sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilahl sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklahk pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. 10 Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya, dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya. 11Siapakah antara kamu selaku bapa akan memberikan ular kepada anaknya ketika dia meminta ikan? 12Atau adakah kamu akan memberikan kala jengking ketika dia meminta telur? 13Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu, lebih-lebih lagi Bapa yang di syurga! Dia akan memberikan Roh-Nya kepada mereka yang meminta daripada Bapa!”
a Sekali lagi kita dapat melihat Yesus mengasingkan diri untuk berdoa bersendirian. Amalan ini turut disedari oleh para murid-Nya. Oleh kerana kagum, salah seorang daripada mereka meminta agar Yesus mengajar cara berdoa yang betul. Para pemimpin agama pada zaman itu selalunya mengajar pengikut mereka bagaimana untuk berdoa. Murid-murid Yesus ingin mendapatkan sesuatu yang akan membezakan mereka daripada orang lain, seperti yang dilakukan oleh Yohanes kepada murid-muridnya.
b Yesus baru sahaja menjelaskan kepada murid-murid-Nya (10:22) bahawa tidak ada seorang pun yang mengenali Allah kecuali Anak-Nya dan juga mereka yang dipilih oleh Anak Allah. Kini Dia mengajar mereka bahawa mereka harus memanggil Allah sebagai Bapa, dan demikianlah cara mereka mendekati-Nya di dalam doa. Perkataan Yunani yang digunakan untuk ‘bapa’ sejajar dengan perkataan Aramia ‘Abba’. Ia adalah istilah yang digunakan oleh seorang kanak-kanak untuk memanggil ayah mereka. Istilah serupa yang kita miliki hari ini adalah ‘abah’, ’daddy’ ataupun ‘papa’. Walaupun Perjanjian Lama rujukkan kepada Allah sebagai Bapa kepada Israel (Ul 32:6; Yes 63:16), untuk memanggil Allah sebagai ‘Bapa’ secara langsung dan intim adalah sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh seorang Yahudi. Bukan semua orang adalah anak Allah; hanya mereka yang dijadikan anak angkat melalui Yesus boleh memanggil-Nya Bapa.
c Terjemahan lain menggunakan ‘dikuduskanlah nama-Mu’. Ia bermaksud ‘ditahbiskan’ ataupun ‘dimuliakan’. Bagi orang Yahudi, nama bukan hanya sekadar label. Ia merumuskan inti seseorang, perwatakan dan kesemua tentang dirinya. Nama Allah merujuk kepada keseluruhan Diri-Nya seperti yang telah dinyatakan. Doa ini meminta Allah untuk bertindak untuk memimpin manusia memuliakan dan menyembah Dia dan bukannya mengkufuri ataupun berdosa terhadap Dia. Kemuliaan Allah adalah tema bagi doa ini.
d Umat Allah dipanggil untuk berdoa supaya Kerajaan Allah, subjek tetap di dalam ajaran Yesus akan didirikan. Kerajaan Allah telah didirikan sekarang di dalam hati umat Nya yang telah bertaubat serta menerima rancangan-Nya untuk hidup mereka. Akan tetapi, ia juga masih belum datang sehingga rancangan Allah disempurnakan di seluruh dunia.
e Kebanyakan terjemahan lain menggunakan perkataan ‘roti’ ataupun ‘makanan’. Maksud bagi perkataan ‘setiap hari’ adalah tidak jelas. Maksud umum yang diterima adalah kita dipanggil untuk mencari Allah setiap masa (kata kerja waktu yang digunakan adalah ‘terus memberi’) dan mempercayai Dia untuk makanan yang mencukupi setiap hari.
f Yesus bukan bermaksud bahawa dosa kita hanya boleh diampunkan apabila kita memaafkan mereka yang berdosa kepada kita. Perjanjian Baru dengan jelas mengajar bahawa pengampunan datang daripada kasih kurnia Allah, dan bukan ganjaran kepada manusia. Maksudnya adalah kita boleh meminta Allah untuk mengampunkan kita kerana kita juga mengampunkan orang yang berdosa kepada kita. Yesus merujuk kepada pengampunan setiap hari yang diperlukan untuk memulihkan hubungan bersama Allah yang rosak setiap kali kita melakukan dosa.
g Kebanyakan terjemahan lain mempunyai ‘janganlah membawa kami kepada godaan’. Ini bukan bermaksud bahawa Allah menggoda kita. Firman Allah jelas mengajar (rujuk Yakobus 1:13) bahawa Allah tidak menggoda sesiapa. Maksudnya adalah untuk berdoa agar Allah akan melindungi kita daripada cubaan yang lebih parah.
h Kisah ini berlatarkan sebuah perkampungan kecil yang tidak mempunyai kedai runcit. Setiap rumah akan memba-kar roti pada awal pagi. Lelaki tersebut mungkin telah menghabiskan bekalannya dan dia tidak mempunyai sebarang makanan untuk diberikan kepada tetamu. Lelaki tersebut harus menyediakan makanan untuk tetamunya kerana hospitaliti adalah satu peranan yang suci. Tiga buku roti kecil adalah sukatan yang mencukupi untuk seorang.
i Lelaki tersebut pasti sangat miskin. Rumahnya hanya mempunyai sebuah bilik. Seluruh keluarga akan tidur di atas pelantar yang tinggi di satu penjuru rumah manakala haiwan ternakan yang ada akan tidur di atas lantai. Dia tidak mampu berjaga tanpa mengejutkan seluruh ahli keluarganya.
j Walaupun lelaki tersebut tidak akan membantu, tetapi disebabkan persahabatan mereka, dia tetap memberikan bantuan kerana keberanian dan kecekalan yang tidak kenal malu yang ditunjukkannya.
k Ketiga-tiga kata kerja, ‘minta’, ‘mencari’, dan ‘mengetuk’ digunakan sebagai kata kerja waktu berterusan. Maksud-nya, ia bukanlah tindakan yang dilakukan hanya sekali, tetapi aksi yang berterusan. Seluruh konteks mengajar bahawa Allah memang ingin memberi tetapi jika apa yang kita inginkan tidak membuatkan kita berani dan cekal, doa kita mungkin tidak akan dijawab.
14Pada suatu hari Yesus mengusir roh jahat daripada seorang bisu. l Setelah roh jahat itu keluar, orang itu mula bercakap. Orang ramai hairan, m 15 tetapi ada beberapa orang yang berkata, “Beelzebul,n ketua semua roh jahat telah memberikan kuasa kepada Yesus untuk mengusir roh jahat.”
16Ada juga orang lain yang hendak memerangkap Yesus. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah. 17 Tetapi Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Lalu Dia berkata kepada mereka, “Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan akan hancur. o 18 Jika kerajaan Iblis mempunyai golongan yang saling berlawanan, bagaimanakah kerajaan itu dapat bertahan? Kamu berkata Aku mengusir roh jahat kerana Aku diberi kuasa oleh Beelzebul. 19Jika demikian, siapakah yang memberikan kuasa kepada pengikut kamu untuk mengusir roh jahat? Pengikut kamu sendiri membuktikan bahawa pendapat kamu itu salah! 20Aku mengusir roh jahat dengan kuasa Allah dan hal ini membuktikan bahawa Allah sudah mula memerintah di tengah-tengah kamu. p
21Apabila seorang kuatq yang bersenjata lengkap, menjaga rumahnya sendiri, semua miliknya akan selamat. 22Tetapi jika seorang yang lebih kuat menyerang dan mengalahkan dia, orang itu akan merampas semua senjata yang digunakan pemilik itu, lalu membahagi-bahagikan apa yang dicurinya.
23Orang yang tidak berpihak kepada-Ku sebe-narnya melawan Aku, dan orang yang tidak menolong Aku, sebenarnya merosakkanr pekerjaan-Ku!”
24 “Apabila roh jahat meninggalkan seseorang, roh itu menjelajah tempat yang kering untuk mencari tempat tinggal. s Jika roh jahat itu tidak dapat menjumpai tempat tinggal, roh itu akan berkata, ‘Aku akan balik ke rumah yang telah aku tinggalkan.’ 25Ketika roh itu kembali, roh itu mendapati rumah itu bersih dan teratur. 26Lalu roh itu akan pergi memanggil tujuh roh jahat lain yang lebih jahat daripadanya. Kemudian semua roh itu akan memasuki orang itu lalu tinggal di situ. t Akhirnya keadaan orang itu menjadi lebih buruk daripada dahulu.”
27Setelah Yesus berkata demikian, seorang wanita antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, “Alangkah bahagianya wanita yang melahirkan dan menyusui kamu!”
28Tetapi Yesus menjawab, “Lebih bahagia lagi orang yang mendengar firman Allah dan melakukan-nya!” u
l Iblis yang merasuk menyebabkan lelaki tersebut tidak mampu untuk bercakap.
m Sekali lagi orang ramai menjadi kagum kepada kuasa Yesus. Akan tetapi, kekaguman mereka tidak semestinya bermaksud mereka mempercayai Dia. Ada yang mengaitkan kuasa-Nya dengan Iblis. Terdapat juga yang menolak Yesus dan meminta Dia untuk menunjukkan keajaiban yang lebih hebat untuk memerangkap Dia.
n Asal istilah Beelzebul adalah tidak diketahui. Perjanjian Baru merujuk kepadanya sebagai putera syaitan dan selalunya dikaitkan kepada Iblis sendiri.
o Maksud Yesus adalah jika Iblis memberi-Nya kuasa untuk melawan syaitan, ini bermakna Iblis merancang untuk melawan dirinya sendiri.
p Yesus mengembalikan tuduhan yang dilemparkan kepada-Nya dengan berkata jika Dia menggunakan kuasa Iblis maka pengikut-Nya juga akan berbuat perkara yang sama. Akan tetapi mereka mendakwa untuk menggunakan kuasa Allah, dan begitu juga dengan Yesus. Keajaiban yang dilakukan-Nya di dalam menghalau roh jahat adalah satu tanda bahawa Kerajaan Allah telah datang ke atas mereka di dalam Yesus Kristus. Hadirat Kerajaan Allah boleh dilihat di dalam kuasa Yesus menghalau kuasa jahat. Mereka tidak memerlukan tanda-tanda yang lain. Penyembuhan orang yang bisu adalah sebuah tanda tetapi mereka tidak mengakuinya.
q Yesus menekankan hujah-Nya dengan menggunakan sebuah perumpamaan tentang Iblis sebagai ‘orang kuat’ yang mengawal harta bendanya, iaitu lelaki yang dirasuknya. Apabila Yesus, orang yang lebih kuat mengalahkannya, seperti yang telah dilakukan-Nya, kuasa iblis di atas harta bendanya telah dihapuskan.
r Tidak ada sesiapa pun yang boleh berdiri di atas pagar di dalam hal ini. Apabila seseorang melihat maksud Kerajaan Allah, dia harus turut serta ataupun menentangnya. Mereka yang tidak berada di sisi Yesus untuk menentang kejahatan adalah musuh. Gambaran ‘menolong’ dan ‘merosakkan’ adalah seperti mengumpulkan dan mencerai-beraikan kawanan haiwan.
s Padang gurun adalah tempat terkenal yang dikaitkan dengan kawasan roh jahat berkeliaran.
t Rumah tersebut telah dibersihkan tetapi dibiarkan tidak berpenghuni. Apabila seseorang menghalau roh jahat tetapi tidak mengisi ruang kosong yang ada, dia berada di dalam bahaya akan lebih banyak kejahatan untuk memasuki hidupnya. Kemenangan ke atas kejahatan harus bermaksud bahawa kejahatan digantikan dengan hadiran Allah di dalam hidup seseorang.
u Yesus tidak menolak berkat spontan yang diberikan untuk ibu-Nya kerana melahirkan dan membesarkan Dia. Tetapi dia menunjukkan mereka sesuatu yang lebih penting – bahawa mereka yang diberkati adalah mereka yang mempunyai sikap yang benar kepada Firman Allah, mendengar serta mematuhinya.
37Setelah Yesus berkata demikian, seorang Farisi menjemput Yesus makan di rumahnya. Yesus pergi ke situ lalu mulai makan. 38 Orang Farisi itu hairan melihat Yesus makan dengan tidak membasuh tangan terlebih dahulu. e’ 39Oleh itu Tuhan berkata kepadanya, “Memang kamu orang Farisi biasanya membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, tetapi hati kamu penuh dengan kekerasan f’ dan kejahatan. 40 Kamu bodoh! Bukankah Allah yang menjadikan bahagian luar, juga menjadikan bahagian dalam? 41Berikan apa yang ada di dalam cawan dan pinggan kamu kepada orang miskin. Jika kamu berbuat demikian, kamu dan milik kamu akan menjadi bersih. g’
42Malanglah kamu orang Farisi! h’ Kamu memberikan sepersepuluh daripada selasih, inggu, dan herba lain i’ kepada Allah, tetapi kamu mengabaikan keadilan, dan kasih kepada Allah. Perkara-perkara itulah yang seharusnya kamu lakukan tanpa mengabaikan kewajipan yang lain.
43Malanglah kamu orang Farisi! Kamu suka akan tempat duduk khas di dalam rumah ibadat j’ dan kamu suka dihormati di pasar. k’
44Malanglah kamu! Kamu seperti kubur tidak bernisan, l’ yang dipijak-pijak orang tanpa disedari.”
45Salah seorang guru Taurat berkata kepada Yesus, “Guru, apabila guru berkata begitu, guru menghina kami juga!”
46Yesus menjawab, “Malanglah kamu guru Taurat! Kamu meletakkan beban yang berat ke atas bahu orang lain, m’ tetapi kamu sendiri tidak mahu menghulurkan satu jari pun untuk menolong mereka memikul beban itu. 47Malanglah kamu! Kamu membina kubur yang elok-elok untuk para nabi n’ yang dibunuh oleh nenek moyang kamu. 48Dengan tindakan itu, kamu menyetujui perbuatan nenek moyang kamu. Mereka membunuh nabi-nabi itu dan kamu membuat kubur bagi para nabi itu. 49Itulah sebabnya Kebijaksanaan Allah o’ berkata, ‘Aku akan mengutus nabi dan utusan kepada mereka, tetapi ada yang akan dibunuh dan ada yang akan dianiaya!’ 50Demikianlah orang zaman ini akan dihukum kerana pembunuhan semua nabi sejak dunia ini diciptakan, 51mulai daripada pembunuhan Habel p’ sehingga pembunuhan Zakharia q’ yang berlaku di antara mazbah dan Tempat Suci itu. Percayalah, orang zaman ini akan dihukum kerana pembunuhan semua nabi itu.
52Malanglah kamu, guru Taurat! Kamu menyimpan kunci yang dapat membuka pintu pengetahuan r’ tentang kehendak Allah, tetapi kamu tidak mahu masuk ke dalam. Sebaliknya kamu menghalangi orang yang mahu masuk!”
53Apabila Yesus meninggalkan tempat itu, guru Taurat dan orang Farisi mula mengecam Yesus. Mereka menyoal Yesus tentang banyak hal 54dengan maksud untuk memerangkap Dia. Mereka berusaha untuk mencari kesalahan Yesus ketika Dia berkata-kata.
e’ Perkara ini tidak berkaitan dengan kebersihan tetapi dengan kesucian secara istiadat. Sebelum menyantap makanan, orang Yahudi akan menuang air ke atas tangan untuk menanggalkan sebarang kekotoran yang diakibatkan daripada sentuhan dengan dunia yang berdosa. Kualiti air dan kaedah membasuh ditulis dengan sangat terperinci. Orang Farisi menjangkakan bahawa Yesus, seorang guru agama, akan mematuhi amalan ini.
f’ Terjemahan lain menggunakan perkataan ‘tamak’, bukan ‘keras’.
g’ Jika orang Farisi dapat melawan ketamakan mereka, iaitu bersih secara dalaman, maka mereka akan benar-benar menjadi bersih, dan penyucian ritual tidak lagi diperlukan.
h’ Yesus kemudian menyentuh amalan lain orang Farisi yang menekankan penjagaan luaran semata-mata. Kebanyakan terjemahan mempunyai perkataan ‘celaka’ untuk ‘malang’.
‘Celaka’ adalah sebuah luahan untuk penyesalan dan bukan dendam. Yesus menujukan tiga celaka buat orang Farisi secara umum, dan tiga lagi kepada guru Taurat. Celaka yang pertama ditujukan kepada orang Farisi untuk amalan memberikan persepuluhan yang hanya berbentuk luaran.
i’ Amalan mengasingkan sepuluh peratus daripada tuaian adalah arahan yang diberikan oleh Hukum Taurat (Ul 14:22) tetapi ia tidak melibatkan proses penelitian yang sangat terperinci. Mereka mengambil amalan ini dan menokok-tambah sehinggakan ia yang asalnya adalah persembahan penuh gembira kerana kasih kepada Allah menjadi sebuah beban dan cemuhan.
Yesus tidak bermaksud bahawa amalan ini adalah salah. Tetapi semangat yang mereka gunakan untuk perkara yang remeh, membuatkan mereka terlupa akan perkara yang lebih penting – keadilan dan kasih kepada Allah.
j’ Merujuk kepada tempat duduk hadapan, menghadap kepada orang ramai. Sesiapa yang duduk di tempat tersebut akan dilihat sebagai orang penting.
k’ Ini ialah ucapan salam yang panjang di khalayak umum untuk menandakan penerima sebagai golongan yang harus diberikan hormat.
l’ Kubur biasanya lubang yang dikorek di atas permukaan tanah. Kubur asli ataupun buatan selalunya adalah lubang yang dikorek ke dalam sebuah permukaan batu. Kepingan batu yang rata kemudian digunakan sebagai penanda untuk memberikan amaran kepada orang yang lalu lalang agar mereka tidak akan mengotorkan diri tanpa sengaja. Batu-batu tersebut akan dicat putih secara berkala (rujuk Mat 23:27) agar ia tidak akan disentuh terutamanya pada waktu malam. Yesus membandingkan orang Farisi yang sangat memandang tinggi akan diri sendiri kepada penanda kubur, menunjukkan bahawa orang ramai yang mengikuti ajaran dan jalan mereka akan menjadi kotor sama seperti menyentuh kubur.
m’ Guru Taurat telah menambah banyak peraturan kepada Hukum Musa sehingga menjadi beban dan bukan men-jelaskannya agar difahami orang ramai (rujuk ‘Tradisi Pempimpin Agama’, ms. 9). Mereka tidak ingin membantu orang ramai mengikuti Hukum Taurat padahal mereka mencipta peraturan untuk menyenangkan diri sendiri.
n’ Mereka mendakwa untuk memberikan hormat kepada para nabi yang dibunuh oleh nenek moyang mereka dengan membina kubur yang indah untuk mereka. Walhal di dalam realitinya, Yesus berkata bahawa tindakan tersebut adalah simbol menyetujui jenayah yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.
o’ Yesus mungkin bermaksud bahawa Allah mengutus nabi-nabi-Nya di dalam hikmat-Nya yang agung walaupun Dia tahu mereka akan ditolak dan dibunuh. Oleh kerana orang-orang di zaman Yesus juga turut menolak rancangan Allah, maka bersama-sama dengan nenek moyang mereka yang membunuh nabi-nabi Allah, mereka akan dihukum untuk kematian para nabi.
p’ Rujuk Kej 4:8. Kematian Habel di tangan abangnya adalah catatan kematian pertama di dalam Perjanjian Lama.
q’ Kematian Zakharia adalah kematian bagi nabi terakhir yang disentuh di dalam Alkitab Ibrani (2 Taw 24:20-22). Buku Tawarikh adalah buku terakhir di dalam Alkitab Ibrani. Ekspresi ini menyerupai frasa “dari Kejadian sehingga ke Wahyu” yang kita gunakan. Yesus merumus-kan sejarah kematian umat-umat Allah yang setia di dalam Perjanjian Lama.
r’ Guru Taurat harus menjelaskan maksud Hukum Taurat dan menjadi guru kepada umat Allah. Tetapi oleh kerana mereka telah mengambil kunci yang akan membuka maksud Firman Allah dan membawa mereka kembali kepada pengetahuan akan-Nya, mereka telah menjadikan Firman Allah sebagai buku peraturan dan teka-teki yang sukar difahami. Hanya mereka yang mampu memahami-nya. Mereka juga sangat gembira dan sibuk dengan misteri-misteri yang dicipta sehingga terlepas pandang perkara-perkara indah yang Allah firmankan. Mereka bukan sahaja tidak memahaminya, malah menghalang orang lain daripada berbuat demikian.
Mudah untuk memandang rendah kepada Orang Farisi dan guru Taurat kerana kemunafikan mereka bukan?
Bawalah perkara tersebut ke hadapan Allah untuk pengampunan. Mintalah Dia untuk memberikan anda hati yang baru dan hidup untuk pengakuan daripada-Nya seorang.
Copyright © 2020, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.