1Pada waktu itu beberapa orang di situ memberitahu Yesus perihal orang Galilea yang dibunuh oleh Pilatus ketika mereka mempersembahkan korban kepada Allah. a 2 Yesus berkata kepada mereka, “Kerana beberapa orang Galilea dibunuh secara demikian, adakah hal itu membuktikan bahawa mereka lebih berdosa daripada orang Galilea lain?b 3 Tidak! Tetapi ingatlah, kecuali kamu bertaubat daripada dosa, kamu semua akan binasa seperti mereka. 4Bagaimanakah dengan lapan belas orang yang terbunuh di Siloam,c ketika menara di sana menimpa mereka? Adakah hal itu membuktikan bahawa mereka lebih berdosa daripada semua orang lain yang tinggal di Yerusalem? 5Tidak! Sekali lagi Aku berkata, kecuali kamu bertaubat daripada dosa, kamu semua akan binasa seperti mereka.”
6Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Seorang mempunyai pokok arad di kebun anggurnya. Pada suatu hari dia mencari buah ara pada pokok itu, tetapi tidak menjumpai apa-apa. 7Oleh itu dia berkata kepada pekebunnya, ‘Lihatlah, selama tiga tahune aku datang mencari buah ara pada pokok ini, tetapi tidak mendapat sebiji pun. Tebanglah sahaja, kerana pokok ini hanya menghabiskan kesuburan tanah.’ 8Tetapi pekebun itu menjawab, ‘Tuan, biarkanlah pokok ini tumbuh selama setahun lagi. Saya akan mencangkul tanah di sekelilingnya dan menaruh baja. 9 Jika pokok ini berbuah pada tahun depan, baiklah. Jika tidak, tuan boleh menyuruh orang menebangnya.’”
a Ini adalah satu-satunya tempat di mana insiden ini dicatatkan. Akan tetapi, tindakan membunuh orang sewaktu mereka mempersempahkan korban sangat serupa dengan perwatakan Pilatus. Mereka mungkin telah melanggar peraturan Roma yang penting sehingga dihukum oleh Pilatus.
b Adalah dipercayai ramai bahawa musibah akan menimpa mereka yang sangat berdosa. Yesus menunjukkan bahawa kematian mereka bukan disebabkan kerana mereka terlalu berdosa. Menurut Yesus, semua orang adalah pelaku dosa, dan Dia memberikan amaran kepada pendengar-Nya untuk bertaubat, jika tidak mereka juga akan turut binasa.
c Ini adalah lagi satu kejadian yang tidak diketahui. Menara Siloam terletak di kawasan tenggara tembok Yerusalem. Yesus sekali lagi menunjukkan kepada pendengar-Nya bahawa mereka yang mati bukanlah pelaku dosa yang lebih keji daripada mereka. Yesus kemudian memberikan amaran tentang kepentingan untuk bertaubat.
d Yesus mungkin merujuk kepada bangsa Yahudi walaupun Dia juga mungkin merujuk kepada orang Yahudi secara individu.
e Ia kelihatan seperti menandakan bahawa pokok tersebut ditanam dengan baik dan mempunyai peluang yang cerah untuk berbuah.
10Pada suatu hari Sabat Yesus mengajar di rumah ibadat. f 11Di situ ada seorang wanita yang sakit, kerana dirasuk roh jahat selama lapan belas tahun. Dia bongkok dan tidak dapat berdiri tegak. 12Ketika Yesus melihat dia, Yesus memanggil dia dan berkata kepadanya, “Mulai sekarang kamu sembuh!”g 13Yesus meletakkan tangan-Nya pada wanita itu dan pada saat itu juga wanita itu berdiri tegak lalu memuji Allah.
14Ketua rumah ibadath marah kerana Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat. Ketua rumah ibadat berkata kepada semua orang di situ, “Ada enam hari untuk bekerja; datanglah pada masa itu untuk disembuhkan, tetapi jangan pada hari Sabat!”
15Tuhan menjawab ketua itu, “Kamu munafik! Pada hari Sabati orang melepaskan lembu atau keldai dari kandang lalu membawa haiwan itu keluar untuk diberikan minuman. 16Lihatlah, di sini ada seorang wanita keturunan Abraham yang telah diikat oleh Iblis selama lapan belas tahun. Tidak patutkah dia dilepaskan daripada ikatannya pada hari Sabat?”j 17Jawapan Yesus memalukan semua musuh-Nya, tetapi semua orang lain bersukacita kerana segala perbuatan ajaib yang dilakukan oleh Yesus.
f Isu Sabat masih lagi menjadi punca konflik di antara Yesus dan para lawan-Nya. Konflik ini kembali terjadi di Rumah Ibadat.
g Yesus mengambil inisiatif untuk menyembuhkan seorang wanita.
h Juga dipanggil sebagai ketua Rumah Ibadat (rujuk Bab 8, nota c’).
i Yesus menegur kemunafikan mereka yang menentang penyembuhan-Nya dengan menunjuk amalan Yahudi di dalam menjaga haiwan ternakan. Para rabbi sangat mementingkan agar haiwan ternakan dilayan dengan baik. Pada hari Sabat, haiwan boleh dibebaskan dengan ikatan rantai panjang asalkan mereka tidak memikul apa-apa. Air juga boleh diambil untuk mereka dan dituang ke dalam bekas, walaupun seorang penjaga tidak akan berpegang kepada sebuah baldi untuk memberikan haiwan ternakan minuman. Yesus menunjukkan bahawa mereka lebih mementingkan kepentingan haiwan daripada manusia yang keperluannya jauh lebih mendesak. Mereka berpura-pura untuk bersemangat mengamalkan Hukum Taurat tetapi motif mereka adalah untuk menyerang Yesus.
j Keadaan wanita tersebut mungkin disebabkan oleh aktiviti Iblis. Oleh itu kuasa Iblis harus dihancurkan, walaupun hari tersebut adalah hari Sabat.
18Yesus bertanya, “Bagaimanakah keadaannya apabila Allah memerintah? Dengan apakah dapat Aku bandingkan keadaannya? 19Keadaannya seperti perumpamaan ini: Seorang mengambil sebiji benih sawi,k lalu menanamnya di ladang. Benih itu tumbuh dan menjadi pokok, lalu burung membuat sarang pada cabang-cabangnya.”l
20Sekali lagi Yesus bertanya, “Dengan apakah dapat Aku bandingkan keadaannya apabila Allah memerintah? 21Keadaannya seperti ini: Seorang wanita mengambil ragi lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik!” m
k Biji sesawi adalah biji benih terkecil yang digunakan oleh para petani di tanah Palestina. Jika keadaan cukup baik, pohon sesawi mampu membesar sehingga mencecah ketinggian tiga meter.
l Burung-burung yang membuat sarang di atas ranting selalunya digunakan sebagai simbol di dalam Alkitab untuk merujuk kepada semua bangsa di muka bumi. Gambaran ini mencadangkan perkembangan Kerajaan Allah daripada permulaan yang kecil sehingga saiz yang meliputi seluruh dunia. Tujuan utama perumpamaan ini diceritakan bukan terletak di atas perkembangan tetapi kepastian bahawa perkara yang dianggap kecil dan tidak penting akan dibuktikan sebagai permulaan bagi sebuah kerajaan yang hebat. Buktinya mungkin tidak seberapa – insiden kecil di mana seorang wanita dibebaskan daripada cengkaman Iblis – tetapi permulaan kecil tersebut adalah bukti kemenangan Kerajaan Allah ke atas kuasa Iblis. Kemenangan di atas Iblis adalah tanda Kerajaaan Allah diluaskan.
m Perumpamaan kedua menekankan pengajaran yang terdapat di dalam perumpamaan yang pertama. Ragi selalunya dipakai di dalam Alkitab untuk menandakan pengaruh yang jahat tetapi ia digunakan di sini untuk merujuk kepada pengaruh kuat Kerajaan Allah.
22Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui beberapa buah kota dan pekan sambil mengajar. 23Seorang bertanya kepada-Nya, “Tuan, sedikit sahajakah orang yang akan diselamatkan?”n
Yesus menjawab, 24“Berusahalah sebaik-baiknya untuk masuk melalui pintu yang sempit,o kerana banyak orang yang mencuba masuk, tetapi tidak dapat. 25Pada waktu tuan rumah bangun dan menutup pintu, kamu yang berdiri di luar mula mengetuk pintu dan berkata, ‘Tuan, bukalah pintu untuk kami!’ Tuan itu akan menjawab, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang!’ 26Kamu akan menjawab, ‘Kami sudah makan dan minum bersama-sama tuan, dan tuan juga mengajar di kota kami!’p 27 Tetapi tuan itu akan berkata lagi, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang. Pergilah dari sini, kamu semua yang melakukan kejahatan!’ 28Pada
waktu kamu melihat Abraham, Ishak, dan Yakub serta semua nabi bersukacita di Dunia Baru Allah, kamu akan menangis dan menderitaq kerana kamu diusir ke luar! 29Orang akan datang dari timurr dan barat, dari utara dan selatan, untuk menikmati jamuan di Dunia Baru Allah.s 30Sesungguhnya orang yang sekarang terakhir akan menjadi yang pertama dan orang yang sekarang pertama akan menjadi yang terakhir.”t
n Penyoal tersebut mungkin mendapati walaupun orang ramai sentiasa datang untuk mendengar Yesus berkhotbah dan disembuhkan, hanya segelintir daripada mereka yang menjadi pengikut yang setia.
o Pintu yang sempit mungkin merujuk kepada pintu kesela-matan. Yesus tidak menjawab secara langsung. Dia menggesa pendengar-Nya untuk bertindak serta merta dan berusaha untuk memasuki pintu tersebut kerana peluang yang ada tidak kekal lama. Apabila masa yang diperuntuk-kan untuk membuat pilihan tamat, pintu tersebut akan ditutup buat selamanya. Usaha untuk memasuki pintu tersebut selepas ia ditutup adalah sia-sia. Orang ramai yang tidak mampu memasuki pintu tersebut mungkin adalah mereka yang berlengah-lengah untuk berbuat demikian.
p Mendakwa untuk mengenali Yesus tanpa berpaling kepada Allah di dalam pertaubatan adalah tidak berguna apabila masa untuk bertaubat telah tamat. Allah akan menolak orang sedemikian.
q Ini menandakan kekecewaan dan tekanan mutlak.
r Ini merujuk kepada empat penjuru di muka bumi, yang bermaksud semua orang di dunia, termasuklah orang bukan Yahudi.
s Orang Yahudi mempercayai bahawa setiap orang Yahudi, kecuali yang terlalu berdosa, akan duduk dengan bapa-bapa leluhur dan para nabi di meja makan syurgawi bersama-sama dengan Mesias. Tragedi yang parah adalah untuk mengetahui bahawa mereka tidak dijemput dan melihat bangsa bukan Yahudi mengambil tempat mereka.
t Ia mungkin bermaksud bahawa mereka yang menganggap dirinya sebagai tidak layak akan disertakan dibandingkan dengan mereka yang berfikir sangat layak. Ia mungkin
sebuah perbandingan di antara orang Yahudi sebagai penerima Injil yang pertama dan juga orang bukan Yahudi yang menerimanya kemudian.
Yesus berkata bahawa hanya dengan mengetahui perihal-Nya tidak memadai untuk membenarkan anda masuk ke dalam Kerajaan Allah dan hidup bersama-sama Allah untuk selama-lamanya. Anda harus bertaubat dan menjalani hidup yang baru di dalam mengikuti Yesus kini.
Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah. (Yohanes 1:12)
31Pada masa itu juga, beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan berkata kepada-Nya, “Tinggalkan tempat ini. Pergilah ke tempat lain, kerana Herodesu hendak membunuh kamu.”
32Yesus menjawab, “Pergilah beritahu orang licikv itu, ‘Hari ini dan esokw Aku mengusir roh jahat dan menyembuhkan orang sakit, lalu pada hari ketiga, Aku akan menyelesaikan pekerjaan-Ku.x’ 33Meskipun demikian Aku harus meneruskan perjalanan hari ini, esok, dan lusa, kerana tidak semestinya seorang nabi dibunuh di tempat lain kecuali di Yerusalem.y
34Yerusalem, Yerusalem! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam para utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin memeluk semua pendudukmu seperti seekor induk ayam melindungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi engkau tidak mahu!z 35Yerusalem,a’ engkau akan ditinggalkan oleh Allah dan engkau tidak akan melihat Aku lagi sehingga tiba masanya engkau berkata, ‘Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan.b’ ’”
u Herodes yang dimaksudkan di sini ialah Herodes Antipas, anak kepada Herodes Agung (rujuk Bab 3:1, nota c). Yesus mungkin berada di daerah Perea iaitu kawasan pemerintahan Herodes. Orang Farisi ingin menakut-nakutkan Yesus supaya meninggalkan kawasan ini dan pergi ke Yudea.
v Terjemahan lain menggunakan perkataan ‘serigala’. Ia adalah sebuah simbol yang merujuk kepada mereka yang licik. Ia juga digunakan sebagai rujukan kepada mereka yang tidak penting. Herodes sangat dipandang rendah oleh orang Yahudi.
w Frasa ‘hari ini dan esok’ mungkin merujuk kepada jangka masa yang tidak tentu tetapi terhad.
x Yesus mengatakan bahawa Dia akan menyempurnakan misi-Nya. Tidak ada bahaya yang akan menimpa-Nya sehinggalah pekerjaan-Nya diselesaikan. Allah, bukan Herodes, adalah satu-satunya yang akan menentukan detik kematian Yesus.
y Yerusalem adalah ibu kota dan nadi negara tersebut. Tempat itu telah menentukan nasib kebanyakan nabi-nabi. Dan ia adalah tempat di mana rancangan Allah untuk Penyelamat-Nya disempurnakan melalui kematian Yesus.
z Yerusalem juga merupakan simbol kepada bangsa Israel. Yesus menyayangi umat Allah dengan semangat dan kasih sayang yang besar tetapi mereka enggan disayangi oleh-Nya.
a’ Sesetengah versi menggunakan ‘Maka Rumah Ibadatmu’ atau ‘Rumahmu’
b’ Ada orang yang mempercayai kejadian ini merujuk kepada kedatangan Yesus untuk kali yang kedua.
Copyright © 2020, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.