1Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini untuk mengajar pengikut-pengikut-Nya supaya sentiasa berdoaa dan tidak putus asa. 2Yesus berkata, “Di sebuah kota ada seorang hakim yang tidak takut akan Allah dan tidak peduli akan sesiapa pun.b 3 Di kota itu juga ada seorang baluc yang selalu datang kepada hakim itu untuk memohon supaya perkaranya dibela. ‘Tolonglah saya menghadapi lawan saya,’ kata balu itu. 4Sudah lama hakim itu tidak mahu menolong balu itu, tetapi akhirnya hakim itu berkata dalam hati, ‘Sungguhpun aku tidak takut akan Allah dan tidak peduli akan sesiapa pun, 5tetapi kerana balu ini terus mengganggu aku, biarlah aku membela perkaranya. Jika tidak, dia akan terus-menerus datang dan menyusahkand aku!’”
6Lalu Tuhan berkata, “Dengarlah apa yang dikatakan oleh hakim yang jahat itu! 7Tidakkah Allah akan membela umat-Nya yang berseru kepada-Nya siang malam?e Adakah Dia akan berlambat-lambat untuk menolong mereka?f 8 Percayalah, Allah akan membela mereka dengan segera!g Tetapi, adakah Anak Manusia akan menjumpai orang yang percaya kepada-Nya di bumi ini, apabila Dia datang?”h
a Ajaran Yesus mengatasi ajaran orang-orang Yahudi. Mereka menghadkan bilangan doa dalam sehari agar tidak menyusahkan/membebankan Allah. Bilangan doa maksimum yang diterima adalah sebanyak tiga kali sehari.
b Hakim tersebut tidak memperdulikan keperluan orang lain ataupun pandangan mereka terhadapnya.
c Balu tersebut adalah simbol kepada ketidakupayaan. Dia merupakan seorang insan yang sangat terancam dan tidak berupaya kerana tidak memiliki keluarga untuk menangungnya. Dia tidak mampu memberi rasuah ataupun mengupah seorang pembela untuk memberikan tekanan kepada hakim tersebut. Dia tidak memiliki apa-apa selain daripada kecekalan diri dan juga keadilan yang menyebelahinya.
d Maksud harafiah bagi frasa ‘menyusahkan aku’ adalah ‘menghitamkan mata’. Lukas menggunakan frasa yang dipinjam daripada gelanggang tinju ini untuk menggambarkan hakim tersebut ditolak ke penjuru dan dibelasah oleh seorang individu yang paling tidak penting di dalam masyarakat.
Yesus menekankan inisiatif dan kecekalan yang menga-gumkan seorang wanita yang dianggap tidak berdaya di dalam ketidak-adilan.
e Jika seorang hakim yang tidak adil lagi berhati batu ke atas rasa betul dan salah mampu dipaksa oleh kecekalan untuk bertindak adil di dalam membantu seorang insan yang tidak berdaya, Allah yang adil pasti akan menjawab doa.
f Allah tidak akan melengah-lengahkan bantuan terhadap umat pilihan-Nya jika mereka benar. Dia bukan seperti hakim yang tidak adil yang memerlukan desakan sehingga akhirnya letih sebelum mengalah.
g Kita harus memahami bahawa semuanya selaras dengan waktu Allah di mana sehari adalah seperti seribu tahun dan seribu tahun adalah seperti sehari kepada-Nya (2 Pet 3:8). Jaminan Yesus adalah kita boleh yakin bahawa Allah akan mengambil tindakan dengan pantas di pihak kita walaupun kita tidak mengetahui waktu-Nya.
h Yesus mungkin berkata-kata tentang kesetiaan dan iman yang berterusan di dalam doa.
9Yesus juga menceritakan perumpamaan ini kepada orang yang menghina orang lain, tetapi menganggap diri mereka baik. 10Yesus berkata, “Dua orang pergi ke Rumah Tuhan untuk berdoa.i Yang seorang orang Farisi dan yang seorang lagi pemungut cukai. 11Orang Farisi itu berdiri sendirianj dan berdoa,k ‘Aku bersyukur kepada-Mu, ya Allah, kerana aku tidak seperti orang lain yang tamak, suka menipu atau berzina. Aku bersyukur kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini. 12Aku berpuasa dua kali seminggul dan aku mempersembahkan sepersepuluh daripada segala pendapatanku.m’ 13Tetapi pemungut cukai itu berdiri agak jauh dan tidak berani menengadah ke langit. Dia menebah dadan kerana menyesal sambil berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini!’” 14Yesus berkata kepada mereka, “Percayalah, apabila mereka pulang ke rumah, pemungut cukailah yang diterima oleh Allaho dan bukan orang Farisi itu. Setiap orang yang meninggikan diri akan direndahkan dan setiap orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.”
i Jadual doa umum di dalam Rumah Tuhan diselaraskan dengan korban pagi dan petang. Pada masa yang sama, orang ramai boleh berkunjung ke Rumah Tuhan pada bila-bila masa untuk doa persendirian.
j Postur biasa untuk berdoa adalah dengan berdiri. Orang Farisi tersebut menjauhkan dirinya daripada orang lain kerana beranggapan dia adalah lebih salih daripada mereka.
k Doanya meluahkan inti bagi fahaman Farisi – mengasingkan diri dari yang lain (rujuk ‘Orang Farisi’, ms 14). Tindakan ini tidak salah kerana fahaman Farisi bermula untuk mengekalkan kesucian agama Yahudi daripada pengaruh Yunani. Akan tetapi, menjelang beberapa ketika, ia bertukar menjadi kebongkakan di kalangan orang Farisi.
l Puasa tidak diarahkan di dalam Hukum Taurat kecuali pada Hari Penebusan. Mereka yang warak selalunya berpuasa lebih daripada yang diperlukan. Mereka berpuasa sebanyak dua kali seminggu, pada hari Isnin dan Khamis.
m Hukum Taurat menghendaki Persepuluhan dilakukan ke atas beberapa jenis pendapatan tertentu sahaja. Orang Farisi berbangga kerana berbakti lebih daripada yang diperintahkan oleh Hukum Taurat dengan memberikan sepuluh peratus daripada semua hasil pendapatan. Oleh itu, dia melihat dirinya sebagai lebih salih daripada semua yang dirujuknya di dalam doanya.
n Adalah menjadi kebiasaan ramai untuk menengadah ke langit sewaktu berdoa. Akan tetapi, pemungut cukai tersebut berasa tidak layak untuk berbuat demikian. Dia menebah dadanya sebagai tanda kepiluan. Dia tidak berani merayu untuk amalan baik tetapi belas kasihan Allah di dalam mengampunkan dosanya. Ini bertentangan dengan orang Farisi yang sangat membanggakan diri sehingga dia berterima kasih kepada Allah untuk kebaikan dirinya.
o Allah mengampunkan dosanya dan hubungannya dengan Allah dipulihkan semula.
15Beberapa orang membawa anak-anak kecilp kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada anak-anak itu dan memberkati mereka. Ketika pengikut Yesus nampak hal itu, mereka menegurq orang di situ. 16Tetapi Yesus memanggil anak-anak itu lalu berkata, “Biarlah anak-anak datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang semacam inilahr yang akan menikmati Pemerintahan Allah. 17Ingatlah! Orang yang tidak menyambut Pemerintahan Allah seperti seorang anak, tidak akan menikmati Pemerintahan-Nya.”
p Sewaktu kurun yang pertama, kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang buruk. Ini menyebabkan kadar kematian yang tinggi di kalangan mereka. Sentuhan Yesus mungkin memberikan rahmat ilahi dan juga penyembuhan ke atas mereka.
q Kanak-kanak dipandang sebagai ‘golongan bukan dewasa’ seraya mempunyai nilai yang rendah sebagai manusia. Ditambah pula dengan kadar kematian yang tinggi, mereka kian dipandang sebagai tidak penting. ‘Anak kecil’ adalah istilah yang biasa digunakan untuk kanak-kanak dan hamba di rumah! Oleh itu, murid-murid Yesus mungkin berfikir bahawa Dia tidak seharusnya membuang masa terhadap golongan yang tidak penting ini.
r Perbandingan tersebut menunjukkan kanak-kanak adalah lebih terbuka daripada orang dewasa. Kerajaan Allah dimiliki oleh mereka yang bersedia untuk menerima kerajaan tersebut sebagai pemberian Allah dengan sepenuh hati, seperti seorang kanak-kanak. Mereka sedar betapa tidak berdayanya mereka kerana kemasukan di dalam Kerajaan Allah adalah bukan dengan amalan baik seseorang tetapi melalui Kasih Kurnia Allah.
18Seorang pemimpin Yahudis bertanya kepada Yesus, “Ya Guru yang baik,t apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?”
19Yesus bertanya kepadanya, “Mengapa kamu mengatakan Aku baik?u Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah. 20Kamu mengetahui hukum Allah: ‘Jangan berzina; jangan membunuh; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu dan hormatilah ibu bapamu.v’”
21Orang itu menjawab, “Sejak mudaw saya menurut segala hukumx itu.”
22Apabila Yesus mendengar hal itu, Dia berkata kepadanya, “Masih ada satu perkara yang harus kamu lakukan: Juallah segala hartamuy lalu dermakan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga.z Kemudian ikutlah Aku.” 23Tetapi apabila orang itu mendengar kata-kata Yesus, dia sedih kerana dia sangat kaya.a’
24Yesus melihat bahawa dia sedih. Oleh itu Dia berkata, “Alangkah susahnya bagi seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah! 25Lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarumb’ daripada seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah.”
26Orang yang mendengar kata-kata Yesus bertanya, “Jika demikian, siapa yang dapat diselamat-kan?”c’ 27Yesus menjawab, “Apa yang mustahil bagi manusia, tidak mustahil bagi Allah!”d’
28Lalu Petrus berkata, “Lihatlah, kami sudah meninggalkan rumah tangga untuk mengikut Guru.”
29”Betul!” kata Yesus. “Percayalah, sesiapa yang meninggalkan rumah, atau isteri, atau saudara, atau ibu bapa, atau anak-anak kerana mengabdikan diri kepada Allah, 30akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda pada masa ini, dan pada zaman yang akan datange’ dia akan menerima hidup sejati dan kekal.”
s Terdapat terjemahan lain yang menggunakan istilah ‘pemerintah’. Istilah ini adalah sangat umum. Orang yang dimaksudkan mungkin datang daripada status sosial dan Rumah Ibadat yang tinggi.
t Para rabbi tidak pernah dipanggil ‘baik’ kerana orang Yahudi mengkhaskan sifat tersebut untuk Allah. Dia mungkin mencuba untuk memuji Yesus, dan menyebabkan Yesus berdepan dengannya menggunakan soalan tersebut.
u Yesus tidak menafikan kebaikan-Nya tetapi memaksa lelaki tersebut untuk mengenali bahawa harapannya bergantung dengan sepenuhnya kepada Allah.
v Kelima-lima hukum yang dituturkan oleh Yesus berkaitan dengan kekeluargaan dan hubungan bersama komuniti. Hukum-hukum tersebut melarang tindakan dan kelakuan yang salah terhadap sesama sendiri.
w Sesetengah terjemahan mempunyai tambahan ‘sejak dari kecil’. Ini mungkin bermaksud sejak dari umur 13 tahun, apabila kanak-kanak lelaki Yahudi dianggap sebagai orang dewasa dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri untuk memikul peranan mematuhi hukum-hukum Allah.
x Lelaki tersebut berkata-kata dengan jujur kerana baginya mematuhi Hukum Taurat adalah berkenaan dengan tindakan luaran.
y Tidak ada indikasi bahawa perintah Yesus terhadap lelaki tersebut ditujukan kepada semua orang Kristian. Akan tetapi, masalah utama lelaki tersebut adalah kekayaannya (rujuk ayat 23). Oleh itu, penyelesaian Yesus untuk lelaki tersebut adalah untuk menghapuskan kekayaannya.
z Ini mungkin merujuk kepada kurnia hidup yang kekal, sebuah harta karun yang tidak boleh diperoleh dengan penafian diri ataupun dengan memberikan kekayaan diri kepada orang lain melainkan hanya dengan mengikuti Yesus. Dengan menghapuskan kekayaannya, dia telah menghapuskan rintangan yang menghalangnya daripada mempercayai Yesus.
a’ Keputusan tragik yang dipilih oleh lelaki tersebut untuk berpaling menunjukkan yang dia lebih menyayangi harta benda daripada hidup yang kekal.
b’ Ini adalah sebuah ungkapan untuk menunjukkan satu situasi yang mustahil. Unta adalah haiwan terbesar di tanah Palestina. Oleh itu, idea untuk memasukkan haiwan terbesar melalui ruang yang paling kecil melambangkan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh manusia.
c’ Sudah menjadi kepercayaan ramai bahawa kekayaan adalah satu tanda berkat daripada Allah. Mereka kemudian bertanya jika orang kaya tidak boleh diselamatkan, apakah harapan yang ada untuk golongan yang tidak diberkati oleh Allah.
d’ Jawapan Yesus menjelaskan bahawa keselamatan adalah pekerjaan Allah. Sebarang cubaan untuk memasuki Kerajaan Allah berdasarkan pencapaian ataupun kecemerlangan sendiri adalah sia-sia. Ini kerana, tidak ada sesiapapun yang boleh diselamatkan tanpa kasih kurnia Allah.
e’ Kedua-dua istilah ‘masa ini’ dan ‘zaman yang akan datang’ melambangkan keseluruhan masa daripada kejatuhan manusia sehinggga peringkat akhir hidup abadi bersama Allah.
31Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu berkata kepada mereka, “Dengarlah! Kita sekarang menuju ke Yerusalem. Di sana segala yang ditulis oleh nabi-nabi tentang Anak Manusiaf’ akan berlaku. 32Dia akan diserahkan kepada orang bukan Yahudig’ lalu mereka akan mempermainkan, menghina, dan meludahi Dia. 33Mereka akan menyesah dan membunuh Dia; tetapi pada hari ketiga, Dia akan bangkit semula.”
34Semuanya itu tidak difahami sedikit pun oleh pengikut Yesus. Makna ucapan itu dirahsiakanh’ daripada mereka. Mereka tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Yesus.
f’ Ini juga dirujuk sebagai ramalan ketiga kematian Yesus walaupun jumlah sebenar adalah kurang daripada tiga. Ramalan pertama terdapat di 9:22 manakala ramalan kedua pula di 9:43-45.
g’ Buat pertama kalinya Yesus mengatakan bahawa orang yang akan membunuhnya bukan berbangsa Yahudi.
h’ Sikap murid-murid Yesus setakat ini menunjukkan bahawa mereka masih belum memahami nilai-nilai Kerajaan Syurga dengan sepenuhnya. Oleh yang demikian, mereka tidak memahami maksud penderitaan dan kematian Yesus di dalam rancangan Allah.
35Yesus hampir tiba di Yerikho.i’ Di situ ada seorang buta yang sedang duduk di pinggir jalan meminta sedekah. 36Apabila orang butaj’ itu mendengar orang ramai lalu di situ, dia bertanya, “Apa sedang berlaku?”
37Mereka memberitahu dia, “Yesus, orang Nasaret itu, lalu.”
38Segera dia berseru, “Yesus, Anak Daud!k’ Kasihanilah saya!”
39Semua orang yang di hadapan memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi dia berseru lebih kuat lagi, “Anak Daud, kasihanilah saya!”
40Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa orang buta itu kepada-Nya. Apabila dia tiba, Yesus bertanya kepadanya, 41“Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?” Orang buta itu menjawab, “Tuan,l’ saya ingin melihat semula.”
42 Yesus berkata kepadanya, “Jika demikian, lihatlah! Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh.” 43Seketika itu juga dia dapat melihat, lalu dia mengikut Yesus, sambil memuliakan Allah. Apabila orang ramai nampak hal itu, mereka memuji Allah.
i’ Yerikho adalah sebuah kota purba yang terletak lebih kurang 24 km (15 batu) arah timur laut daripada Yerusalem (rujuk Bab 10, nota p). Pada zaman Yesus, kota Yerikho yang ditulis di dalam Perjanjian Lama telah dibiarkan. Akan tetapi, Herodes Agung telah membina sebuah kota baru di selatan kota yang lama.
j’ Di dalam Injil Markus, peminta sedekah tersebut bernama Bartimeus (Markus 10:46).
k’ Ini adalah sebuah panggilan Mesianik. Sebagai keturunan Daud yang dinanti-nantikan, Yesus harus mendirikan semula takhta Daud, penebus Israel daripada musuhnya dan memerintah selamanya.
l’ Terdapat banyak terjemahan yang mempunyai perkataan ‘Tuhan’.
Berikan keinginan hati anda kepada Allah dan percayalah bahawa Dia akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Copyright © 2020, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.