Bab 2 Lukas 2

Kelahiran Yesus (ay. 1-7)

1 Pada masa itu Kaisar Agustusa menitahkan semua penduduk Empayar Roma mendaftarkan diri untuk dibanci.b 2 Pembancian yang pertama dijalankan sewaktu Kirenius menjadi gabenor negeri Siria. c 3Semua orang pergi ke kotad masing-masing untuk mendaftarkan diri.
4 Yusuf berangkat dari Nasarete di Galilea, lalu pergi ke Betlehem  f di Yudea, g tempat lahir Raja Daud. Yusuf pergi ke sana kerana dia keturunan Raja Daud. 5 Dia mendaftarkan diri bersama-sama Maria,h tunangannya yang sedang mengandung. 6 Ketika mereka di Betlehem, tibalah masanya bagi Maria untuk bersalin. 7 Dia melahirkan seorang anak lelaki, anaknya yang sulung. Anak itu dibedungnyai lalu diletakkan di dalam palungj, kerana mereka tidak mendapat tempat untuk menumpang.k

Teropong:

a Lukas adalah satu-satunya penulis Injil yang mengaitkan tulisannya dengan peristiwa-peristiwa bersejarah yang terjadi pada waktu itu. Kaisar Agustus merupakan kaisar pertama dan teragung empayar Roma menurut beberapa sumber. Dia memerintah pada 31 SM sehingga 14 M.
b Banci dilakukan untuk tujuan memungut cukai dan menentukan siapa yang layak untuk berkhidmat di dalam ketenteraan Roma. Walau bagaimanapun, orang Yahudi terkecuali daripada khidmat ketenteraan. Banci ini mungkin dijalankan di sekitar 4 SM.
c Yudea, Samaria dan Galilea terletak di daerah Roma di Siria.
d Merujuk kepada tempat asal leluhur. Oleh kerana Yusuf adalah keturunan Daud, dia terpaksa kembali ke Betlehem, kota di mana Daud dilahirkan.
e Nasaret ialah sebuah kota yang terletak di kawasan selatan Galilea. Ia adalah kampung asal Yusuf dan tempat di mana Yesus membesar (rujuk 4:23).
f Betlehem bermaksud ‘rumah roti’. Ia terletak lebih kurang sepuluh kilometer (enam batu) di selatan Yerusalem. Allah menggunakan banci yang diperintahkan oleh seorang emperor pagan untuk memenuhi nubuat di dalam Mikha 5:2 bahawa Mesias akan dilahirkan di Betlehem.
g Yudea digunakan di sini untuk merujuk kepada daerah selatan Palestina (rujuk ‘Peta Palestina’, ms 20)
h Maria juga berasal daripada keturunan Daud. Kemungkinan dia juga diharuskan untuk mendaftar. Di Siria, perempuan berumur 12 tahun ke atas dikehendaki untuk mendaftar dan membayar cukai.
i Sehelai kain yang panjang selalunya digunakan untuk membungkus tubuh bayi yang baru lahir untuk melindung dan memanaskan mereka.
j Palungan ialah sebuah bekas panjang yang tidak mempunyai penutup. Ia digunakan sebagai bekas makanan haiwan ternakan.
k Kemungkinan Betlehem sesak dengan orang yang datang untuk mendaftar. Satu-satunya tempat kosong bagi Maria dan Yusuf adalah ruang untuk haiwan. Tradisi mencadangkan bahawa mereka menginap di dalam sebuah gua yang digunakan sebagai kandang. Ada kemungkinan yang ia adalah sebahagian daripada rumah tumpangan. Kandang haiwan selalunya terletak di dalam bangunan yang sama dengan penginapan keluarga.

Mari Fikir Sejenak:

Bayangkan Anak Allah dilahirkan di tempat yang dipenuhi dengan haiwan dan bukannya di dalam istana serta dikerumuni orang-orang kenamaan! Dilahirkan di dalam keadaan serba kekurangan, kepada ibu bapa yang miskin dan disaksikan oleh gembala-gembala yang tidak berpangkat – begitulah bagaimana Allah telah membawa Anak-Nya ke dalam dunia.

  • Apakah yang ditunjukkan kepada anda tentang cara Allah melihat kepada benda dan manusia?

Ayat Hafalan:

Walaupun Engkau begitu agung, Engkau memperhatikan orang yang hina, dan orang sombong tidak dapat bersembunyi daripada-Mu.
(Mazmur 138:6)

Gembala dan Malaikat (ay. 8-20)

8 Pada malam itu, beberapa orang gembalal sedang menjaga dombam di padang. 9 Tiba-tiba malaikat Tuhann menampakkan diri kepada mereka dan cahaya kemuliaan Tuhan menerangi mereka sehingga mereka ketakutan. 10 Tetapi malaikat itu berkata, “Janganlah takut! o Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. p 11Pada hari ini di kota Daud q telah lahir Penyelamatr kamu, Kristus, s Tuhan.12 Inilah tandanya: Kamu akan menemui seorang bayi yang dibedung dengan kain dan berbaring di dalam palung.”
13 Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh sepasukan besar malaikat syurga, yang memuji-muji Allah,t
14 “Termulialah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah u manusia yang menyenangkan hati-Nya!”
15 Setelah para malaikat itu meninggalkan mereka dan kembali ke syurga, gembala-gembala itu bercakap sesama mereka, “Marilah kita pergi ke Betlehem dan melihat perkara yang berlaku itu, yang sudah diberitahukan oleh Tuhan kepada kita.”
16 Mereka segera pergi, lalu menjumpai Maria, Yusuf, dan bayi yang sedang berbaring di dalam palung.
17Apabila para gembala melihat bayi itu, mereka memberitahu semua orang di situ apa yang dikatakan oleh malaikat tentang bayi itu. 18 Semua orang yang mendengarnya hairan akan apa yang dikatakan oleh para gembala itu. 19 Tetapi Maria menyimpan semua perkara itu di dalam hati dan merenungkannya. 20 Semua gembala itu kembali ke padang sambil memuji-muji Allah bagi segala yang sudah didengar dan dilihat oleh mereka, kerana semuanya tepat seperti yang dikatakan oleh malaikat.

Teropong:

l Pekerjaan sebagai seorang gembala adalah sesuatu yang tidak berpangkat. Para gembala selalunya dipandang rendah. Pekerjaan menghalang mereka daripada hukum-hukum istiadat. Mereka dianggap sebagai insan yang tidak boleh dipercayai. Mereka juga tidak dibenarkan untuk menjadi saksi di dalam mahkamah. Namun Allah menghantar malaikat-Nya untuk membawa berita baik kepada mereka.
m Para gembala harus berjaga pada waktu malam. Mereka harus mengawasi domba-domba daripada pencuri dan serangan binatang buas seperti singa dan beruang. Kawanan domba yang dijaga berkemungkinan disimpan untuk dijadikan korban di Rumah Tuhan. Ini kerana domba-domba yang dikhaskan untuk kegunaan tersebut disimpan di dalam padang berdekatan dengan Betlehem sepanjang tahun.
n Adalah dipercayai bahawa malaikat ini adalah Gabriel.
o Rasa takut adalah reaksi lazim kepada kemunculan para malaikat. Oleh itu dorongan harus diberikan. Ucapan salam penuh jaminan ini juga diberikan kepada Zakharia dan Maria.
p “Semua orang” merujuk kepada umat Israel dan bukannya umat manusia secara umum. Walaupun berita baik penyelamatan Allah adalah untuk semua orang, ia datang kepada umat Allah terlebih dahulu.
q Kota ini merujuk kepada Betlehem.
r Ramai orang Yahudi menantikan seorang penyelamat politikal untuk membebaskan mereka daripada jajahan Roma. Ada juga yang menantikan penyelamat yang akan mengeluarkan mereka daripada kesusahan dan sakit penyakit. Tetapi Penyelamat yang Allah utus akan membebaskan mereka daripada dosa dan maut.
s Istilah ‘Kristus’ datang daripada perkataan Yunani Christos yang bermaksud ‘yang diurapi’. Ia ialah istilah yang mempunyai maksud serupa dengan perkataan Ibrani Mesias. Menurut kebiasaan Israel purba, benda dan insan (misalnya imam dan raja) yang dikhaskan untuk khidmat istimewa ataupun suci, akan diurapi dengan minyak. Orang Yahudi menjangkakan bahawa Allah akan mengutus seorang Penyelamat yang istimewa satu hari nanti untuk menghalau penjajah serta mendirikan kembali kerajaan Israel seperti yang dimiliki oleh Daud. Dia bukan sahaja diurapi, malah dia adalah ‘yang’ diurapi – Kristus ataupun Mesias.
t Lagu yang dinyanyikan oleh para malaikat biasanya dipanggil sebagai Gloria in Excelsis Deo, sempena terjemahan Latin bagi ‘Termulialah Allah di langit yang tertinggi!’ Para malaikat menunjukkan kemuliaan dan kebesaran Allah dengan memberikan Dia pujian.
u Pada waktu itu, empayar Roma berada di dalam keadaan yang aman. Akan tetapi, malaikat-malaikat mengumumkan sebuah keamanan yang lebih dalam, damai bagi minda dan jiwa yang hanya mampu diberikan oleh Sang Penyelamat. Oleh itu, mereka yang mempercayai Yesus Kristus akan menerima damai tersebut. Mereka ialah umat yang disenangi oleh Allah.

Mari Fikir Sejenak:

Sekali lagi, Allah melakukan sesuatu yang luar biasa. Dia memilih golongan yang dipandang remeh oleh masyarakat untuk mendengar berita baik-Nya.

  • Jika Allah menganggap golongan sedemikian penting untuk-Nya, bagaimanakah Dia memandang anda?

Suatu Pegangan Hidup:

Di dalam Yesaya 43:4, Allah berfirman bahawa anda berharga dan bernilai di mata-Nya. Dia menyayangi anda. Ingatlah kebenaran tersebut terutamanya apabila anda berada di dalam keadaan yang sukar serta berasa tidak pasti akan pandangan Allah kepada diri anda.

Yesus Dibawa ke Rumah Tuhan (ay. 21-40)

21 Sesudah berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu disunat. Dia dinamakan Yesus, nama yang diberikan oleh malaikat kepada-Nya sebelum Dia dikandung oleh ibu-Nya.
22 Tibalah masanya Yusuf dan Maria menjalankan upacara penyucian v menurut Taurat Musa. Oleh itu, mereka membawa anak itu ke Yerusalem untuk diserahkan kepada Tuhan. 23 Di dalam hukum Tuhan tertulis, “Tiap-tiap anak lelaki sulung harus diserahkan kepada Tuhan.” w 24 Mereka juga mempersembahkan korban menurut hukum Tuhan, iaitu sepasang burung dara atau dua ekor burung merpati muda.x
25 Pada masa itu di Yerusalem ada seorang lelaki bernama Simeon. Dia seorang yang baik dan takut akan Allah. Dia menantikan masanya Allah menyelamatkan Israel. Roh Allah menyertai Simeon 26 dan memberitahu dia bahawa dia tidak akan meninggal sebelum melihat Penyelamat yang dijanjikan oleh Tuhan. 27 Dengan pimpinan Roh Allah Simeon masuk ke Rumah Tuhan. Pada waktu itu Yusuf dan Maria membawa Yesus yang masih kecil itu ke Rumah Tuhan untuk melakukan apa yang diperintahkan Taurat bagi-Nya. 28 Simeon mengambil anak itu lalu mendukung-Nya sambil memuji Allah,
29 “Sekarang, ya Tuhan, Engkau telah menepati janji-Mu. Biarlah hamba-Mu meninggal dengan tenteram.
30 Dengan mataku sendiri aku sudah melihat Penyelamat yang datang daripada-Mu.
31 Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa;
32 bagaikan cahaya yang menunjukkan kehendak-Mu bagi bangsa-bangsa lainy dan cahaya yang mendatangkan kemuliaan bagi umat-Mu Israel.”
33 Ibu bapa anak itu hairan mendengar apa yang dikatakan oleh Simeon tentang anak itu. 34 Simeon memberkati mereka dan berkata kepada Maria, ibu anak itu, “Anak ini sudah dipilih oleh Allah untuk membinasakan dan menyelamatkan banyak orang Israel. Dia akan menjadi tanda daripada Allah, yang akan dilawan oleh banyak orang,a’ 35 dan dengan demikian terdedahlah rahsia fikiran mereka. Seperti pedang yang tajam, kesedihan akan menikam hatimu.” b’ 
36 Ada pula seorang nabi wanita bernama Hana c’ anak Fanuel, daripada suku Asyer. Dia balu dan umurnya sudah lanjut. Dia berkahwin selama tujuh tahun, 37 dan sekarang umurnya lapan puluh empat tahun. Dia tidak pernah meninggalkan Rumah Tuhan. d’ Siang malam dia beribadat kepada Allah dengan berdoa dan berpuasa. 38 Tepat pada waktu itu dia datang, lalu bersyukur kepada Allah. Dia bercakap tentang anak itu kepada semua orang yang menantikan masanya Allah membebaskan Yerusalem.
39 Setelah Yusuf dan Maria melakukan segala yang diwajibkan oleh hukum Tuhan, mereka kembali ke kampung mereka di Nasaret, di daerah Galilea. 40 Demikianlah anak itu bertambah besar dan kuat. Dia sangat bijaksana dan Allah berkenan kepada-Nya.

Teropong:

v Menurut Hukum adat-istiadat Yahudi, seorang wanita akan menjadi tidak suci selepas melahirkan anak (rujuk Imamat 12:1-8). Jika dia melahirkan seorang anak lelaki, dia akan menjadi tidak suci selama tujuh hari. Pada hari yang kelapan, anak lelaki tersebut harus disunat. Selepas itu, dia harus menunggu selama 33 hari untuk disucikan daripada pendarahannya. Pada hari yang ke 40, dia harus membawa seekor kambing biri-biri yang berumur satu tahun kepada imam sebagai korban bakaran dan seekor burung merpati sebagai korban dosa. Jika dia tidak berkemampuan, dia harus membawa dua ekor burung merpati ataupun burung dara. Imam yang bertugas akan mempersembahkan korban itu kepada Allah untuk menebus wanita tersebut. Selepas itu barulah dia akan menjadi suci daripada pendarahannya.
w Anak lelaki pertama bagi manusia dan haiwan harus di-persembahkan kepada Tuhan (Kel 34:19-20). Haiwan akan dikorbankan tetapi bayi manusia akan ditebus ataupun dibeli semula. Orang-orang Lewi dipanggil oleh Allah untuk melayani Dia di pihak semua anak-anak lelaki sulung umat Israel (Bil 3:11-13). Oleh itu, terdapat dua upacara yang terlibat di sini: persembahan bayi dan juga penyucian si ibu.
x Oleh kerana miskin, Yusuf dan Maria hanya mampu mem-persembahkan dua ekor burung (Imamat 12:8).
y Salah satu tema yang ditekankan oleh Lukas untuk para pembacanya yang berbangsa bukan Yahudi ialah Allah menawarkan keselamatan kepada orang Yahudi dan juga kepada orang ukan Yahudi. Kata-kata Simeon mengge-makan nubuat Yesaya di dalam bab 40-66.
z Selepas memberkati ibu bapa Yesus, Simeon memberikan amaran kepada Maria bahawa oleh disebabkan Yesus, umat Israel akan sama ada diselamatkan ataupun dihakimi Allah. Semuanya bergantung sama ada mereka menerima ataupun menolak-Nya.
a’ Maria tidak dapat menerima kenyataan bahawa Allah akan mengutus Penyelamat sedemikian, seorang penyelamat yang harus mati di kayu salib, di mana orang ramai akan menolak-Nya dan juga semua yang dilakukan oleh Allah melalui Dia.
c’ Penolakan kepada Yesus akan turut membawa penderitaan yang besar kepada Maria. (Di dalam terjemahan lain, perkataan ‘juga’ muncul selepas perkataan ‘hatimu’).
c’ Nama ini sama seperti ‘Hannah’ yang bermaksud ‘pemurah’.
d’ Rumah Tuhan yang dibina oleh Herodes adalah sangat megah. Ia mempunyai banyak bilik untuk pelbagai kegunaan. Anna mungkin dibenarkan tinggal di dalam salah sebuah bilik yang ada.

Yesus di Rumah Tuhan (ay. 41-52)

41 Tiap-tiap tahun ibu bapa Yesus pergi ke Yerusalem untuk merayakan Perayaan Paska. e’ 42 Ketika Yesus berumur dua belas tahun, f’ mereka pergi ke perayaan itu seperti biasa. 43Sehabis perayaan itu mereka pulang, tetapi Yesus, anak itu, masih di Yerusalem. Ibu bapa-Nya tidak tahu. 44 Mereka menyangka Dia bersama-sama rombongan itu. g’ Setelah mereka berjalan sejauh sehari, barulah mereka mencari Dia antara sanak saudara dan kawan mereka. 45 Tetapi mereka tidak menjumpai Yesus. Lalu mereka kembali ke Yerusalem untuk mencari Dia. 46 Pada hari ketiga h’ mereka mendapati Yesus di dalam Rumah Tuhan. Dia sedang duduk mendengarkan guru-
guru agama Yahudi i’ dan mengajukan soalan. 47 Semua orang yang mendengar Yesus hairan kerana jawapan-Nya bijak. 48 Ibu bapa-Nya pun hairan melihat Dia. Ibu-Nya berkata kepada Dia, “Nak, mengapa berbuat seperti ini terhadap ayah dan emak? Cemas hati ayah dan emak mencari-Mu!”
49 Yesus menjawab, “Mengapa mencari Aku? Tidakkah Aku harus di rumah Bapa-Ku?” j’ 50 Tetapi mereka tidak memahami jawapan Yesus.
51 Setelah itu Yesus pulang bersama-sama mereka ke Nasaret dan taat kepada mereka. Ibu-Nya menyimpan semua perkara ini di dalam hati. 52 Yesus bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Allah mahupun manusia.k’

Teropong:

e’ Semua lelaki Yahudi dimestikan untuk mengunjungi Yerusalem sebanyak tiga kali setahun untuk menyambut tiga perayaan utama – Paska, Pentakosta dan Khemah. Oleh kerana jarak perjalanan, ramai yang tidak mampu menghadiri ketiga-tiga perayaan tersebut. Akan tetapi, kebanyakan daripada mereka akan berusaha untuk hadir sewaktu perayaan Paska. Paska mengingatkan orang Yahudi bagaimana Allah membebaskan mereka daripada perhambaan di Mesir.
f’ Pada umur 13 tahun, seorang anak lelaki Yahudi akan menjadi ‘anak hukum taurat’ ataupun ahli penuh kepada rumah ibadat. Mereka diberikan tanggungjawab orang dewasa. Bukan itu sahaja, menurut hukum Yahudi, mereka kini bertanggungjawab akan tindakan, kerohanian dan moral masing-masing. Pada umur 12 tahun, kanak-kanak lelaki mula menyediakan diri untuk mengambil tempat di dalam komuniti keagamaan di tahun yang berikutnya.
Adalah dianggap sangat membantu bagi seorang kanak-kanak lelaki untuk mengikuti perayaan Yahudi satu atau dua tahun lebih awal untuk menyediakan mereka bagi tanggungjawab seorang dewasa di dalam komuniti. Tidak jelas jika kunjungan Yesus disebabkan oleh tujuan ini ataupun Dia sekadar mengikuti ibu bapa-Nya setiap tahun.
g’ Orang ramai bergerak di dalam kumpulan yang besar ataupun di dalam karavan. Pada umur sedemikian, Yesus mungkin berjalan bersama para perempuan dan kanak-kanak ataupun dengan lelaki dewasa dan yang lebih tua daripadanya. Adalah mudah bagi Maria dan Yusuf untuk tidak mengetahui di mana Yesus berada di dalam kumpulan yang sangat besar. Mereka mungkin menyangka yang Dia ada bersama-sama dengan yang lain.
g’ Hari pertama mungkin hari meninggalkan Yerusalem. Hari kedua pula adalah hari untuk kembali ke sana. Hari ketiga mungkin adalah hari untuk mencari Yesus.
i’ Adalah lazim bagi para guru ataupun rabbi untuk mengadakan kelas mereka di dalam Rumah Tuhan (rujuk ‘Rumah Tuhan’, ms.10). Yesus mungkin telah mengikuti salah satu daripada kelas tersebut. Cara mereka mengajar adalah untuk mendorong perbincangan masalah. Ini mungkin membuka peluang kepada pelajar pintar untuk bertanya dan memberikan jawapan. Inilah perkara yang Yesus sedang lakukan.
j Jawapan Yesus menunjukkan bahawa sejak daripada usia yang begitu muda, Dia telah mengetahui bahawa Dia harus berada di dalam Rumah Tuhan, dan Dia mempunyai hubungan yang istimewa bersama Allah. Tidak ada catatan lain yang menunjukkan orang Yahudi menggunakan frasa peribadi ‘Bapa-Ku’ selain daripada Yesus.
k’ Walaupun Yesus adalah Tuhan, tidak ada tanda-tanda bahawa Dia mempunyai semua kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan sejak dari lahir. Lukas mencatatkan bahawa Dia menjadi matang sama seperti kanak-kanak yang lain. Dia taat kepada ibu-bapa-Nya, dan kasih kurnia serta rahmat Allah menyertai Dia.

Mari Fikir Sejenak:

Perhatikan walaupun Yesus adalah Anak Allah, Dia tidak pernah menganggap diri-Nya lebih hebat daripada ibu bapa-Nya. Dia mentaati mereka sewaktu Dia meningkat dewasa. Rahmat Allah menyertai-Nya.

  • Bagaimanakah hubungan di antara anda dan ibu bapa?
  • Dalam perkara apakah anda tidak mentaati mereka?
  • Bagaimanakah anda mampu berubah di dalam perkara-perkara tersebut?

Ayat Hafalan:

Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah. (Kolose 3:20)

Copyright © 2020, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.