Bab 8

Lukas 8

Wanita-Wanita yang Membantu Yesus (ay. 1-3)

1Tidak berapa lama kemudian, Yesus menjelajah kota dan pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik bahawa Allah mula memerintah. a Dua belas orang pengikut-Nya menyertai Dia, 2dan juga beberapa orang wanitab yang sudah disembuhkan daripada kerasukan roh jahat dan penyakit. Antara mereka termasuk Maria yang disebut Magdalena (tujuh roh jahat sudah diusir daripada dirinya); 3Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Herodes; c Susana dan banyak lagi wanita lain. Mereka menggunakan harta mereka untuk membantu Yesus dan pengikut-pengikut-Nya.d

Teropong:

a Pelayanan Yesus sebelum ini berpusat di Kapernaum. Kini Dia kembali menjelajah dari kota ke kota di dalam kunjungan kedua-Nya di kawasan perkampungan Galilea. (Untuk kunjungan pertama, rujuk Luk 4:43-44).
b Para rabbi pada waktu itu menganggap taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki dan enggan mengajar mereka. Akan tetapi, Yesus tidak memandang rendah kepada mereka, malah melayani mereka dengan penuh martabat. Dia membenarkan mereka untuk bersekutu serta menerima khidmat dan layanan yang diberikan kepada-Nya.
c Oleh kerana Khuza bekerja sebagai pegawai di dalam istana Herodes, dia mungkin adalah seorang yang penting. Akan tetapi, sifat pekerjaannya adalah tidak jelas.
d Perkara ini memberikan kita gambaran bagaimana keperluan Yesus dicukupkan di dalam pelayanan-Nya. Yesus dan para murid-Nya tidak mendapat nafkah secara ajaib tetapi mereka dibantu oleh sumber-sumber dari orang ramai seperti wanita-wanita ini.
Di dalam Yohanes 13:29, kita membaca golongan rasul mempunyai tabung umum untuk membeli makanan serta memberikan bantuan kepada orang miskin. Tidak ada disebutkan dari mana wang tersebut datang tetapi ini mungkin salah satu daripada sumber mereka. Kita mempelajari di sini bahawa wanita-wanita tersebut berterima kasih kepada Yesus atas apa yang dilakukan-Nya kepada mereka. Ada kemungkinan bahawa adalah tidak lazim di mana golongan wanita salih akan memban-tu guru-guru agama. Apa yang menarik adalah kesemua tulisan Injil tidak mencatatkan kaum wanita menentang Yesus. Musuh-musuh-Nya terdiri daripada kaum lelaki.

Perumpamaan Tentang Seorang Penabur (ay. 4-15)

4 Orang terus-menerus datang kepada Yesus dari berbagai-bagai kota. Apabila orang yang berkumpul di situ banyak sekali, Yesus menceritakan perumpa-maane ini kepada mereka.
5 Dia berkata, “Seorang peladang pergi menabur benih. f Ketika dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan. Benih itu dipijak-pijak orang dan dimakan burung. 6Ada juga yang jatuh di tempat berbatu. gApabila benih bertunas, tanaman itu segera layu kerana tanahnya kering. 7Ada juga yang jatuh di tengah-tengah semak berduri. Apabila benih bertunas, semak berduri yang tumbuh bersama-samanya membantutkan tumbuhan itu. 8Tetapi ada juga benih yang jatuh di tanah subur, lalu tumbuh dan menghasilkan buah seratus kali ganda.h
Setelah Yesus menceritakan perumpamaan itu, Dia berkata, “Jika kamu bertelinga, i dengarlah baik-baik!”
9Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya makna perumpamaan itu. 10Yesus menjawab, “Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah. j Tetapi yang lain diberitahukan hal itu melalui perumpamaan, supaya mereka melihat tetapi tidak nampak dan mereka mendengar tetapi tidak faham. k
11 “Inilah makna perumpamaan itu: Benih itu firman Allah. 12Benihl yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran Allah, tetapi Iblis datang dan mengambil perkhabaran itu dari hati mereka, supaya mereka tidak percaya ataupun diselamatkan. 13Benih yang jatuh di tempat berbatu bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya dengan sukacita. Tetapi perkhabaran itu tidak berakar di dalam hati. Mereka percaya sekejap sahaja dan ketika cubaan datang mereka tidak lagi percaya kepada perkhabaran itu.m 14Benih yang jatuh di tengah semak berduri bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu, tetapi kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup membantutkan perkhabaran itu sehingga mereka tidak menghasilkan buah yang matang. 15Benih yang jatuh di tanah subur bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu serta menyimpannya di dalam hati yang baik dan jujur. Mereka bertekun sehingga menghasilkan buah.”

Teropong:

e Sejak daripada detik ini, Yesus menggunakan perumpamaan dengan lebih kerap sebagai cara mengajar. Walaupun perumpamaan memudahkan ajaran Yesus, ia juga memiliki maksud tersirat yang memerlukan penjelasan lanjut. Mereka yang dengan tulus ingin mencari kebenaran akan datang untuk mendapatkan penjelasan. Dengan itu, mereka yang tidak percaya akan terlepas daripada mengetahui kebenaran yang tersirat kerana mereka tidak peduli untuk mengkaji dengan lebih dalam. Hanya pencari kebenaran yang tulus yang akan mendapatkan ajaran lengkap daripada Yesus.
f Penuai tersebut tidak prihatin akan jenis tanah yang digunakan. Menurut amalan kawasan Timur Tengah, biji benih selalunya ditabur telebih dahulu. Sesudah itu barulah tanah akan dibajak. Laluan pejalan kaki sering melintasi kebanyakan ladang tanaman. Oleh kerana aktiviti membajak menyusul selepas proses menabur benih, laluan jalan akan turut dibajak bersama-sama dengan bijih benih. Dengan itu semua benih yang ditabur akan ditimbus tanah.
g Ia merujuk kepada batu keras yang diliputi oleh lapisan tanah yang nipis. Sewaktu proses menabur benih, batu tersebut mungkin tidak kelihatan. Sebarang mendapan yang jatuh ke atas lapisan tanah yang nipis akan menjadi wap dengan serta merta dan biji benih yang sedang bertunas akan layu ataupun mati.
h Versi lain menterjemahkannya sebagai ‘beratus kali ganda’ ataupun seratus kali ganda lebih daripada yang ditanam. Maksudnya ialah jumlah tuaian bergantung kepada kualiti tanah yang digunakan.
i Ini adalah satu cabaran kepada para pendengar untuk memahami pesanan serta mengaplikasikannya kepada diri sendiri.
j Rahsia Kerajaan Allah merujuk kepada tujuan dan rancangan Allah yang dilakukannya secara berperingkat di dalam gereja dan sejarah manusia. Semua ini adalah kebenaran yang hanya boleh diketahui melalui pewahyuan daripada Allah.
k Yesus membandingkan murid-murid-Nya dengan orang lain di luar Kerajaan Allah. Dia memetik Yesaya 6:9 untuk menunjukkan bahawa mereka yang gagal untuk memberi respon kepada Firman Allah akan berada di bawah penghakiman Allah kerana menolak-Nya. Mereka juga tidak mampu untuk memahami dengan lebih men-dalam. Bagi golongan ini, perumpamaan yang digunakan akan menyembunyikan kebenaran yang dikhaskan bagi mereka yang benar-benar mencari jalan Allah. ini kerana perumpamaan menyembunyikan dan menyatakan kebenaran; ia membongkarkan kebenaran kepada pencari yang sanggup meredah kesulitan menggali lebih dalam untuk mendapatkan maksud; tetapi ia juga menyembunyi-kan kebenaran daripada mereka yang hanya ingin mendengar cerita.
l Versi lain menterjemahkannya sebagai ‘benih-benih’.
m Kepercayaan seperti ini adalah tidak memadai dan tidak mampu menyelamatkan manusia daripada dosanya.

Mari Fikir Sejenak:

  • Tanah jenis apakah yang menyerupai diri anda? Mengapa?
  • Jika anda ingin untuk menjadi tanah yang baik, apakah perubahan yang perlu anda minta Allah lakukan di dalam hidup anda?

Pelita di bawah Pasu (ay. 16-18)

16 “Tiada seorang pun memasang pelitan lalu menaruhnya di bawah pasu, ataupun meletakkannya di bawah katil. Dia akan meletakkan pelita itu di atas kaki pelita, supaya orang yang masuk ke dalam rumah dapat melihat cahayanya. 17Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan apa yang dirahsiakan akan diketahui dan didedahkan.
18 Oleh itu perhatikanlah apa yang kamu dengar. Seseorang yang mempunyai sesuatu akan diberi lebih banyak lagi, tetapi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang disangka ada padanya akan diambil juga.”

Teropong:

n Tujuan menyalakan lampu adalah untuk mendapatkan cahaya. Oleh itu lampu tidak seharusnya disembunyikan di bawah sebarang objek supaya cahayanya dapat bersinar.

Ibu dan Saudara-Saudara Yesus (ay. 19-21)

19 Ibu dan saudara-saudarao Yesus datang kepada Yesus, tetapi mereka tidak dapat menghampiri Dia kerana orang di situ terlalu banyak.
20 Lalu seorang berkata kepada Yesus, “Tuan, ibu dan saudara-saudara tuan di luar. Mereka hendak berjumpa dengan tuan.”
21Tetapi Yesus berkata kepada mereka semua, “Orang yang mendengar firman Allah serta mentaatinya, p merekalah ibu dan saudara-saudara-Ku.”

Teropong:

o Markus 6:3 memberikan kita empat nama saudara lelaki Yesus: Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon. Dia juga menyebut kehadiran adik perempuan Yesus. Oleh kerana ayah Yesus tidak disebut langsung, kebanyakan sarjana berpendapat bahawa Yusuf telah meninggal dunia pada waktu ini. Markus menjelaskan dengan lebih lanjut tujuan keluarga Yesus datang menjenguk-Nya (Markus 3:20-21,31). Orang ramai mengatakan bahawa Yesus telah gila dan keluarga-Nya datang untuk membawa Yesus pulang bagi meninggalkan jadual-Nya yang sungguh sibuk.
p Jawapan Yesus bukan bermaksud untuk menolak keluarga kandung-Nya. Ia adalah untuk menekankan kepentingan hubungan rohani bersama mereka yang mempercayai Dia.

Yesus Meredakan Angin Ribut (ay. 22-25)

22 Pada suatu hari Yesus dengan pengikut-pengikut-Nya menaiki sebuah perahu. Dia berkata kepada mereka, “Marilah kita menyeberang tasik. q” Mereka pun bertolak. 23Sedang mereka belayar, Yesus tidur. r Tiba-tiba angin kencang melanda tasik itu. s Air mula masuk ke dalam perahu sehingga membahayakan mereka semua. 24 Pengikut-pengikut Yesus pergi kepada Yesus lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, “Guru, Guru, kita hampir tenggelam!” Yesus bangun lalu menengking angin dan ombak yang bergelora. Angin dan ombak pun teduh dan tasik menjadi tenang sekali.
25 Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Mengapa kamu tidak percaya kepada-Ku?” Tetapi mereka hairan dan takut serta bercakap sesama sendiri, “Siapakah orang ini, t sehingga angin dan ombak taat kepada perintahnya?”

Teropong:

q Tasik ini merujuk kepada Laut Galilea. Mereka mungkin berada di kawasan barat tasik daerah Galilea.
r Yesus mungkin penat disebabkan mengajar dan melayani orang ramai sepanjang hari.
s Oleh kerana dikelilingi oleh gunung, Laut Galilea sering dilanda ribut yang ganas. Udara sejuk dari timur ditarik melalui laluan sempit di kawasan gunung dan bertembung dengan udara panas di atas tasik sehingga menyebabkan ribut.
t Melihat kepada apa yang telah dilakukan oleh Yesus, satu-satunya jawapan bagi soalan ini ialah kerana Dia adalah Anak Allah. Hadirat dan kuasa Allah jelas di dalam semua tindakan-Nya. Dengan kejadian tersebut, iman para murid terhadap ketuhanan Yesus pasti meningkat.

Mari Fikir Sejenak:

  • Bagaimanakah pengetahuan akan Yesus sebagai Tuhan di atas semua perkara membantu anda ketika berada di dalam masalah dan kesulitan?

Suatu Pegangan Hidup:

Yakinlah bahawa Yesus bersama-sama anda dan Dia sentiasa mengawal semua perkara di dalam hidup anda. Percayalah kepada-Nya bahawa Dia akan menjaga anda.

Yesus Menyembuhkan Orang yang Dirasuk Roh Jahat (ay. 26-39)

26 Mereka terus belayar ke daerah Gerasau di seberang Tasik Galilea. 27Sedang Yesus naik ke darat, Dia didatangi seorang lelaki dari bandar. Orang itu dirasuk roh jahat. Sudah lama orang itu tidak berpakaian dan tidak mahu tinggal di rumah. Dia tinggal di gua kubur. v 28Apabila dia melihat Yesus, dia berteriak serta sujud di hadapan Yesus, dan berseru, “Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! w Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Aku mohon, janganlah seksa aku!” 29Orang itu berkata demikian kerana Yesus telah memerintah roh jahat itu keluar daripadanya. Banyak kali roh jahat itu menguasai orang itu. Walaupun dia dijaga dengan ketat dan kaki tangannya dirantai, dia dapat memutuskan rantai itu, lalu roh jahat membawa dia ke padang gurun.
30Yesus bertanya kepadanya, “Siapa namamu?” x Dia menjawab, “‘Legiun’” y — kerana banyak roh jahat sudah masuk ke dalam dirinya. 31Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus tidak menghalau roh-roh itu ke Jurang Maut. z
32Dekat tempat itu ada kawanan babi a’ sedang mencari makan di lereng bukit. Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus membenarkan roh-roh itu masuk ke dalam kawanan babi itu. Yesus bersetuju.
33Begitulah roh-roh jahat itu keluar daripada orang itu lalu masuk ke dalam kawanan babi. Kemudian kawanan babi itu lari ke tepi jurang dan terjun ke dalam tasik lalu tenggelam.
34Penjaga-penjaga babi itu nampak apa yang sudah berlaku. Mereka lari dari situ lalu menyebarkan berita itu di bandar dan di kampung-kampung sekitarnya. 35Lalu orang ramai keluar hendak melihat apa yang sudah berlaku. Mereka datang kepada Yesus dan mendapati orang yang telah dibebaskan daripada roh jahat duduk dekat kaki Yesus. Orang itu sudah berpakaian dan waras fikirannya. Mereka semua ketakutan. 36Semua orang yang telah melihat kejadian itu memberitahu orang ramai bagaimana orang itu disembuhkan. 37Lalu penduduk daerah Gerasa memohon supaya Yesus meninggalkan tempat itu, kerana mereka semua sangat takut. b’ Oleh itu Yesus menaiki perahu lalu pergi dari situ. 38Orang yang telah dibebaskan daripada roh jahat memohon kepada Yesus supaya dibenarkan mengikut Yesus. Tetapi Yesus menyuruh dia pergi, 39 “Pulanglah ke rumah, dan ceritakan apa yang telah dilakukan oleh Allah untukmu.” Orang itu pergi ke seluruh pelosok bandar dan menceritakan apa yang telah dilakukan oleh Yesus untuknya.

Teropong:

u Tempat ini ialah kawasan yang dipenuhi dengan orang bukan Yahudi. Ia terletak di bahagian tenggara Laut Galilea. Terdapat beberapa manuskrip yang memberikan variasi nama untuk kawasan ini: Gadara, Gergesa ataupun kawasan orang Gerasa.
v Mayat selalunya dikuburkan di dalam gua yang dikorek dari kawasan berbatu.
w Panggilan ‘Allah Maha Tinggi’ selalunya digunakan oleh orang bukan Yahudi.
x Yesus bertanya kepada lelaki tersebut akan tetapi syaitan yang merasuknya pula yang menyahut, menunjukkan bahawa mereka sedang mengawal lelaki tersebut.
y Kebanyakan versi lain menterjemahkan perkataan ini sebagai ‘Legiun atau Legion’. Satu legiun tentera Roma mempunyai lebih kurang 6000 orang askar. Inilah cara syaitan tersebut mengatakan bahawa terdapat seangkatan syaitan di dalam lelaki tersebut.
z Di dalam Alkitab, ‘Jurang Maut’ merujuk kepada tempat di mana syaitan dikurung. Perkataan Yunani yang digunakan bermaksud ‘tiada penghujung’ ataupun ‘sangat dalam’.
a’ Babi adalah binatang kotor kepada orang Yahudi. Mereka tidak dibenarkan untuk memelihara ataupun menyantap dagingnya. Oleh itu, golongan yang menetap di kawasan ini adalah orang bukan Yahudi.
b’ Rasa takut mereka mungkin adalah reaksi ketahyulan kepada kuasa luar biasa Yesus. Ia juga mungkin disebabkan kerugian yang dialami disebabkan kematian kawanan babi tersebut. Jika ya, mereka pasti tidak senang dengan kehadiran Yesus. Oleh itu, mereka menghalau-Nya keluar dan tidak menyambut Yesus sebagai penyelamat yang membebaskan lelaki tersebut daripada cengkaman syaitan.

Anak Yairus dan Wanita yang Menyentuh Jubah Yesus (ay. 40-56)

40Apabila Yesus kembali ke seberang tasik, orang ramai menyambut Dia kerana mereka sedang menanti-nantikan Dia. 41Lalu datanglah seorang bernama Yairus. Dia ketua rumah ibadatc’ tempatan. Dia sujud di hadapan Yesus dan memohon supaya Yesus datang ke rumahnya, 42kerana anak perempuannya yang tunggal, yang berumur dua belas tahun, hampir meninggal.
Sedang Yesus berjalan ke rumah Yairus, orang mengasak Dia dari semua sisi. 43Di situ ada seorang wanita yang menderita penyakit pendarahan d’ selama dua belas tahun. Dia telah menghabiskan segala miliknya untuk rawatan doktor, tetapi tiada seorang pun dapat menyembuhkan dia. 44Wanita itu mendekati Yesus dari belakang, lalu menyentuh hujung e’ jubah-Nya, dan dengan segera pendarahannya berhenti. 45Yesus bertanya, “Siapa menyentuh Aku?” f’ Tiada orang yang mahu mengaku. Petrus berkata, “Guru, orang di sini banyak sekali; mereka berasak-asakan!”
46Tetapi Yesus berkata, “Ada orang yang menyentuh Aku. Aku tahu kerana kuasa telah keluar daripada-Ku.” 47Wanita itu sedar bahawa perbuatan-nya sudah diketahui oleh Yesus. Dia datang dengan gementar lalu sujud pada kaki Yesus. Di hadapan semua orang, dia memberitahu Yesus mengapa dia menyentuh Yesus dan bagaimana penyakitnya sembuh dengan serta-merta. 48Yesus berkata kepadanya, “Anak-Ku, g’ kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuhh’ Pergilah dengan sejahtera.”
49Sedang Yesus berkata demikian, seorang pesuruh datang dari rumah Yairus. Dia berkata kepada Yairus, “Anak perempuan tuan sudah meninggal. Janganlah susahkan guru lagi.”
50Yesus mendengar kata-kata itu. Dia berkata kepada Yairus. “Jangan takut. Percayalah sahaja dan anakmu akan sembuh.”
51Apabila Yesus tiba di rumah itu, Dia tidak membenarkan sesiapa pun masuk dengan Dia kecuali Petrus, Yohanes, Yakobus, dan ibu bapa anak itu. 52Semua orang sedang menangisi dan meratapii’ kematian anak itu. Yesus berkata, “Janganlah menangis. Anak ini tidak meninggal, dia hanya tidur!”
53Semua orang mentertawakan Yesus, kerana mereka tahu bahawa anak itu sudah meninggal. 54Tetapi Yesus memegang tangan anak itu, lalu berkata, “Bangunlah, nak!” 55Nyawa anak itu kembali dan seketika itu juga dia bangun. Lalu Yesus menyuruh mereka memberikan makanan kepada anak itu. 56Ibu bapa anak itu sangat hairan, tetapi Yesus melarang mereka memberitahuj’ sesiapa pun apa yang sudah berlaku.

Teropong:

c’ Versi lain menterjemahkannya sebagai ‘kepala rumah’ bagi Rumah Ibadat. Dia adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab di dalam menyusun persekutuan Rumah Ibadat. Dia akan memilih, contohnya, orang yang akan membaca Firman Allah dan berkhotbah, berdoa, dsbnya. Oleh itu, dia adalah seorang yang penting di dalam masyarakat.
d’ Sifat sebenar penyakitnya adalah tidak diketahui selain daripada fakta bahawa dia telah menghidapnya selama 12 tahun. Perkara ini bukan sahaja membawa tekanan tetapi ia juga mempunyai implikasi sosial kepada wanita tersebut. Ini kerana pendarahan tersebut akan menjadikan dirinya ‘kotor’ (Imamat 15:25-28) dan mereka yang disentuhnya akan turut menjadi kotor. Dia tidak dibenarkan untuk mengikuti penyembahan di Rumah Tuhan ataupun yang berkaitan dengannya. Oleh yang demikian, hidup wanita tersebut pasti sangat sukar. Ini mungkin menjelaskan mengapa dia mendekati Yesus dari belakang secara senyap-senyap. Jika dia datang dengan terbuka, orang ramai mungkin akan mengha-langnya daripada mendekati Yesus. Kedua, dia mungkin terpaksa menjelaskan keadaannya di hadapan semua orang dan ini akan mengakibatkan aib yang besar ke atas dirinya.
e’ Dia menyentuh sudut ataupun hujung jubah Yesus. Ini mungkin merujuk kepada jumbai (uraian benang ataupun jahitan di hujung kain) di hujung jubah yang dipakai di bahu kiri ataupun digantung dari belakang. Sekiranya jumbai yang dijahit adalah lebih panjang, ia mungkin menjalar di belakang. Mungkin wujud elemen karut bahawa sentuhan ke atas jubah seorang penyembuh boleh mendatangkan kesembuhan.
f’ Yesus mungkin mendesak keajaiban tersebut diketahui ramai untuk kebaikan wanita tersebut ataupun sebagai sebuah kesaksian kepada orang ramai.
g’ Yesus memanggil wanita tersebut sebagai ‘Anak-Ku’. Di dalam semua tulisan Injil, dia adalah satu-satunya yang dipanggil sedemikan rupa.
h’ Yesus menginginkan wanita tersebut tahu bahawa bukan sentuhan yang memberikannya kesembuhan tetapi iman.
i’ Adalah tidak jelas siapakah yang menangisi kematian anak tersebut. Mereka mungkin adalah sanak-saudara, jiran tetangga dan juga penangis profesional yang diupah untuk menangis di majlis pengebumian.
j’ Yesus tidak menginginkan publisiti berkenaan keajaiban yang dilakukan-Nya terutama sekali jika ia berkaitan dengan membangkitan orang daripda kematian. Ia mungkin menghalang pelayanan-Nya kerana orang ramai akan mencari-Nya untuk tujuan yang salah.

Copyright © 2020, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.