Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu Dia memberi mereka kuasa dan wibawa untuk mengusir roh jahat serta menyembuhkan penyakit. 2Setelah itu Dia mengutus mereka pergi menyembuhkan orang sakit dan mengkhabarkan berita tentang bagaimana Allah memerintah. 3Yesus berkata kepada mereka, “Janganlah bawa apa-apaa untuk perjalanan kamu, baik tongkat, beg sedekah,b makanan, wang, mahupun dua helai pakaian. 4Di mana sahaja kamu disambut, tinggallah di rumahc itu sehingga kamu meninggalkan kota itu. 5Di tempat kamu tidak disambut orang, tinggalkan kota itu dan kebaskanlah debu daripada telapak kakid kamu sebagai amaran kepada mereka.”
6Pengikut-pengikut-Nya berangkat, lalu pergi ke semua pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik itu dan menyembuhkan orang sakit di mana-mana.
7Ketika Herodese yang memerintah Galilea, mendengar segala perkara yang sedang berlaku itu, dia bingung kerana ada yang berkata, “Yohanes Pembaptis hidup semula!” 8Yang lain berkata bahawa Elia sudah kembali, f sedangkan ada juga yang berkata bahawa seorang daripada nabi-nabi dahulu kala sudah hidup semula. 9Herodes berkata, “Aku sudah menyuruh orang memancung kepala Yohanes. Tetapi siapakah orang ini? Banyak perkara tentang orang ini sudah aku dengar.” Herodes tetap berusaha untuk berjumpa dengan Yesus.
a Mereka diminta untuk tidak membawa barangan berlebihan (termasuklah bekalan asas) yang mungkin akan menghalang perjalanan. Mereka harus bergantung kepada orang yang akan membuka rumah kepada mereka. Markus 6:7 mengatakan mereka diutus secara berpasangan.
b Ini adalah sebuah beg yang digunakan untuk membawa bekal dan juga keperluan asas di dalam perjalanan.
c Yesus mengarahkan murid-murid-Nya untuk menerima hospitaliti dengan terbuka. Hospitaliti adalah sangat penting malah dimestikan pada waktu itu kerana keadaan perjalanan yang buruk dan kurangnya tempat penginapan. Apabila mereka diterima untuk memasuki rumah, mereka harus menetap di sana sehingga mereka meninggalkan kota meskipun sekiranya tempat penginapan yang lebih selesa ditawarkan.
d Yesus juga mengetahui bahawa misi mereka tidak akan berjalan dengan lancar. Oleh itu Dia mengarahkan mereka bagaimana untuk bertindak sekiranya ia berlaku. Tindakan mengebaskan debu dari telapak kaki diambil daripada idea para rabbi bahawa debu orang bukan Yahudi mampu mengotorkan mereka. Orang Yahudi yang tegas diminta untuk menanggalkan debu di kasut apabila mereka kembali ke Palestina. Para murid Yesus diarahkan untuk mengebaskan debu sebagai kesaksian menentang orang yang menolak mereka. Ia sdalah tanda untuk mengumumkan bahawa mereka yang menolak pesanan Allah dianggap sebagai orang luar Kerajaan Allah.
e Herodes ini adalah Herodes Antipas, anak kepada Herodes Agung (rujuk Bab 3, nota c). Dia adalah pemerintah di kawasan Galilea di mana Yesus melakukan kebanyakan daripada pelayanan-Nya. Herodes tertarik dengan laporan yang sampai kepadanya. Tetapi dia bingung akan identiti sebenar Yesus.
f Terdapat orang Yahudi yang menjangkakan nabi Elia untuk kembali sebelum Mesias untuk menyediakan jalan untuknya (rujuk Mal 4:5). Ada juga yang beranggapan bahawa nabi lain akan turut muncul semula.
10 Rasul-rasul Yesus kembali kepada Yesus dan menceritakan segala yang sudah dilakukan oleh mereka. Lalu Yesus membawa mereka ke kota Betsaida. g 11Apabila orang ramai mengetahui hal itu, mereka mengikut Yesus. Yesus menyambut mereka, lalu mengajar mereka tentang Pemerintahan Allah, dan menyembuhkan orang yang minta disembuhkan.
12Apabila hari mula senja, dua belas orang pengikut itu datang kepada Yesus dan berkata, “Suruhlah semua orang ini pulang, supaya mereka dapat pergi ke pekan dan kampung di sekitar tempat ini untuk mendapatkan makanan dan mencari tempat bermalam. Tempat ini terpencil.”
13Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Sebaiknya kamu beri mereka makanan.” Mereka menjawab, “Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan. Adakah Guru mahu kami pergi membeli makanan untuk orang sebanyak ini?” 14 (Ada kira-kira lima ribu orang lelaki di situ.) h
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Suruhlah mereka duduk dalam kelompok, kira-kira lima puluh orang sekelompok.”
15Pengikut-pengikut Yesus melakukan suruhan Yesus lalu semua orang pun duduk. 16Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti dan ikan itu, lalu menyerahkannya kepada para pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. 17Semua orang makan sampai kenyang. Setelah itu pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul. i
g Terdapat dua Betsaida yang disebut di dalam Alkitab. Salah satu daripadanya adalah sebuah perkampungan di Galilea, di Laut Galilea, rumah kepada Filipus, Andreas dan Petrus (Yohanes 1:44). Betsaida yang dimaksudkan di sini terletak di barat laut persisiran pantai Laut Galilea.
h Bilangan sebenar adalah lebih daripada 5000 orang kerana wanita dan kanak-kanak tidak disertakan di dalam kiraan.
i Bakul-bakul ini bersaiz kecil dan digunakan oleh orang Yahudi untuk membawa makanan harian mereka.
Kita sering berfikir yang kita tidak mempunyai banyak perkara untuk dipersembahkan kepada Allah, bukan? Ada yang menganggap diri tidak cukup pintar, berbakat, dsbnya.
Murid-murid Yesus juga tidak mempunyai banyak untuk dipersembahkan. Apa yang mereka miliki hanyalah lima buku roti dan dua ekor ikan. Akan tetapi, apabila mereka menyerahkannya kepada Yesus, Dia mampu menggandakannya untuk memberkati ramai orang.
Tidak penting betapa banyak ataupun sedikit milik anda. Bawalah semuanya kepada Allah dan lihatlah keajaiban yang Dia mampu lakukan dengan persembahan anda!
18Pada suatu hari, ketika Yesus sedang berdoa sendirian, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut orang ramai, siapakah Aku ini?”
19Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis. j Ada juga yang berkata Elia. k Tetapi yang lain berkata salah seorang nabi dahulu kala yang sudah hidup semula.”
20 “Tetapi menurut kamu siapakah Aku ini?” tanya Yesus. Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus, Penyelamat l yang diutus oleh Allah.” 21Dengan tegas Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jangan ceritakan hal itu kepada sesiapa pun. m” 22Dia berkata juga, “Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, n ketua imam, o dan guru Taurat. p Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkit-kan. q”
23Setelah itu Dia berkata kepada orang ramai, “Sesiapa yang hendak mengikut Aku mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib r tiap-tiap hari dan mengikut Aku. 24Sesiapa yang mempertahankan hidup-nya akan kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mendapat hidup yang sejati. 25Apa gunanya jika seorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati ataupun dihukum? 26Jika seseorang malu mengakui Aku dan ajaran-Ku, maka Anak Manusia juga akan malu mengakui orang itu apabila Dia datang kelak dengan kemuliaan-Nya dan dengan kemuliaan Bapa serta kemuliaan malaikat-malaikat yang suci! 27Ketahuilah, ada beberapa orang di sini yang tidak akan meninggal, sebelum melihat Allah memerintah.”
j Laporan yang dibawa oleh para murid menyerupai laporan yang sampai kepada Herodes (rujuk ayat 7-8).
k Rujuk nota f.
l Petrus adalah jurucakap bagi murid-murid Yesus. Di dalam terjemahan lain, ia ditulis sebagai ‘Kristus Allah’. Ia merujuk kepada Penyelamat yang dinanti-nantikan oleh orang Yahudi selama berkurun lamanya. Dia akan mengembalikan kerjaan Daud dan menghalau penjajah, iaitu Roma. Perkataan ‘Allah’ menekankan bahawa Yesus diutus oleh Allah.
m Orang ramai mempunyai idea yang salah tentang Mesias dan harus diajar dengan lebih lanjut sebelum Yesus mampu menunjukkan identiti sebenar kepada orang ramai. Yesus mempunyai jadual yang sangat genting dan ia tidak boleh diganggu oleh reaksi yang salah.
n Mereka adalah ahli kepada Majlis Agama, mahkamah agung Yahudi (rujuk ‘Majlis Agama’, ms 13). Mereka berasal daripada keluarga yang berpengaruh di Yerusalem. Kebanyakannya adalah ketua Rumah, ketua suku dan juga imam. Sebilangan besar daripada mereka, seperti ketua imam, adalah orang Saduki.
o Ketua imam akan merujuk kepada Imam Agung yang sedang berkuasa, iaitu mereka yang pernah menjawat jawatan imam agung dan ahli kepada keturunan keluarga di mana imam-imam agung dilantik. Golongan bangsawan imamat adalah golongan pemimpin-pemimpin di dalam komuniti dan juga Majlis Agama. Imam Agung adalah orang yang berkuasa di atas Majlis Agama. Mereka semua mengetuai ibadat yang dilakukan di dalam Rumah Tuhan di Yerusalem (rujuk ‘Orang Saduki’, ms. 15). Mereka semua datang daripada golongan Saduki.
p Tiga golongan ini – ketua masyarakat, ketua imam dan guru Taurat membentuk Majlis Agama yang mewakili kepimpinan Yahudi di Yerusalem.
q Setelah diakui sebagai Kristus oleh para murid-Nya, kini Yesus memberitahu mereka tentang penderitaan yang akan dilalui-Nya. Mereka harus mempelajari bahawa Dia adalah Mesias yang ‘menderita’ dan bukannya ‘menakluki’. Ini adalah kali pertama (daripada empat insiden) di mana Yesus mengatakan tentang penderitaan dan kematian-Nya yang sudah diramal dengan jelas – ia juga dikenali sebagai minggu penderitaan Kristus.
r Orang Yahudi sedia maklum tentang penyaliban. Ini kerana kebanyakan daripada mereka pasti pernah melihat orang Yahudi lain disalibkan oleh kerajaan Roma. Mereka yang datang dari daerah Galilea telah menyaksikan penyaliban beratus kali di kawasan mereka. Orang Roma memaksa mereka yang disabit hukuman bunuh untuk memikul salib ke tempat penyaliban. Memikul salib setiap hari bermaksud untuk mati kepada keinginan sendiri dan menjalani hidup untuk Kristus.
28 Kira-kira seminggu setelah Yesus mengatakan perkara-perkara itu,s Dia membawa Petrus, Yohanes, dan Yakobust ke sebuah bukitu untuk berdoa. 29Sedang Yesus berdoa, wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilauan. v 30Tiba-tiba dua orang bercakap dengan Dia; mereka Musa dan Elia. w 31Mereka kelihatan bersinar-sinar dengan cahaya dari syurga. Mereka berkata-kata dengan Yesus tentang bagaimana Yesus akan segera memenuhi rancangan Allah dengan kematian-Nya di Yerusalem. 32Pada waktu itu Petrus dan kawan-kawannya tidur nyenyak. Tetapi mereka terjaga dan nampak kemuliaan Yesus serta dua orang yang berdiri dengan-Nya. 33Ketika dua orang itu hendak meninggalkan Yesus, Petrus
berkata kepada-Nya, “Guru, sungguh baik kami di sini. Kami akan mendirikan tiga buah khemah: x satu untuk Guru, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.” (Sebenarnya Petrus tidak mengetahui apa yang dikatakannya.)
34Sementara Petrus berkata demikian, awan datang lalu meliputi mereka, sehingga mereka takut. 35Dari awan itu terdengar suara berkata, “Inilah Anak-Ku yang telah Aku pilih. Dengarkan kata- kata-Nya!”
36Apabila suara itu berhenti berkata-kata, mereka melihat Yesus seorang diri di situ. Pengikut-pengikut-Nya tidak berkata apa-apa tentang semuanya itu. Pada waktu itu mereka tidak memberitahu sesiapa pun apa yang telah dilihat oleh mereka.
s Lukas menekankan kepentingan kata-kata Yesus dan menunjukkan bahawa babak yang menyusul akan menjelaskan ajaran Yesus tentang misi-Nya sebagai Mesias yang menderita.
t Ketiga-tiga orang murid ini turut bersama dengan Yesus sewaktu anak Yairus disembuhkan (rujuk 8:51).
u Lukas tidak menamakan bukit (ataupun gunung, seperti yang diterjemahkan di dalam versi lain) tersebut. Para sarjana mempercayai bahawa bukit tersebut adalah Gunung Hermon di Siria. Apa yang lebih penting adalah gunung selalunya dikaitkan sebagai tempat perjumpaan di antara Allah dengan individu tertentu dan juga untuk menyatakan rancangan-Nya kepada mereka. Perhatikan juga rujukan kepada Yesus berdoa sebelum Allah menunjukkan Diri-Nya.
v Silauan putih yang memancar dari pakaian Yesus adalah lambing kepada kemuliaan Syurga.
w Musa adalah pemberi Hukum Taurat dan Elia adalah seorang nabi agung. Kedua-dua mereka muncul sebagai wakil kepada Hukum Taurat dan Kitab Nabi, Perjanjian Lama Allah. Yesus berbual-bual dengan mereka menun-jukkan kesinambungan di antara pekerjaan mereka kepada Allah di masa yang lampau, misi Yesus untuk masa ini dan masa yang akan datang.
x Versi lain mempunyai perkataan ‘khemah’. Ia merujuk kepada tempat berlindung ataupun pondok sementara, seperti khemah yang didirikan sewaktu Perayaan Pondok Daun. Cadangan Petrus adalah untuk memanjangkan ziarah kedua-dua figura tersebut.
37 Keesokan harinya Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya turun dari bukit dan orang ramai datang menjumpai Yesus. 38Seorang lelaki dari tengah-tengah orang ramai itu berseru, “Guru, tolonglah lihat anak saya anak tunggal saya! 39Apabila roh jahat merasuknya, dia tiba-tiba berteriak dan menderita penyakit gila babi sehingga mulutnya berbuih. y Roh jahat itu terus-menerus menyakiti dia dan tidak mahu melepaskannya! 40Saya telah meminta pengikut-pengikut Guru mengusir roh jahat itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya.”
41Yesus menjawab, “Hai kamu yang sesat dan tidak percaya! Berapa lamakah harus Aku tinggal bersama-sama kamu dan bersabar terhadap kamu?” Lalu Yesus berkata kepada orang itu, “Bawalah anakmu ke mari.”
42Ketika anak itu menghampiri Yesus, roh jahat membanting anak itu ke tanah lalu tubuhnya berkejang-kejang. Yesus mengusir roh jahat itu dan menyembuhkan anak itu, lalu menyerahkannya kembali kepada bapanya. 43 Semua orang hairan melihat kuasa Allah yang begitu besar! Sementara mereka masih terhairan-hairan tentang segala perkara yang dilakukan-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, 44 “Janganlah lupa akan apa yang Aku katakan ini: Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia.” 45Tetapi pengikut-pengikut-Nya tidak memahami maksud kata-kata itu. Allah merahsiakan hal itu daripada mereka sehingga mereka tidak dapat memahaminya. Tetapi mereka takut bertanya kepada Yesus tentang perkara itu.
y Simptom fizikal yang dijelaskan menyerupai penyakit epilepsi. Akan tetapi, ia tidak bermaksud bahawa semua epilepsi adalah disebabkan oleh kerasukan syaitan.
46 Pertengkaran timbul antara pengikut-pengikutz Yesus tentang siapa yang terbesar. 47Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Oleh itu Dia menyuruh seorang kanak-kanak berdiri di sisi-Nya. 48Lalu Dia berkata kepada mereka, “Sesiapa yang menyambut kanak-kanak ini kerana Aku, menyambut Aku. Dan sesiapa yang menyambut Aku, juga menyambut Dia yang mengutus Aku. Sesiapa yang terkecil antara kamu, dialah yang terbesar!”
49Yohanes berkata, “Guru, kami nampak seorang mengusir roh jahat dengan nama Guru. Kami melarang dia, kerana dia tidak termasuk golongan kita.”
50Yesus berkata kepada Yohanes dan pengikut-Nya yang lain, “Jangan larang dia, kerana orang yang tidak melawan kamu berpihak kepada kamu.”
z Murid-murid Yesus masih berpegang kepada konsep kerajaan duniawi dan kepentingan status serta posisi di dalamnya. Perbincangan tentang siapakah yang lebih hebat muncul beberapa kali.
51Apabila sudah dekat masanya Yesus diangkat ke syurga, Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Yerusalem. a’ 52Dia menyuruh orang pergi terlebih dahulu daripada Dia. Mereka berangkat dan pergi ke sebuah pekan di Samaria b’ untuk menyediakan tempat bermalam bagi Yesus. 53Tetapi penduduk pekan itu tidak mahu menerima Yesus, kerana nyata sekali bahawa Yesus sedang menuju ke Yerusalem. 54Ketika Yakobus dan Yohanes, pengikut Yesus mengetahui hal itu, mereka berkata, “Tuhan, adakah Tuhan mahu kami meminta api turun dari syurga untuk membinasakan mereka?”
55Yesus berpaling lalu memarahi mereka. 56Setelah itu Dia dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke pekan lain.
a’ Lukas menekankan kesungguhan Yesus di dalam melengkapkan misi-Nya. Perjalanan ke Yerusalem pada kali ini tidak membawa kepada penyaliban. Ia menandakan permulaan bagi pelayanan Yesus di Yudea, di mana Yerusalem berdiri sebagai ibu kota. Yesus tidak lagi komited kepada pelayanan-Nya di daerah Galilea sebelum ini dan mula melihat ke arah Yerusalem dan juga kayu salib.
b’ Orang Samaria sangat membenci dan tidak mesra terhadap orang Yahudi yang berlalu di negeri mereka untuk menghadiri perayaan di Yerusalem. Perjalanan dari Galilea ke Yerusalem memakan masa sekurang-kurangnya tiga hari. Laluan yang digunakan melalui daerah Samaria. Orang Samaria enggan memberikan tempat bermalam kepada orang Yahudi. Ini kerana mereka enggan mengakui bahawa Yerusalem adalah pusat yang sah untuk menyembah Allah. Disebabkan perkara ini, orang Yahudi selalunya mengikuti jalan di timur sungai Yordan.
57Sedang mereka meneruskan perjalanan, datanglah seseorang berkata kepada Yesus, “Saya bersedia mengikut tuan ke mana sahaja tuan pergi!”
58Yesus menjawab, “Serigala mempunyai lubang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat.” 59Lalu Dia berkata pula kepada seorang lain, “Ikutlah Aku.” Tetapi orang itu berkata, “Tuan, benarkan saya balik untuk mengebumikan jenazah bapa saya dahulu.”
60Yesus menjawab, “Biarlah orang mati c’ menguburkan orang mati mereka sendiri. Tetapi kamu, pergilah khabarkan berita bahawa Allah sudah mula memerintah.”
61Seorang lain pula berkata, “Tuan, saya mahu mengikut tuan, tetapi benarkan saya balik dahulu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga saya.”
62Yesus berkata kepadanya, “Orang yang mula membajak, d’ tetapi selalu menoleh ke belakang, tidak layak menikmati Pemerintahan Allah.”
c’ Ia merujuk kepada ‘mereka yang mati secara rohani’ menguburkan mereka yang mati secara fizikal. Ini tidak bermaksud bahawa si ayah telah meninggal dunia, kerana dia pasti berada di rumah untuk membantu persiapan pengebumian. Dia mungkin bermaksud bahawa ayahnya sudah tua ataupun uzur dan dia ingin menunggu sehingga kematian ayahnya; mungkin bertahun lamanya lagi. Yesus berkata bahawa mereka yang hidup secara rohani akan sibuk mengistiharkan Kerajaan Allah.
d’ Adalah penting bagi seorang petani yang sedang membajak tanah untuk memberikan perhatian kepada alur di hadapannya. Dia harus mengawal bajak dengan tangan kiri sambil memimpin kerbau dengan tangan kanan. Jika dia memalingkan perhatiannya, dia akan mendapat alur yang pincang.
Copyright © 2020, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.