1b Pada hari itu juga, jemaah a di Yerusalem mula menderita penganiayaan yang kejam. Semua pengikut Yesus, kecuali rasul-rasul, b terpaksa melarikan diri ke seluruh daerah Yudea dan Samaria. 2 Beberapa orang yang takut akan Allah c mengebumikan Stefanus. Mereka menangisi dia dengan sangat sedih. 3 Tetapi Saulus berusaha untuk membinasakan d jemaah itu. Dia pergi dari rumah ke rumah, dan mengheret pengikut Yesus ke luar, baik lelaki mahupun perempuan, lalu memasukkan mereka ke dalam penjara.
a Berdasarkan konteks catatan Lukas, penganiayaan itu ditujukan khas kepada orang Kristian Helenistik di Yerusalem dan bukan kepada keseluruhan jemaah. Akibat penganiayaan tersebut, injil disebarkan ke luar Yerusalem, seperti yang diamanatkan oleh Yesus dalam 1:8 – walaupun ia bukan dirancang oleh gereja tetapi kerana peristiwa yang terjadi di luar kawalan orang percaya. Bermula dari saat itu, jemaah di Yerusalem lebih banyak dianggotai oleh orang Yahudi yang bertutur dalam bahasa Ibrani kerana kebanyakan Yahudi yang berbahasa Yunani telah meninggalkan kota itu.
b Rasul-rasul tetap tinggal di Yerusalem untuk menguatkan jemaah yang telah dipenjarakan. Jemaah pada masa itu berkumpul secara rahsia.
c Lukas telah menggunakan perkataan ‘pengabdi’ atau ‘penyembah Allah’ untuk menggambarkan orang Yahudi di Pentakosta yang mahu menerima Roh Allah (2:5). Mereka adalah orang Yahudi yang terbuka untuk menerima ajaran Kristian. Perkabungan mereka mungkin disebabkan oleh pertaubatan kepada Allah atas dosa-dosa mereka dan juga atas kematian Stefanus.
d Perkataan ini kadang-kadang digunakan untuk menerang-kan kerosakan yang diakibatkan oleh serangan binatang buas.
4 Pengikut Yesus yang tercerai-cerai itu mengkhabarkan Berita Baik e daripada Allah ke serata tempat. 5 Filipus f pergi ke kota yang terpenting di Samaria dan memberitahu orang di sana tentang Penyelamat yang diutus oleh Allah. 6 Apabila orang di situ mendengar Filipus berkata-kata dan melihat mukjizat yang dilakukannya, mereka memperhatikan baik-baik g apa yang dikatakan oleh Filipus. 7 Sambil menjerit-jerit roh jahat keluar daripada banyak orang yang kerasukan. Banyak orang lumpuh dan tempang pun disembuhkan. 8 Oleh itu orang di Samaria sangat bersukacita.
9 Seorang lelaki bernama Simon tinggal di kota itu. Sudah beberapa lama dia mempesonakan orang Samaria dengan ilmu sihirnya. Dia mengaku dirinya seorang yang luar biasa. 10 Semua lapisan masyarakat di kota itu mendengarkan dia dengan penuh minat. Mereka berkata, “Tuhan h yang disebut ‘Kekuasaan Besar’ sudah menjelma dalam orang ini.” 11 Mereka mendengarkan dia dengan penuh minat, kerana sudah lama sekali dia mempesonakan mereka dengan ilmu sihirnya. 12 Tetapi apabila mereka percaya kepada perkhabaran Filipus, iaitu Berita Baik tentang Pemerintahan Allah dan tentang Yesus Kristus, mereka dibaptis — baik lelaki mahupun perempuan. 13 Simon sendiri pun percaya kepada perkhabaran Filipus, dan setelah dia dibaptis, i dia mengikuti Filipus. Simon hairan melihat keajaiban dan mukjizat yang dilakukan oleh Filipus.
14 Rasul-rasul di Yerusalem mendengar berita bahawa orang Samaria sudah menerima firman Allah. Oleh itu mereka mengutus Petrus dan Yohanes ke sana. 15 Apabila Petrus dan Yohanes tiba, mereka berdoa bagi pengikut Yesus di situ supaya menerima Roh Allah, j 16 kerana tidak seorang pun di kalangan mereka dikuasai oleh Roh Allah. Mereka baru dibaptis demi nama Tuhan Yesus sahaja. 17 Lalu Petrus dan Yohanes meletakkan tangan mereka ke atas kepala orang Samaria di situ, dan mereka pun menerima Roh Allah.
18 Simon melihat bahawa Roh Allah diberikan kepada orang apabila rasul-rasul meletakkan tangan ke atas kepala orang. Oleh itu, Simon menawarkan wang kepada Petrus dan Yohanes, 19 dan berkata, “Berikan kuasa itu kepada saya supaya orang menerima Roh Allah apabila saya meletakkan tangan saya ke atas kepala mereka.”
20 Tetapi Petrus menjawab, “Terkutuklah kamu dan wangmu, k kerana menyangka kurnia Allah dapat dibeli dengan wang! 21 Kamu tidak mempunyai bahagian dalam pekerjaan kami, kerana hatimu tidak tulus di sisi Allah. 22 Bertaubatlah daripada niatmu yang jahat itu, dan berdoalah supaya Tuhan mengampuni kamu daripada fikiran yang sesat itu! 23 Aku tahu bahawa kamu sungguh iri hati dan diperhamba oleh dosa.”
24 Lalu Simon berkata kepada Petrus dan Yohanes, “Berdoalah kepada Tuhan bagi saya, supaya saya tidak ditimpa perkara-perkara yang saudara-saudara katakan itu.” l
25 Setelah Petrus dan Yohanes memberikan kesaksian tentang Yesus serta menyampaikan perkhabaran Tuhan, mereka kembali ke Yerusalem. Dalam perjalanan, mereka mengkhabarkan Berita Baik itu di banyak pekan di daerah Samaria.
26 Malaikat m Tuhan berkata kepada Filipus, “Bersiap-siaplah dan pergilah ke arah selatan, ke jalan yang menghubungkan Yerusalem dengan Gaza.” n
e Jumlah orang percaya meningkat berlipat kali ganda kerana orang-orang percaya ini memberitakan injil di mana saja mereka pergi dan kawasan yang telah dijangkau menjadi semakin meluas (lihat 11:19-20).
f Filipus adalah nama kedua yang dipilih daripada tujuh orang Yahudi berbahasa Yunani untuk menjadi pemimpin dalam 6:5. Dia merupakan salah seorang Yahudi yang dibuang keluar dari Yerusalem ketika jemaah di Yerusalem dianiaya. Dia menjadi penginjil, berkhutbah di mana sahaja dia pergi.
g Orang Samaria tidak dianggap sebagai ‘orang bukan Yahudi’ tetapi sebagai sebahagian daripada ‘domba Israel yang hilang’. Mereka menanti-nantikan penyelamat di masa akan datang kerana kepercayaan mereka berdasarkan Kitab Taurat. Oleh itu, mereka mendengar perkataan Filipus dengan begitu berhati-hati. Tambahan lagi, Tuhan membantu pelayanan Filipus dengan mukjizat dan keajaiban.
h Orang ramai menganggap Simon sebagai Tuhan atau wakil Tuhan kerana perbuatan-perbuatan ajaib yang dilakukannya.
i Tidak dapat dipastikan sama ada iman Simon adalah ikhlas atau tidak. Walaupun dia percaya dan telah dibaptis, hatinya tidak benar di hadapan Allah (ay.21) dan Petrus mengarahkannya supaya bertaubat dari fikiran-fikiran yang jahat (ay.22-23).
j Penerangan yang paling mungkin tentang mengapa orang Samaria belum menerima Roh Allah walaupun mereka sudah percaya adalah kerana Tuhan sendiri yang menahan Roh itu sehingga kedatangan Petrus dan Yohanes.
Injil diberitakan buat pertama kali bukan sahaja di luar Yerusalem,tetapi di dalam Samaria. Perbalahan di antara orang Yahudi dan Samaria telah berlanjutan beribu tahun lamanya dan untuk mengelak masalah terjadi seperti membentuk dua jemaah yang berbeza, satu untuk orang Samaria dan satu untuk orang Yahudi, Tuhan menahan Roh-Nya dari orang percaya di Samaria sehingga rasul-rasul datang untuk menyiasat dan untuk meletakkan tangan mendoakan mereka sebagai tanda persekutuan dan kesatuan. Orang-orang percaya di Samaria kemudiannya menerima Roh Allah sebagai sebuah tanda bahawa mereka kini tergolong dalam komuniti Tuhan yang telah ditebus, sama seperti orang Yahudi yang percaya. Hanya ada satu tubuh kerana hanya ada satu Roh.
Pengalaman orang Samaria bukan pengalaman yang biasa bagi orang Kristian yang telah bertaubat dan menerima Yesus. Menjadi Kristian adalah seperti satu pakej yang lengkap: harus bertaubat dan beriman, menerima baptisan air dan Roh, atau menerima anugerah Roh Allah.
k Ini merupakan ungkapan kutuk, satu amaran kepada Simon tentang apa yang akan terjadi kepadanya sekiranya dia tidak mengubah sikapnya. Simon menganggap penerimaan Roh sebagai kuasa magik dan oleh itu dia ingin membeli kuasa magik yang dilihatnya. Dia tidak menyedari isu rohani yang terlibat.
l Apapun akibat yang terjadi disebabkan kejadian itu, cerita ini menunjukkan bahawa akan ada pengampunan meskipun untuk dosa berat yang dilakukan oleh orang percaya yang sudah dibaptis.
m Perjalanan dan tindakan Filipus yang seterusnya berpunca dari perintah Allah sendiri melalui seorang malaikat yang dihantar-Nya. Jemaah tidak mengilhamkan sendiri pemberitaan injil kepada orang bukan Yahudi. Ia berlaku atas kehendak dan rancangan Allah. Di sini, Filipus diarahkan oleh malaikat dengan terperinci untuk pergi ke arah selatan.
n Gaza adalah kota yang terletak di bahagian paling selatan di antara lima kota Palestina di kawasan barat daya. Ia terletak kira-kira 81 km (50 batu) dari Yerusalem dan merupakan kawasan berpenduduk terakhir sebelum padang pasir yang menjajar hingga ke Mesir.
(Jalan itu tidak digunakan lagi. ) 27-28 Lalu Filipus pun berangkat. Seorang sida-sida dari Etiopia o sedang dalam perjalanan pulang ke negerinya. Dia seorang pegawai tinggi yang bertanggungjawab atas kekayaan Kandake, ratu negeri Etiopia. p Pegawai itu pergi ke Yerusalem untuk menyembah Allah q dan sekarang dia dalam perjalanan pulang. Dia duduk di dalam kereta kudanya, sambil membaca kitab r Nabi Yesaya. 29 Roh Allah berkata kepada Filipus, “Pergi dekati kereta kuda itu.” s 30 Filipus segera pergi menghampiri kereta kuda itu, lalu mendengar pegawai tinggi itu sedang membaca kitab t Nabi Yesaya. Filipus bertanya kepadanya, “Adakah tuan memahami apa yang tuan baca?”
31 Pegawai tinggi itu menjawab, “Bagaimana saya boleh faham jika tidak ada orang yang menerangkannya?” Lalu dia mengajak Filipus u menaiki kereta kudanya dan duduk dengan dia. 32 Inilah ayat-ayat yang dibacanya, v “Dia seperti domba yang digiring untuk disembelih; seperti anak domba yang tidak mengembik ketika bulunya digunting; demikianlah Dia tidak berkata sepatah pun. 33 Dia dihina dan diperlakukan dengan tidak adil. Nyawanya dicabut dari muka bumi, sehingga tiada seorang pun dapat menceritakan keturunannya.”
34 Pegawai tinggi itu berkata kepada Filipus, “Tolong beritahu, siapakah yang dimaksudkan oleh nabi itu? Dirinya sendiri atau orang lain?” 35 Lalu Filipus mula berkata-kata. Melalui ayat-ayat itu Filipus memberitahu dia Berita Baik tentang Yesus. 36 Dalam perjalanan, mereka sampai ke suatu tempat yang berair. Pegawai itu berkata, “Lihatlah, di sini ada air. Adakah sebab yang menghalang saya dibaptis?” w
37 [Filipus berkata “Tuan boleh dibaptis, asal sahaja tuan percaya kepada Yesus dengan sepenuh hati”. Pegawai tinggi itu menjawab, “Saya percaya bahawa Yesus Kristus Anak Allah”. ] 38 Lalu pegawai itu memberikan perintah supaya kereta kudanya dihentikan. Kemudian Filipus dan pegawai itu turun ke dalam air dan Filipus membaptis dia. 39 Apabila mereka keluar dari air, Roh Tuhan mengambil x Filipus dari situ. Pegawai tinggi itu tidak nampak dia lagi, lalu meneruskan perjalanan dengan sukacita. y 40 Filipus mendapati dirinya di Asdod. Dia meneruskan perjalanan sambil mengkhabarkan Berita Baik tentang Yesus di semua bandar sehingga dia tiba di Kaisarea. z
o Istilah ini biasanya menandakan seseorang yang telah dikembiri. Walau bagaimanapun, istilah itu juga digunakan bagi pegawai tinggi yang normal. Oleh itu, orang ini mungkin seorang pegawai tinggi, memegang jawatan yang setaraf dengan menteri kewangan negara.
p Kerajaan kuno Etiopia terletak di antara Aswan dan Khartoum, di kawasan hulu Sungai Nil di Mesir. Ia diperintah oleh seorang ratu (nama tradisinya ialah Kandake) sebagai wakil puteranya yang menjadi raja kerajaan itu. Raja dianggap sebagai anak matahari dan kerana itu dia terlalu suci untuk mengendalikan hal-hal sekular kerajaan.
q Pegawai tinggi tersebut mungkin seorang yang takut akan Allah (rujuk kepada ‘Orang yang Takut Akan Tuhan’, ms. 35) yang telah pergi ke Yerusalem untuk menyembah semasa perayaan Yahudi.
r Membaca dengan kuat adalah satu kebiasaan pada masa itu.
s Tunggangan itu ditarik oleh lembu dan mungkin bergerak sama seperti kelajuan pejalan kaki. Oleh itu, tidak sukar untuk Filipus untuk berjalan bersama dengannya dan mendengar percakapan penunggangnya.
t Ia seperti skrol, bukan sepertu buku zaman moden.
t Orang Etiopia tersebut mungkin meneka Filipus sebagai orang Yahudi melalui bahasa dan pakaiannya, sebab itu dia meminta bantuan untuk memahami tulisan tersebut.
v Ayat-ayat ini dipetik dari Yes 53:7-8. Ia membuka peluang yang baik untuk Filipus untuk bersaksi tentang Yesus. Kita boleh melihat pimpinan tangan Tuhan sepanjang kejadian ini apabila Filipus dipimpin ke tempat tertentu lalu bertemu dengan seorang lelaki yang juga telah dipersiapkan oleh Tuhan untuk pertemuan ini. Pembacaan pegawai tinggi Etiopia yang merujuk kepada Yesus sebagai Hamba Allah yang Menderita telah didengar oleh Filipus bukan secara kebetulan tetapi ditentukan oleh Tuhan.
w Pegawai Etiopia bertindak balas terhadap mesej yang disampaikan oleh Filipus dengan meminta dirinya dibaptis.
x Kata kerja ini menunjukkan perbuatan pantas dan mendadak oleh Roh Allah (cth. 1Raja 18:12; Ez 3:4 tentang Roh Allah yang menghantar seseorang) dan kepatuhan di pihak Filipus. Dia dibawa ke Asdod yang merupakan pekan kedua terbesar di utara Gaza dan dia berada di laluan persisiran pantai. Dari tempat ini, Filipus melalui kawasan-kawasan berpenduduk dan dia berkhutbah kepada mereka sehingga dia tiba di Kaisarea. Filipus muncul kembali dalam Kis 21:8, dan dikatakan sudah berada di Kaisarea pada waktu itu.
y Dalam Kisah Rasul-Rasul, sukacita dikaitkan dengan keselamatan. Lukas tidak mengulas dengan lebih lanjut tentang pegawai Etiopia itu. Apa yang ingin ditekankannya ialah pertaubatan dan penerimaan injil oleh pegawai tersebut menjadi satu peristiwa yang penting dalam penyebaran injil di luar Yerusalem.
z Kaisarea merupakan pusat pentadbiran para gabenor Roma yang memerintah Yudea. Ia terletak di kawasan persisiran Palestina kira-kira 106 km (65 batu) di arah barat laut Yerusalem dan sebuah pelabuhan yang penting. Penduduknya berbilang bangsa sama seperti kebanyakan masyarakat pinggir laut dalam PB.
Roh Allah diberikan kepada kita supaya kita menjadi lebih berani untuk bersaksi tentang Yesus. Dia memberikan kita kuasa dan kebijaksanaan untuk berkata-kata tentang Yesus. Minta Roh Allah untuk menguatkan anda setiap kali anda berasa takut untuk bercakap tentang iman anda.
Mahukah anda meluangkan masa untuk berdoa kepada Tuhan untuk meminta kepenuhan Roh Allah setiap hari dari-Nya, supaya anda sentiasa berani berkata-kata tentang perbuatan-Nya dalam hidup anda?
Copyright © 2026, Pristine World Sdn Bhd.
All rights reserved.